Bertanya 'siapa akan' (sekarang) bermaksud bertanya 'siapa akan' atau 'siapa yang akan' dimana hal yang ditanya itu ujud di masa depan bagi masa sekarang.
Dalam bahasa Inggeris, soalan siapa akan (sekarang) atau siapakah yang akan (sekarang) ialah 'who will'.
Dalam bahasa Melayu, perkataan ‘yang’ boleh/biasa disenyapkan dan tidak mengubah maksud ayat.
Dalam bahasa Inggeris, struktur berikut digunakan dalam bertanya siapa akan (sekarang) :
1. 'Who' + 'will'.
Perkataan 'will' bererti akan, digunakan bagi semua objek bagi masa akan datang bagi masa sekarang.
1. Struktur : 'Who' + 'will'
'Who will' bermaksud 'siapa akan' atau 'siapa yang akan'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua objek iaitu 'I, he, she, it, this, that, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'.
2. Masa : 'Future tense for the present' - Akan datang (Hal yang ditanya itu dimaksudkan pada masa akan datang bagi masa sekarang).
| English | Melayu |
| Who will save you ? | Siapa (yang) akan selamatkan awak ? |
| Who will teach math ? | Siapa (yang) akan mengajar matematik ? |
| Who will draft the letter ? | Siapa (yang) akan membuat deraf surat ? |
| Who will I be ? | Saya (akan) jadi siapa ? |
| Who will influence whom ? | Siapa (yang) akan mempengaruhi siapa ? |
Catitan :
- Bagi masa dahulu ('past tense'), gantikan perkataan will dengan perkataan would.
Ringkasan
| Bil | Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| 1 | Who willWho will | Semua | Future tense | Soalan |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb