Bertanya 'siapa (yang) mempunyai' (dulu) bermaksud bertanya 'siapa yang mempunyai' dimana hal 'mempunyai' dimaksudkan ujud pada masa lepas.
Dalam bahasa Inggeris, soalan siapa yang mempunyai (dulu) ialah 'who had'.
'Siapa (yang) mempunyai' boleh juga dimaksudkan kepada 'siapa (yang) ada'.
Berikut ialah struktur yang digunakan dalam bertanya siapa (yang) mempunyai (dulu) atau siapa (yang) ada (dulu) :
1. 'Who' + 'had' + (objek).
Perkataan 'had' digunakan bagi semua objek ('I, you, singular, plural').
Dalam struktur di atas, perkataan 'had' boleh bererti mempunyai.
Perkataan 'had' menandakan masa 'past tense' (dulu).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan, tapi bila 'had' digunakan, ia menunjukkan hal yang ujud pada masa lepas.
Dalam bahasa Melayu, perkataan yang boleh/biasanya disenyapkan, dan ini tidak mengubah maksud ayat.
1. Struktur : 'Who' + 'had' + (objek)
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'who' diikuti dengan perkataan 'had' diikuti dengan perkataan (objek) tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua iaitu 'he, she, it, this, that, I, you, we, they, there, those' dan lain 'singular, plural' - mengikut perkataan 'had'.
2. Masa : 'Past tense' - dahulu (Hal yang ditanya itu dimaksudkan ujud pada masa dahulu).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'. (Objek) termasuk dalam 'non-verb'.
| English | Melayu |
| Who had a pen ? | Siapa (yang) mempunyai sebatang pen ? |
| Who had a pencil ? | Siapa (yang) mempunyai sebatang pensil ? |
| Who had a ruler ? | Siapa (yang) mempunyai sebatang pembaris ? |
| Who had an eraser ? | Siapa (yang) mempunyai sebatang pemadam ? |
| Who had neck-tie ? | Siapa (yang) mempunyai satu tali leher ? |
| Who had pens ? | Siapa-siapa (yang) mempunyai pen ? |
| Who had pencils ? | Siapa-siapa (yang) mempunyai pensil ? |
| Who had rulers ? | Siapa-siapa (yang) mempunyai pembaris ? |
| Who had erasers ? | Siapa-siapa (yang) mempunyai pemadam ? |
| Who had neck-ties ? | Siapa-siapa (yang) mempunyai tali leher ? |
Ringkasan
| Bil | Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| 1 | Who had | Who had + (objek) | Semua | Past tense | Soalan |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb