Bertanya 'siapa (yang) mempunyai' (sekarang) bermaksud bertanya 'siapa (yang) mempunyai' dimana hal 'mempunyai' dimaksudkan ujud pada masa sekarang.
Dalam bahasa Melayu, perkataan 'yang' boleh/biasa disenyapkan tanpa mengganggu maksud ayat.
Dalam bahasa Inggeris, soalan siapa yang mempunyai (sekarang) ialah 'who has' atau 'who have'.
'Siapa (yang) mempunyai' boleh juga dimaksudkan kepada 'siapa (yang) ada'.
Dalam bahasa Inggeris, ada 2 struktur yang boleh digunakan untuk bertanya siapa yang mempunyai (sekarang) atau siapa yang ada (sekarang), iaitu :
1. 'Who' + 'has' + (objek).
2. 'Who' + 'have' + (objek).
Perkataan 'has' digunakan jika objek adalah 'singular'.
Perkataan 'have' digunakan jika objek adalah 'I, you, plural'.
Kedua-dua perkataan 'has' dan 'have' boleh bererti mempunyai.
Kedua-dua perkataan 'has' dan 'have' menandakan masa 'present tense' (sekarang).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan, tapi bila 'has' atau 'have' digunakan, ia menunjukkan hal yang ujud pada masa sekarang ('present tense').
1. Struktur : 'Who' + 'has' + (objek)
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'who' diikuti dengan perkataan 'has' diikuti dengan perkataan (objek) tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain 'singular' - mengikut perkataan 'has'.
2. Masa : 'Present tense' - sekarang (Hal yang ditanya itu dimaksudkan ujud pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan). (Objek) termasuk dalam 'non-verb'.
| English | Melayu |
| Who has a pen ? | Siapa (yang) mempunyai sebatang pen ? |
| Who has a pencil ? | Siapa (yang) mempunyai sebatang pensil ? |
| Who has a ruler ? | Siapa (yang) mempunyai sebatang pembaris ? |
| Who has an eraser ? | Siapa (yang) mempunyai sebatang pemadam ? |
| Who has neck-tie ? | Siapa (yang) mempunyai satu tali leher ? |
2. Struktur : 'Who' + 'have' + (objek)
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'who' diikuti dengan perkataan 'have' diikuti dengan perkataan (objek) tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain 'plural' - mengikut perkataan 'have'.
2. Masa : 'Present tense' - sekarang (Hal yang ditanya itu dimaksudkan ujud pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan). (Objek) termasuk dalam 'non-verb'.
| English | Melayu |
| Who have pens ? | Siapa-siapa (yang) mempunyai pen ? |
| Who have pencils ? | Siapa-siapa (yang) mempunyai pensil ? |
| Who have rulers ? | Siapa-siapa (yang) mempunyai pembaris ? |
| Who have erasers ? | Siapa-siapa (yang) mempunyai pemadam ? |
| Who have neck-ties ? | Siapa-siapa (yang) mempunyai tali leher ? |
Ringkasan
| Bil | Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| 1 | Who has | Who has + (objek) | Singular | Present tense | Soalan |
| 2 | Who have | Who have + (objek) | I, You, Plural | Present tense | Soalan |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb