Bertanya 'siapa (yang) sedang (buat)' (dulu) bermaksud bertanya 'siapa (yang) sedang (buat)' dimana perbuatan yang dilakukan itu dimaksudkan sedang berlaku pada masa lepas.
Dalam bahasa Inggeris, soalan siapa atau siapa-siapa atau siapakah ialah 'who'.
Terdapat 2 struktur penggunaan dalam bahasa Inggeris bagi bertanya siapa (yang) sedang (buat) (dulu) iaitu :
1. 'Who' + 'was' + ('present participle').
2. 'Who' + 'were' + ('present participle').
Perkataan 'was' digunakan jika objek sasaran ialah 'I, singular'.
Perkataan 'were' digunakan jika objek sasaran ialah 'you, plural'.
Perkataan 'present participle' tertentu menandakan hal sedang berlaku.
Perkataan 'present participle' hanya boleh dibina dari 'verb'.
Kombinasi 'was' + '('present 'participle') dan 'were' + ('present 'participle') menunjukkan masa 'past continuous tense' (sedang berlaku sekarang).
Struktur diatas adalah bentuk soalan bagi masa 'past continuous tense'.
Walaupun masa atau tarikh tidak dinyatakan, tetapi apabila kombinasi perkataan 'was' + ('present participle')' dan 'were' + ('present participle')' digunakan, ia menunjukkan hal yang ditanya itu sedang berlaku pada masa lepas.
1. Struktur : 'Who' + 'was + ('present participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'who' diikuti dengan perkataan 'was' diikuti dengan perkataan 'present participle' tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' - mengikut perkataan 'was'.
2. Masa : 'Past Continuous tense' (Sedang berlaku pada masa dahulu - Hal yang ditanya itu dimaksudkan sedang berlaku pada satu masa dahulu).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English (infinitive) | English | Melayu |
| Talk | Who was talking ? | Siapa (yang) sedang bercakap ? |
| Cook | Who was cooking ? | Siapa (yang) sedang memasak ? |
| Snore | Who was snoring ? | Siapa (yang) sedang mendengkur ? |
| Listen | Who was listening ? | Siapa (yang) sedang mendengar ? |
| Make | Who was making noise ? | Siapa (yang) sedang membuat bising ? |
Catitan :
- Dalam bahasa Melayu, perkataan '(yang)' boleh/biasanya disenyapkan.
2. Struktur : 'Who' + 'were' + ('present participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'who' diikuti dengan perkataan 'were' diikuti dengan perkataan 'present participle' tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain 'plural' - mengikut perkataan 'were'.
2. Masa : 'Past Continuous tense' (Sedang berlaku satu masa dahulu - Hal yang ditanya itu dimaksudkan sedang berlaku pada masa dahulu).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English (infinitive) | English | Melayu |
| Watch | Who were watching the tv ? | Siapa-siapa (yang) sedang menonton tv ? |
| Call | Who were calling you ? | Siapa-siapa (yang) sedang memanggil awak ? |
| Help | Who were helping them ? | Siapa-siapa (yang) sedang menolong mereka ? |
| Listen | Who were listening to the radio ? | Siapa-siapa (yang) sedang mendengar radio ? |
| Do | Who were doing the marketing ? | Siapa-siapa (yang) sedang melakukan pemasaran ? |
Catitan :
- Diharap anda sudah tahu perbezaan antara 'present participle' dan 'gerund'.
- Dalam bahasa Melayu, perkataan '(yang)' biasanya disenyapkan.
Ringkasan
| Bil | Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| 1 | Who is | Who was + (present participle) | I, singular | Past Continuous tense | Soalan |
| 2 | Who are | Who were + (present participle) | You, Plural | Past Continuous tense | Soalan |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb