Bertanya 'siapa (yang) sedang' (sekarang) bermaksud bertanya 'siapa (yang) sedang' dimana hal yang ditanya itu sedang berlaku pada masa sekarang.
Dalam bahasa Inggeris, soalan siapa atau siapakah ialah 'who'.
Dalam bahasa Inggeris, ada 2 struktur bagi bertanya 'siapa (yang) sedang' (sekarang) :
1. 'Who' + 'is' + ('present participle').
2. 'Who' + 'are' + ('present participle').
Perkataan 'is' digunakan jika objek yang dimaksudkan ialah 'singular'.
Perkataan 'are' digunakan jika objek yang di maksudkan ialah 'you, plural'.
Perkataan 'is', 'are' menunjukkan masa 'present tense' (sekarang).
Perkataan 'present participle' tertentu digunakan bagi menandakan hal sedang berlaku.
Kombinasi 'is' + '('present 'participle') dan 'are' + ('present 'participle') menunjukkan masa 'Present continuous tense' (sedang berlaku sekarang).
Struktur diatas adalah bentuk soalan bagi masa 'Present continuous tense'.
Walaupun masa atau tarikh tidak dinyatakan, tetapi apabila kombinasi perkataan 'is' + ('present participle') atau kombinasi 'are' + ('present participle') digunakan, ia menunjukkan hal yang ditanya itu sedang berlaku pada masa sekarang.
Dalam bahasa Melayu, perkataan '(yang)' boleh/biasanya disenyapkan.
Diharap anda sudah tahu perbezaan antara 'present participle' dan 'gerund'.
1. Struktur : 'Who' + 'is + ('present participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'who' diikuti dengan perkataan 'is' diikuti dengan perkataan 'present participle' tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' - mengikut perkataan 'is'.
2. Masa : 'Present Continuous tense' (Sedang berlaku sekarang - Hal yang ditanya itu dimaksudkan sedang berlaku pada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English (infinitive) | English | Melayu |
| Talk | Who is talking ? | Siapa (yang) sedang bercakap ? |
| Cook | Who is cooking ? | Siapa (yang) sedang memasak ? |
| Snore | Who is snoring ? | Siapa (yang) sedang mendengkur ? |
| Listen | Who is listening ? | Siapa (yang) sedang mendengar ? |
| Make | Who is making noise ? | Siapa (yang) sedang membuat bising ? |
2. Struktur : 'Who' + 'are' + ('present participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'who' diikuti dengan perkataan 'are' diikuti dengan perkataan 'present participle' tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural' - mengikut perkataan 'are'.
2. Masa : 'Present Continuous tense' (Sedang berlaku sekarang - Hal yang ditanya itu dimaksudkan sedang berlaku pada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English (infinitive) | English | Melayu |
| Watch | Who are watching the tv ? | Siapa-siapa (yang) sedang menonton tv ? |
| Call | Who are calling you ? | Siapa-siapa (yang) sedang memanggil awak ? |
| Help | Who are helping them ? | Siapa-siapa (yang) sedang menolong mereka ? |
| Listen | Who are listening to the radio ? | Siapa-siapa (yang) sedang mendengar radio ? |
| Do | Who are doing the marketing ? | Siapa-siapa (yang) sedang melakukan pemasaran ? |
Ringkasan
| Bil | Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| 1 | Who is | Who is + (present participle) | Singular | Present Continuous tense | Soalan |
| 2 | Who are | Who are + (present participle) | You, Plural | Present Continuous tense | Soalan |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb