Tuesday, February 18, 2020

224. Bertanya 'siapa yang di(pasif)' (dulu)

Bertanya 'siapa yang di(pasif)'(dulu)

Bertanya 'siapa yang di(pasif)' (dulu) bermaksud bertanya 'siapa yang di(pasif)' dimana 'di' dinyatakan bagi bentuk pasif dan 'siapa' yang ditanya itu dimaksudkan ujud pada masa lepas.

Dalam bahasa Inggeris, soalan siapa atau siapakah ialah 'who'.

Ada 2 struktur yang digunakan bagi bertanya siapa yang di (dahulu) :

1. 'Who' + 'was' + ('past-participle').
2. 'Who' + 'were' + ('past participle').

Perkataan 'was' digunakan jika objek yang maksudkan ialah 'singular'.
Perkataan 'were' digunakan jika objek yang dimaksudkan ialah 'I, you, plural'.

Perkataan 'past participle' tertentu digunakan bagi bentuk pasif.
Perkataan 'past participle' tertentu berasal dari 'verb'.

Kombinasi 'was' ... 'past participle' dan 'were' ... 'past participle' menunjukkan masa 'past tense' bentuk pasif.
Walaupun masa tidak dinyatakan, tapi bila 2 perkataan ('was' dan 'were') ini digunakan, ia menunjukkan hal yang berlaku pada masa 'past tense' (masa lepas).



1. Struktur : Who' + 'was' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'who' diikuti dengan perkataan 'was' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain 'singular' - mengikut perkataan 'was'.
2. Masa : 'Past tense' - Kelaziman dahulu (Hal yang ditanya itu dimaksudkan lazim pada masa dahulu).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'. Bentuk : Pasif.

English (infinitive)EnglishMelayu
PittWho was pitted against him ?Siapa yang dipadankan melawan dia ?
PairWho was paired with him ?Siapa yang dipasangkan dengan dia ?
AskWho was asked to finish the job ?Siapa yang disuruh menghabiskan tugas itu ?
LookWho was looked upon to whenever there is a problem ?Siapa yang dicari apabila ada masalah ?
InformWho was informed first whenever there will be an event ?Siapa yang diberitahu terlebih dahulu apabila akan ada acara ?

2. Struktur : 'Who' + 'were' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'who' diikuti dengan perkataan 'were' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, these' dan lain 'plural' - mengikut perkataan 'were'.
2. Masa : 'Past tense' - Kelaziman dahulu (Hal yang ditanya itu dimaksudkan lazim pada masa dahulu).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'. Bentuk : Pasif.

English (infinitive)EnglishMelayu
PittWho were pitted against them ?Siapa-siapa yang (telah) dipadankan melawan mereka ?
PairWho were paired with them ?Siapa-siapa yang (telah) dipasangkan dengan mereka ?
AbuseWho were abused ?Siapa-siapa yang (telah) disalahlayan ?
AffectWho were affected ?Siapa-siapa yang (telah) terkesan ?
NominateWho were nominated ?Siapa-siapa yang (telah) dicalonkan ?
InterestWho were interested ?Siapa-siapa yang (telah) berminat ?

Catitan :

- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'telah' menandakan hal ujud pada masa lepas, tapi perkataan ini boleh/sering disenyapkan.


Ringkasan

BilPerkataanStrukturObjekMasaBentuk
1Who wasWho was + (past participle)I, SingularPast tenseSoalan
2Who wereWho were + (past participle)You, PluralPast tenseSoalan

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...