Tuesday, February 18, 2020

223. Bertanya 'siapa (yang) di(pasif)' (sekarang)

Bertanya 'siapa (yang) di(pasif)' (sekarang)

Bertanya 'siapa (yang) di(pasif)' (sekarang) bermaksud bertanya 'siapa (yang) di(pasif)' dimana hal yang ditanya itu dimaksudkan ujud pada masa sekarang.

Dalam bahasa Inggeris, soalan siapa atau siapakah ialah 'who'.

Dalam bahasa Inggeris, 2 struktur berikut digunakan bagi bertanya 'siapa yang di(pasif)' (sekarang) :

1. 'Who' + 'is' + ('past participle').
2. 'Who' + 'are' + ('past participle').


Perkataan 'is' digunakan jika objek yang dimaksudkan adalah 'singular'.
Perkataan 'are' digunakan jika objek yang dimaksudkan adalah 'you, plural'.

Perkataan 'is' dan 'are' menunjukkan masa 'present tense' (sekarang).
Walaupun masa tidak dinyatakan, tapi bila 2 perkataan ini digunakan, ia menunjukkan hal yang berlaku pada masa 'present tense' (sekarang).

Perkataan 'past participle' tertentu digunakan bagi bentuk pasif.
Perkataan 'past participle' tertentu berasal dari 'verb'.

Kombinasi 'is' + ('past participle') dan 'are + (past participle)' menerbitkan bentuk 'pasif'.

Dalam bahasa Melayu, perkataan 'yang' boleh/biasa disenyapkan.



1. Struktur : Who' + 'is' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'who' diikuti dengan perkataan 'is' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' - mengikut perkataan 'is'.
2. Masa : 'Present tense' - Kelaziman sekarang (Hal yang ditanya itu dimaksudkan ujud pada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Who is pitted against him ?Siapa (yang) dipadankan melawan dia ?
Who is paired with him ?Siapa (yang) dipasangkan dengan dia ?
Who is asked to finish the job ?Siapa (yang) disuruh menghabiskan tugas itu ?
Who is looked upon to whenever there is a problem ?Siapa (yang) dicari apabila ada masalah ?
Who is informed first whenever there will be an event ?Siapa (yang) diberitahu terlebih dahulu apabila akan ada acara ?

2. Struktur : 'Who' + 'are' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'who' diikuti dengan perkataan 'are' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, these' dan lain-lain 'plural' - mengikut perkataan 'are'.
2. Masa : 'Present tense' - Kelaziman sekarang (Hal yang ditanya itu dimaksudkan lazim pada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Who are pitted against them ?Siapa-siapa (yang) dipadankan melawan mereka ?
Who are paired with them ?Siapa-siapa (yang) dipasangkan dengan mereka ?
Who are abused ?Siapa-siapa (yang) disalahlayan ?
Who are affected ?Siapa-siapa (yang) terkesan ?
Who are nominated ?Siapa-siapa (yang) dicalonkan ?
Who are interested ?Siapa-siapa (yang) berminat ?

Ringkasan

BilPerkataanStrukturObjekMasaBentuk
1Who isWho is + (past participle)SingularPresent tenseSoalan
2Who areWho are + (past participle)You, PluralPresent tenseSoalan

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...