Bertanya 'siapa (yang) sudah' (dahulu) bermaksud bertanya 'siapa (yang) sudah' melakukan sesuatu dimana perbuatan yang 'sudah' dilakukan itu ujud pada tempoh masa dahulu.
Dalam bahasa Inggeris, soalan siapa atau siapakah ialah 'who'.
Dalam bahasa Inggeris, berikut ialah struktur yang digunakan dalam menggunakan siapa (yang) sudah (dahulu) :
1. 'Who' + 'had' + ('past participle').
Perkataan 'had' digunakan bagi semua objek.
Perkataan 'past participle' tertentu berasal dari 'verb'.
Kombinasi 'had' ... 'past participle' menunjukkan masa 'past perfect tense' (tempoh masa lepas).
Walaupun masa tidak dinyatakan, tapi bila kombinasi ini digunakan, ia menunjukkan hal yang berlaku pada tempoh masa 'past perfect tense' (tempoh masa lepas).
Struktur ini adalah bentuk soalan bagi masa 'past perfect tense'.
Dalam bahasa Melayu, perkataan 'sudah' boleh/sering disenyapkan walaupun ia bermaksud demikian. Ia ditunjukkan dalam contoh diatas untuk memadankan dengan sistem masa 'Past Perfect tense' yang ada dalam bahasa Inggeris.
1. Struktur : 'Who' + 'had' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'who' diikuti dengan perkataan 'had' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua iaitu 'he, she, it, this, that, I, you, we, they, these, those' dan lain 'singular, plural' - mengikut perkataan 'had'.
2. Masa : 'Past Perfect tense' (Tempoh masa dahulu hingga dahulu - Hal yang ditanya itu dimaksudkan ujud dari dulu hingga dahulu).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English (infinitive) | English | Melayu |
| Break | Who had broken the vase ? | Siapa (yang) dah pecahkan pasu bunga itu ? |
| Do | Who had done the exercise ? | Siapa (yang) sudah buat latihan ? |
| Complete | Who had completed the answers ? | Siapa (yang) sudah melengkapkan jawapan ? |
| See | Who had seen the wind ? | Siapa (yang) sudah melihat angin ? |
| Buy | Who had bought the math book ? | Siapa (yang) sudah beli buku matematik ? |
| Taste | Who had tasted the fruits ? | Siapa-siapa (yang) sudah merasa buah itu ? |
| Take | Who had taken the test ? | Siapa-siapa (yang) sudah mengambil ujian itu ? |
| Pass | Who had passed the exam ? | Siapa-siapa (yang) sudah lulus ujian itu ? |
| Choose | Who had chosen the plan A ? | Siapa-siapa (yang) sudah memilih pelan A ? |
| Apply | Who had applied for the job ? | Siapa-siapa (yang) sudah memohon kerja itu ? |
Catitan :
Dalam bahasa Melayu, perkataan 'yang' boleh/sering disenyapkan.
Ringkasan
| Bil | Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| 1 | Who had | Who had + (past participle) | Singular | Past Perfect tense | Soalan |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb