Wednesday, February 19, 2020

221. Bertanya 'siapa (yang) sudah' (sekarang)

Bertanya 'siapa (yang) sudah' (sekarang)

Bertanya 'siapa (yang) sudah' (sekarang) bermaksud bertanya 'siapa (yang) sudah' melakukan sesuatu dimana perbuatan yang 'sudah' dilakukan itu ujud pada tempoh masa sekarang.

Dalam bahasa Inggeris, soalan siapa atau siapakah ialah 'who'.

Dalam bahasa Inggeris, terdapat 2 struktur yang digunakan dalam menggunakan siapa (yang) sudah (tempoh masa sekarang) :

1. 'Who' + 'has' + ('past participle').
2. 'Who' + 'have' + ('past participle').

Perkataan 'has' digunakan jika objek dimaksudkan sebagai 'singular'.
Perkataan 'have' digunakan jika objek dimajsudkan sebagai 'I, you, plural'.

Struktur 'has + ... + (past participle)' dan 'have + ... + (past participle)' menunjukkan tempoh masa 'Present Perfect tense' (dulu hingga sekarang).

Perkataan ('past participle') tertentu digunakan dalam menunjukkan 'perfect tense'.
Perkataan ('past participle') tertentu hanya boleh dibina dari 'verb'.

Dalam bahasa Melayu, perkataan 'yang' dalam struktur diatas boleh/sering disenyapkan.



1. Struktur : 'Who' + 'has' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'who' diikuti dengan perkataan 'has' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain 'singular' - mengikut perkataan 'has'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Tempoh masa dahulu hingga sekarang - Hal yang ditanya itu dimaksudkan ujud dari dulu hingga sekarang).
3. 'Verb (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

English (infinitive)EnglishMelayu
BreakWho has broken the vase ?Siapa (yang) sudah pecahkan pasu bunga itu ?
DoWho has done the exercise ?Siapa (yang) sudah buat latihan ?
CompleteWho has completed the answers ?Siapa (yang) sudah melengkapkan jawapan ?
SeeWho has seen the wind ?Siapa (yang) sudah melihat angin ?
BuyWho has bought the math book ?Siapa (yang) sudah beli buku matematik ?

2. Struktur : 'Who' + 'have' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'who' diikuti dengan perkataan 'have' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain 'plural' - mengikut perkataan 'have'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Dahulu hingga sekarang - Hal yang ditanya itu dimaksudkan benar dari satu masa dahulu hingga sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

English (infinitive)EnglishMelayu
TasteWho have tasted the fruits ?Siapa-siapa (yang) sudah merasa buah itu ?
TakeWho have taken the test ?Siapa-siapa (yang) sudah mengambil ujian itu ?
PassWho have passed the exam ?Siapa-siapa (yang) sudah lulus ujian itu ?
ChooseWho have chosen the plan A ?Siapa-siapa (yang) sudah memilih pelan A ?
ApplyWho have applied for the job ?Siapa-siapa (yang) sudah memohon kerja itu ?

Ringkasan

BilPerkataanStrukturObjekMasaBentuk
1Who hasWho has + (past participle)SingularPresent Perfect tenseSoalan
2Who haveWho have + (past participle)I, You, PluralPresent Perfect tenseSoalan

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...