Bertanya 'siapa (yang) akan' (dulu) bermaksud bertanya 'siapa akan' atau 'siapa (yang) akan' bagi masa depan bagi satu masa dahulu.
Dalam bahasa Inggeris, soalan siapa akan atau siapakah akan (dulu) ialah 'who would'.
Dalam bahasa Inggeris, struktur berikut digunakan dalam bertanya siapa akan (dulu) :
1. 'Who' + 'would'.
Perkataan 'would' bererti akan, digunakan bagi masa akan datang bagi masa lepas.
Perkataan 'would' digunakan bagi semua objek ('I, you, singular, plural').
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tapi jika perkataan 'would' digunakan, ini menunjukkan hal masa depan bagi masa lepas.
Perkataan 'will' juga bererti akan, tapi digunakan bagi masa akan datang bagi masa sekarang.
Dalam bahasa Melayu, perkataan ‘yang’ boleh/biasa disenyapkan dan tidak mengubah maksud ayat.
Perkataan 'would' jika diikuti dengan 'verb', maka 'verb' itu hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (kata dasar).
1. Struktur : 'Who' + 'would'
'Who would' bermaksud 'siapa akan' atau 'siapa (yang) akan' (pada masa lepas).
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua iaitu 'I, he, she, it, this, that, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural' - mengikut perkataan 'would'.
2. Masa : 'Future tense' (for the past) - Akan datang (Hal yang ditanya itu dimaksudkan pada masa akan datang bagi masa dulu).
| English | Melayu |
| Who would save you ? | Siapa (yang) akan selamatkan awak ? |
| Who would teach math ? | Siapa (yang) akan mengajar matematik ? |
| Who would draft the letter ? | Siapa (yang) akan membuat deraf surat ? |
| Who would I be ? | Saya (akan) jadi siapa ? |
| Who would influence whom ? | Siapa (yang) akan mempengaruhi siapa ? |
Ringkasan
| Bil | Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| 1 | Who willWho will | Semua | Future tense | Soalan |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb