Bertanya 'apa', 'apakah' (sekarang)
Bertanya '
apa', '
apakah' (sekarang) dimaksudkan bertanya '
apa' atau '
apakah' dimana hal yang ditanya itu diagakkan ujud pada masa
sekarang ('present tense').
Seringkali pertanyaan 'what' tidak digunakan bersendirian tapi bersambung dengan perkataan lain.
Dalam bahasa Inggeris, adalah penting menentukan masa ('tense') sesuatu perbuatan berlaku atau sesuatu yang bukan perbuatan itu ujud.
Ini bererti, dalam bahasa Inggeris, penanya perlu lebih dahulu mengagak bilakah masa ('tense') hal yang ditanya itu ujud.
Dalam bahasa Inggeris, perkataan bagi pertanyaan
apa atau
apakah ialah
'what'.
Ada beberapa perkataan atau frasa dimana
'what' digunakan dimana hal yang ditanya itu diagakkan ujud pada masa
sekarang :
'What am'.
'What is'.
'What are'.
'What do'.
'What does'.
Antara
struktur dimana
'what' digunakan dimana hal yang ditanya itu diagakkan ujud pada masa sekarang ialah :
1.
'What' + 'am' + (objek) + ('non-verb').
2.
'What' + 'am' + (objek) + 'to' + ('verb').
3.
'What' + 'is' + (objek).
4.
'What' + 'is' + (objek) + 'to'.
5.
'What' + 'are' + (objek).
6.
'What' + 'are' + (objek) + 'to'.
7.
'What' + 'do' + (objek) + ('verb').
8.
'What' + 'does' + (objek) + ('verb').
Perkataan
'am' digunakan jika objek ialah
'I'.
Perkataan
'is' digunakan jika objek ialah
'singular'.
Perkataan
'are' digunakan jika objek ialah
'you, plural'.
Perkataan
'do' digunakan jika objek ialah
'I, you, plural'.
Perkataan
'does' digunakan jika objek ialah
'singular'.
Semua perkataan diatas iaitu
'am', 'is', 'are', 'do', 'does' menunjukkan masa
'present tense' (sekarang).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tapi bila perkataan-perkataan itu digunakan, ia menunjukkan masa
'present tense'.
Perkataan
'am', 'is', 'are' digunakan bagi
'non-verb' (bukan perbuatan).
Perkataan
'do', 'does' digunakan bagi
'verb' (perbuatan).
1.
Struktur : 'What' + 'am' + (objek) + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan
'what' diikuti perkataan
'am' diikuti dengan
(objek) tertentu diikuti dengan perkataan
('non-verb') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek :
'I' (Digunakan bagi objek
'I' sahaja. Apabila terdapat perkataan 'am', maka objeknya ialah 'I').
2. Masa :
'Present tense' (Kebiasaan sekarang - hal yang ditanya itu dianggap ujud secara lazim pada masa sekarang).
3.
'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua
'non-verb' dan beberapa
'non-action verb'.
Contoh :
| English | Melayu |
| What am I like ? | Saya nampak macam apa ? |
| What am I excited about ? | Apa yang saya teruja ? |
| What am I supposed to do ? | Apa yang seharusnya saya lakukan ? |
| What am I eligible for ? | Apa yang saya layak ? |
| What am I thankful for ? | Apa yang saya berterima kasih ? |
Catitan :
- Dalam bahasa Melayu, perkataan ('
yang') sering/boleh disenyapkan.
- Perkataan Inggeris '
am' sesuai diertikan sebagai
ialah/adalah/merupakan.
2.
Struktur : 'What' + 'am' + (objek) + 'to' + ('verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan
'what' diikuti perkataan
'am' diikuti dengan
(objek) tertentu diikuti dengan perkataan
'to' diikuti perkataan
('verb') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek :
'I' (Digunakan bagi objek
'I' sahaja. Apabila terdapat perkataan 'am', maka objeknya ialah 'I').
2. Masa :
'Present tense' (Kebiasaan sekarang - hal yang ditanya itu dianggap ujud secara lazim pada masa sekarang).
3. '
Verb' (perbuatan) - semua
'action verb' dan beberapa
'non-action verb'.
Contoh :
| English | Melayu |
| What am I to do next ? | Apa (yang) saya nak buat seterusnya ? |
| What am I to say ? | Apa (yang) saya nak cakap ? |
| What am I to answer ? | Apa (yang) saya nak jawab ? |
| What am I to ask ? | Apa (yang) saya nak tanya ? |
| What am I to tell ? | Apa (yang) saya nak beritahu ? |
Catitan :
- Dalam bentuk soalan, '
verb' (perbuatan) hendaklah dieja dalam bentuk '
infinitive' (kata dasar).
- Dalam bahasa Melayu, perkataan '
yang' sering/boleh disenyapkan.
- Dalam bahasa Inggeris, selepas perkataan '
to' hendaklah diikuti dengan '
verb' (bentuk 'infinitive').
- Perkataan Inggeris '
am' sesuai diertikan sebagai
ialah/adalah/merupakan.
3.
Struktur : 'What' + 'is' + (objek)
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan
'what' diikuti perkataan
'is' diikuti dengan
(objek) tertentu.
'What is' bererti '
apakah' atau
'apakah itu'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek :
'He, she, it, this, that' dan lain-lain
'singular'.
2. Masa :
'Present tense' (sekarang - hal yang ditanya itu diagak ujud pada masa sekarang).
3.
'Non-verb' (bukan perbuatan) -
semua 'non-verb' dan
beberapa 'non-action verb'.
Contoh :
| English | Melayu |
| What is this ? | Apa ini ? |
| What is necessary ? | Apa yang perlu ? |
| What is the effect ? | Apa kesannya ? |
| What is the difference ? | Apa bezanya ? |
| What is Tor ? | Apakah Tor ? |
| What is your favourite ? | Apa favorit awak ? |
| What is your opinion ? | Apa pendapat awak ? |
| What is plagiarism ? | Apa itu peniruan ? |
| What is cyberbullying ? | Apa itu buli-siber ? |
Catitan :
- Struktur ini adalah bentuk soalan bagi
'Present tense' bagi objek '
singular'.
- Apabila perkataan '
is' digunakan, ini bererti objek yang ditanya itu dianggap
'he, she, it, this, that' dan lain-lain
'singular'.
- Perkataan Inggeris '
is' sesuai diertikan sebagai
ialah/adalah/merupakan.
4.
Struktur : 'What' + 'is' + (objek) + 'to'
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan
'what' diikuti perkataan
'is' diikuti dengan
(objek) tertentu diikuti dengan perkataan
'to'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek :
'He, she, it, this, that' dan lain-lain
'singular'.
2. Masa :
'Present tense' (sekarang - hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang).
Contoh :
| English | Melayu |
| What is the effect to us ? | Apakah kesannya kepada kita ? |
| What is the consequence to them ? | Apakah akibatnya kepada mereka ? |
| What is the penalty to us ? | Apakah hukumannya kepada kita ? |
| What is the trouble to you ? | Apakah perkara yang menyusahkan awak ? |
Catitan :
- Struktur ini adalah bentuk soalan bagi
'Present tense' bagi objek '
singular'.
- Perkataan Inggeris '
is' sesuai diertikan sebagai
ialah/adalah/merupakan.
5.
Struktur : 'What' + 'are' + (objek)
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan
'what' diikuti perkataan
'are' diikuti dengan
(objek) tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek :
'You, we, they, these, those' dan lain-lain
'plural'.
2. Masa :
'Present tense' (sekarang - hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang).
Contoh :
| English | Melayu |
| What are the teachers' name ? | Apakah nama-nama guru itu ? |
| What are the effects ? | Apakah kesan-kesannya ? |
| What are the differences ? | Apakah perbezaan-perbezaannya ? |
| What are the reasons ? | Apakah sebab-sebabnya ? |
| What are the sources ? | Apakah sumber-sumbernya ? |
| What are the causes ? | Apakah sebab-sebabnya ? |
Catitan :
- Struktur ini adalah bentuk soalan bagi
'Present tense' bagi objek '
you, plural'. Apabila perkataan '
are' digunakan, maka objeknya ialah
'you, plural'.
- Perkataan Inggeris '
are' sesuai diertikan sebagai
ialah/adalah/merupakan.
6.
Struktur : 'What' + 'are' + (objek) + 'to'
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan
'what' diikuti perkataan
'are' diikuti dengan
(objek) tertentu diikuti dengan perkataan
'to'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek :
'You, we, they, these, those' dan lain-lain
'plural'.
2. Masa :
'Present tense' (sekarang - hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang).
Contoh :
| English | Melayu |
| What are the effects to us ? | Apakah kesan-kesannya kepada kita ? |
| What are the consequences to them ? | Apakah akibat-akibatnya kepada mereka ? |
| What are the penalties to us ? | Apakah hukuman-hukumannya kepada kita ? |
| What are the troubles to you ? | Apakah perkara-perkara yang menyusahkan awak ? |
Catitan :
- Struktur ini adalah bentuk soalan bagi
'Present tense' bagi objek '
plural'.
- Perkataan Inggeris '
are' sesuai diertikan sebagai
ialah/adalah/merupakan.
7.
Struktur : 'What' + 'do' + (objek) + ('verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan
'what' diikuti perkataan
'do' diikuti dengan
(objek) tertentu diikuti dengan
('verb') tertentu.
'What do' digunakan bagi :
1. Objek :
'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain
'plural'.
2. Masa :
'Present tense' (sekarang - hal yang ditanya itu berupa perbuatan kebiasaan atau kelaziman pada masa sekarang).
3. '
Verb' (perbuatan') - semua
'action verb' dan beberapa
'non-action verb'.
Contoh :
| English | Melayu |
| What do you call the night before Hariraya ? | Apa yang awak panggil malam sebelum hariraya ? |
| What do you mean ? | Apa yang awak maksudkan ? |
| What do English graduates do ? | Apa yang lepasan ijazah Inggeris buat ? |
| What do you think of ? | Apa yang awak fikir ? |
| What do you want to be ? | Awak mahu jadi apa ? |
| What do they do ? | Apa yang mereka buat ? |
| What do we like most about the subject ? | Apa yang kita paling suka tentang matapelajaran itu ? |
| What do these boxes contain ? | Kotak-kotak ini mengandungi apa ? |
| What do these people think ? | Apa yang orang-orang ini fikir ? |
| What do they possess ? | Apa yang mereka miliki ? |
| What do they believe ? | Apa yang mereka percaya ? |
| What do they consider ? | Apa yang mereka pertimbangkan ? |
Catitan :
- Beza dalam penggunaan 'what am/is/are/was/were' dengan 'what do/does/did' ialah 'what am/is/are/was/were' digunakan bagi 'non-verb' tetapi 'what do/does/did' digunakan bagi 'verb'.
- Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk '
infinitive'.
8.
Struktur : 'What' + 'does' + (objek) + ('verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan
'what' diikuti perkataan
'does' diikuti dengan
(objek) tertentu diikuti dengan
('verb') tertentu.
'What does' digunakan bagi :
1. Objek :
'He, she, it, this, that' dan lain-lain
'singular'.
2. Masa :
'Present tense' (kelaziman sekarang - hal yang ditanya itu berupa perbuatan kebiasaan atau kelaziman pada masa sekarang).
3. '
Verb' (perbuatan) - semua
'action verb' dan beberapa
'non-action verb'.
Contoh :
| English | Melayu |
| What does that mean ? | Apa maknanya tu ? |
| What does one Trillion dollars look like ? | Apakah rupa satu Trilion dollar ? |
| What does your name mean ? | Apa makna nama awak ? |
| What does she do ? | Apa yang dia buat ? |
| What does the vessel contain ? | Kapal itu mengandungi apa ? |
Catitan :
- Beza dalam penggunaan 'what am/is/are/was/were' dengan 'what do/does/did' ialah 'what am/is/are/was/were' digunakan bagi 'non-verb' tetapi 'what do/does/did' digunakan bagi 'verb'.
- Dalam bentuk soalan, '
verb' hendaklah dieja dalam bentuk '
infinitive'.