Thursday, February 27, 2020

207. Bertanya 'yang mana' (dulu)

Bertanya 'yang mana' (dulu)

Bertanya 'yang mana (dulu) sama dengan bertanya 'yang manakah' (dulu).

Bertanya 'yang mana' (dulu) atau 'yang manakah' (dulu) bermaksud bertanya 'yang mana' atau 'yang manakah' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa yang lepas.

Yang mana atau yang manakah dalam bahasa Inggeris ialah 'which'.

'Which' boleh digunakan dalam pernyataan dan dalam soalan/pertanyaan.

Berikut ialah pelbagai struktur penggunaan 'which' dalam bentuk soalan, dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa lepas :

1. 'Which' + 'was' + (objek).
2. 'Which' + 'were' + (objek).
3. 'Which' + 'did' + (objek) + ('verb').
4. 'Which' + 'did' + ('verb').
5. 'Which' + 'had' + ('non-verb').

Perkataan 'was' digunakan jika objek 'I, singular'.
Perkataan 'were' digunakan jika objek 'you, plural'.
Perkataan 'did' digunakan bagi semua objek.
Perkataan 'had' digunakan bagi semua objek.

Perkataan 'was' dan 'were' dan had digunakan bagi 'non-verb'.
Perkataan 'did' digunakan bagi 'verb'.

Objek termasuk sebagai 'non-verb'.

Perkataan-perkataan 'was', 'were', 'did' dan 'had' menunjukkan masa 'past tense' (dulu).
Walaupun jika masa atau tarikh tidak dinyatakan, tetapi apabila perkataan-perkataan itu digunakan, ia menunjukkan hal yang ditanya itu berlaku atau ujud pada masa lepas ('past tense').

Perkataan 'which' itu sendiri tidak tertakluk kepada sistem objek dan masa (ejaannya tetap sama pada setiap masa dan bagi semua objek).



1. Struktur : 'Which' + 'was' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Frasa 'which' diikuti perkataan 'was' diikuti dengan (objek) tertentu.

'Which' bermakna yang mana.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, he, she, it, this, that dan lain-lain 'singular'. Ia mengikut perkataan 'was'.
2. Masa : 'Past tense' (Dahulu - hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa yang lepas). Ia mengikut perkataan 'was'.
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Which was it ?Yang mana ?
Which was the most popular car last year ?Yang manakah kereta paling terkenal pada tahun lepas ?
Which was your dream ?Yang manakah impian anda dahulu ?
Which was your best year in 10 years in this school ?Yang manakah tahun terbaik awak selama 10 tahun di sekolah ini ?
Which was the world's biggest eruption ?Yang manakah letupan gunung berapi paling besar di dunia?
Which was the first smartphone ?Yang manakah telefon pintar yang pertama ?

Catitan :

- 'Was' bermakna 'ialah/adalah/merupakan'. Ia sejenis 'verb', oleh itu tertakluk kepada sistem objek dan masa. Dalam bahasa Melayu perkataan 'ialah/adalah/merupakan' boleh disenyapkan tetapi perkataan 'was' dalam bahasa Inggeris tidak boleh disenyapkan. 'Was' digunakan bagi objek 'I, singular' dan menunjukkan hal masa lalu ('past tense').

2. Struktur : 'Which' + 'were' + ('objek')

Struktur ini berbentuk begini : Frasa 'which' diikuti perkataan 'were' diikuti dengan ('objek') tertentu.

'Which' bermakna yang mana.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Past tense' (Dahulu - hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa yang lalu). Ia mengikut perkataan 'were'.
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Which were they ?Yang mana ?
Which were your favourite foods when you were a child ?Yang manakah makanan kegemaran awak semasa awak kanak-kanak ?
Which were the best mobile innovations of 2012 ?Yang manakah ciptaan-ciptaan telefon bimbit terbaik pada 2012 ?
Which were the first ancient cultures to make music ?Yang manakah kebudayaan-kebudayaan yang mula-mula mencipta muzik ?
Which were the most advanced dinosaurs ?Yang manakah dinosur-dinosur yang paling maju?
Which were the animals shot into space and returned ?Binatang-binatang yang manakah dibawa ke angkasa lepas dan balik ?

Catitan :

- 'Were' bermakna 'ialah/adalah/merupakan'. Ia sejenis 'verb', oleh itu tertakluk kepada sistem objek dan masa. Dalam bahasa Melayu perkataan 'ialah/adalah/merupakan' boleh disenyapkan tetapi perkataan 'were' dalam bahasa Inggeris tidak boleh disenyapkan. 'Were' digunakan bagi objek 'you, plural' dan menunjukkan hal masa lalu ('past tense').

3. Struktur : 'Which' + 'did' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Frasa 'which' diikuti perkataan 'did' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan ('verb') tertentu.

'Which' bermakna yang mana.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural').
2. Masa : 'Past tense' (Dahulu - hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa lepas). Ia mengikut perkataan 'did'.
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

English (infinitive verb)EnglishMelayu
ChooseWhich did you choose : iPhone or Android ?Yang mana telah awak pilih, iPhone atau Android ?
LikeWhich did you like better ?Yang mana awak lebih suka ?
ListenWhich did you listen to most ?Yang mana awak paling banyak dengar ?
PreferWhich did you prefer ?Yang mana awak lebih suka ?
EnjoyWhich did you enjoy more ?Yang mana lebih menghiburkan awak ?

Catitan :

- Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (ejaan dasar).
- Dalam contoh-contoh diatas, 'which' merujuk kepada masa 'past tense', oleh itu 'verb'nya tiada tambahan huruf 's' sebaliknya 'verb' yang digunakan menunjukkan 'past tense'.

4. Struktur : 'Which' + 'did' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'which' diikuti dengan perkataan 'did' diikuti ('verb') tertentu.

Struktur 'did + (verb)' ialah alternatif kepada struktur 'which + (past tense'. Dengan menggunakannya ia menunjukkan sesuatu perbuatan itu berlaku pada masa yang lepas.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural').
2. Masa : 'Past tense' (Dahulu - hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa lepas). Ia mengikut perkataan 'did'.
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

English infinitiveEnglishMelayu
ComeWhich did come first, the chicken or the egg ?Yang mana muncul lebih awal, ayam atau telur ?
WorkWhich did work ?Yang mana boleh diguna ?
RevealWhich did reveal more ?Yang mana lebih mendedahkan ?
MakeWhich did make more noise ?Yang mana lebih membuat bising ?
OpenWhich did open earlier ?Yang mana dibuka lebih awal ?
RuleWhich did rule more than a decade ?Yang mana memerintah lebih satu dekad ?
UseWhich did use this substance ?Yang mana menggunakan bahan ini ?

Catitan :

- Kadang-kadang, ('verb') terus menggunakan perkataan 'past tense', contoh-contohnya ialah seperti diatas.
- Setiap masa, dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (ejaan dasar).
- Apabila 'did' digunakan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.
- Dalam bahasa Inggeris, terdapat sistem masa, dimana dalam contoh diatas, perkataan 'did' digunakan untuk menunjukkan masa 'past tense'. Dalam bahasa Melayu tidak terdapat sistem ini. Dalam contoh diatas, perkataan Melayu 'telah' digunakan untuk memadankan dengan sistem masa 'past tense', tetapi kebiasaannya perkataan 'telah' sering disenyapkan.
- Dalam contoh-contoh diatas, 'which' merujuk kepada masa 'past tense', oleh itu 'verb'nya tiada tambahan huruf 's' sebaliknya 'verb' yang digunakan menunjukkan 'past tense'.
- Perkataan 'past tense' ialah perkataan-perkataan yang mana dengan menggunakannya ia menunjukkan sesuatu perbuatan itu berlaku pada masa yang lepas.

5. Struktur : 'Which' + 'had' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'which' diikuti perkataan 'had' diikuti perkataan ('non-verb').

'Which had' bermakna yang mana ada atau yang mana mempunyai.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek yang mempunyai : Semua iaitu 'he, she, it, this, that, I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'. Ia mengikut perkataan 'had'.
2. Masa : 'Past tense' (hal yang ditanya itu ujud pada masa dahulu). Ia mengikut perkataan 'had'.

EnglishMelayu
Which had your priority : plan A or B ?Yang mana lebih utama bagi anda : pelan A atau B ?
Which had the lower fees : College A, B, C, D ?Yang manakah mengenakan yuran yang lebih rendah : kolej A, B, C, D ?
Which had most impact : Pele or Robson ?Yang mana paling berkesan : Pele atau Robson ?
Which had a greater effect, A or B ?Yang manakah memberi kesan yang lebih besar, A atau B ?
Which had more difficulty scoring : Ali or Abh ?Yang mana lebih sukar menjaringkan gol : Ali atau Abu ?

Ringkasan

BilPerkataanStrukturObjekMasaBentuk
1Which wasWhich + was + (objek)Soalan
2Which wereWhich + were + (objek)Soalan
3Which didWhich + did + (objek)Soalan
4Which didWhich + did + (verb)Soalan

Wednesday, February 26, 2020

208. Bertanya 'yang mana satu' (sekarang)

Bertanya 'yang mana satu' (sekarang)

Bertanya 'yang mana satu' (sekarang) bermaksud bertanya 'yang mana satu' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa sekarang.

Yang mana satu, yang mana satukah dalam bahasa Inggeris ialah 'which one'.

'Which one' boleh digunakan dalam pernyataan dan dalam soalan/pertanyaan.

Dalam bahasa Inggeris, terdapat 6 struktur penggunaan bagi bertanya 'yang mana satu' (sekarang) :

1. 'Which' + 'one' + 'is' + (objek).
2. 'Which' + 'one' + 'is' + ('non-verb').
3. 'Which' + 'two' + 'are' + (objek).
4. 'Which' + 'two' + 'are' + ('non-verb').
5. 'Which' + 'one' + 'does' + ('verb').
6. 'Which' + 'two' + 'do' + ('verb').

Perkataan Inggeris is, are bererti ialah/adalah/merupakan.
Perkataan Inggeris is, are menunjukkan hal masa sekarang ('present tense').
(Objek) adalah satu jenis 'non-verb' juga.
Perkataan Inggeris is, are digunakan bagi 'non-verb'.
Perkataan Inggeris do, does digunakan bagi 'verb'.
Perkataan Inggeris is digunakan bagi 'singular'.
Perkataan Inggeris are digunakan bagi 'you, plural'.
Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (ejaan dasar).



1. Struktur : 'Which' + 'one' + 'is' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Frasa 'which one is' diikuti dengan (objek) tertentu.

'Which one is' bermakna yang mana satu (adalah/merupakan) atau yang mana satukah atau yang mana satu adalah atau yang mana satu ialah. Dalam bahasa Melayu, sebutan ialah atau adalah atau merupakan boleh disenyapkan.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'. Ia mengikut perkataan 'is'.
2. Masa : 'Present tense' (Sekarang - hal yang ditanya itu dimaksudkan ujud pada masa sekarang). Ia mengikut perkataan 'is'. 3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Which one is your pencil ?Yang mana satu (adalah) pensil awak ?
Which one is your shoe ?Yang mana satu (adalah) kasut awak ?
Which one is your pen ?Yang mana satu (adalah) pen awak ?
Which one is my bicycle ?Yang mana satu (adalah) basikal saya ?
Which one is his father ?Yang mana satu (adalah) ayah dia ?

2. Struktur : 'Which' + 'one' + 'is' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Frasa 'which one is' diikuti dengan ('non-verb') tertentu.

'Which one is' bermakna yang mana satu atau yang mana satukah atau yang mana satu (adalah) atau yang mana satu (ialah)atau yang mana satu (merupakan). Dalam bahasa Melayu, sebutan ialah atau adalah atau merupakan boleh disenyapkan.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'. Ia mengikut perkataan 'is'.
2. Masa : 'Present tense' (Sekarang - hal yang ditanya itu dimaksudkan ujud pada masa sekarang). Ia mengikut perkataan 'is'.
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - Semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Which one is right for you ?Yang mana satu (adalah) sesuai bagi awak ?
Which one is wrong ?Yang mana satu (adalah) salah ?
Which one is darker ?Yang mana satu (adalah) lebih gelap ?
Which one is easier ?Yang mana satu (adalah) lebih mudah ?
Which one is sour ?Yang mana satu (adalah) masam ?

3. Struktur : 'Which' + 'two' + 'are' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Frasa 'which two are' diikuti dengan (objek) tertentu.

'Which two are' bermakna yang mana dua (adalah) atau yang mana dua (ialah) atau yang mana dua (merupakan). Dalam bahasa Melayu, sebutan ialah atau adalah atau merupakan boleh disenyapkan.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'. Ia mengikut perkataan 'are'.
2. Masa : 'Present tense' (Sekarang - hal yang ditanya itu dimaksudkan ujud pada masa sekarang). Ia mengikut perkataan are. 3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.


EnglishMelayu
Which two are your pencils ?Yang mana dua (adalah) pensil awak ?
Which two are your shoes ?Yang mana dua (adalah) kasut awak ?
Which two are your pens ?Yang mana dua (adalah) pen awak ?
Which two are your bicycles ?Yang mana dua (adalah) basikal awak ?
Which two are his parents ?Yang mana dua (adalah) ibubapa dia ?

Catitan :

- 'Which three are' bererti 'yang mana tiga (ialah/adalah/merupakan)'.
- 'Which four are' bererti 'yang mana empat (ialah/adalah/merupakan)'.
- dan seterusnya.

4. Struktur : 'Which' + 'two' + 'are' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Frasa 'which two are' diikuti dengan ('non-verb') tertentu.

'Which two are' bermakna yang mana dua ialah/adalah/merupakan. Dalam bahasa Melayu, sebutan ialah atau adalah atau merupakab boleh disenyapkan.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'. Ia mengikut perkataan 'are'.
2. Masa : 'Present tense' (Sekarang - hal yang ditanya itu dimaksudkan ujud pada masa sekarang). Ia mengikut perkataan are.
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - Semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Which two are right for you ?Yang mana dua (adalah) sesuai bagi awak ?
Which two are wrong ?Yang mana dua (adalah) salah ?
Which two are dark ?Yang mana dua (adalah) gelap ?
Which two are easier ?Yang mana dua (adalah) lebih mudah ?
Which two are is sour ?Yang mana dua (adalah) masam ?

Catitan :

- 'Which three are' bererti 'yang mana tiga (ialah/adalah/merupakan)'.
- 'Which four are' bererti 'yang mana empat (ialah/adalah/merupakan)'.
- dan seterusnya.

5. Struktur : 'Which' + 'one' + 'does' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Frasa 'which one does' diikuti dengan ('verb') tertentu.

'Which one' bermakna yang mana satu atau yang mana satukah.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'. Ia mengikut perkataan 'does'.
2. Masa : 'Present tense' (Sekarang - hal yang ditanya itu dimaksudkan ujud pada masa sekarang). Ia mengikut perkataan 'does'.
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Which one does swing ?Yang mana satu yang berputar ?
Which one does bite ?Yang mana satu yang menggigit ?
Which one does change ?Yang mana satu yang berubah ?
Which one does sting hard ?Yang mana satu yang menggigit dengan kuat ?
Which one does better ?Yang mana satu yang buat lebih baik ?

6. Struktur : 'Which' + 'two' + 'do' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Frasa 'which two do' diikuti dengan ('verb') tertentu.

'Which two' bermakna yang mana dua.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'. Ia mengikut perkataan 'do'.
2. Masa : 'Present tense' (Sekarang - hal yang ditanya itu dimaksudkan ujud pada masa sekarang). Ia mengikut perkataan do.
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Which two do swing ?Yang mana dua yang berputar ?
Which two do bite ?Yang mana dua yang menggigit ?
Which two do change ?Yang mana dua yang berubah ?
Which two does sting hard ?Yang mana dua yang menggigit dengan kuat ?
Which two do better ?Yang mana dua yang buat lebih baik ?

Catitan :

- 'Which three' bererti 'yang mana tiga'.
- 'Which four' bererti 'yang mana empat'.
- dan seterusnya.

209. Bertanya 'yang mana satu' (dulu)

Bertanya 'yang mana satu' (dulu)

Bertanya 'yang mana satu' (dulu) bermaksud bertanya 'yang mana satu' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa lepas.

Yang mana satu, yang mana satukah dalam bahasa Inggeris ialah 'which one'.

'Which one' boleh digunakan dalam pernyataan dan dalam soalan/pertanyaan.

Ada 3 struktur penggunaan 'which one' dalam bentuk soalan, dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa lepas atau pada tempoh masa lepas :

1. 'Which' + 'one' + 'was' + (objek).
2. 'Which' + 'one' + 'was' + ('non-verb').
3. 'Which' + 'two' + 'were' + (objek).
4. 'Which' + 'two' + 'were' + ('non-verb').


1. Struktur : 'Which' + 'one' + 'was' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Frasa 'which one was' diikuti dengan (objek) tertentu.

'Which one was' bermakna yang mana satu (adalah/merupakan) atau yang mana satukah atau yang mana satu adalah atau yang mana satu ialah. Dalam bahasa Melayu, sebutan ialah atau adalah atau merupakan boleh disenyapkan.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'. Ia mengikut perkataan 'was'.
2. Masa : 'Past tense' (dulu - hal yang ditanya itu dimaksudkan ujud pada masa dulu). Ia mengikut perkataan 'was'.

EnglishMelayu
Which one was your pencil ?Yang mana satu (adalah) pensil awak ?
Which one was your shoe ?Yang mana satu (adalah) kasut awak ?
Which one was your pen ?Yang mana satu (adalah) pen awak ?
Which one was my bicycle ?Yang mana satu (adalah) basikal saya ?
Which one was his father ?Yang mana satu (adalah) ayah dia ?

2. Struktur : 'Which' + 'one' + 'was' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Frasa 'which one was' diikuti dengan ('non-verb') tertentu.

'Which one was' bermakna yang mana satu atau yang mana satukah atau yang mana satu (adalah) atau yang mana satu (ialah)atau yang mana satu (merupakan). Dalam bahasa Melayu, sebutan ialah atau adalah atau merupakan boleh disenyapkan.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'. Ia mengikut perkataan 'was'.
2. Masa : 'Past tense' (Dulu - hal yang ditanya itu dimaksudkan ujud pada masa dahulu). Ia mengikut perkataan 'was'.
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - Semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Which one was right for you ?Yang mana satu (adalah) sesuai bagi awak ?
Which one was wrong ?Yang mana satu (adalah) salah ?
Which one was darker ?Yang mana satu (adalah) lebih gelap ?
Which one was easier ?Yang mana satu (adalah) lebih mudah ?
Which one was sour ?Yang mana satu (adalah) masam ?

3. Struktur : 'Which' + 'two' + 'were' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Frasa 'which two were' diikuti dengan (objek) tertentu.

'Which two were' bermakna yang mana dua (adalah) atau yang mana dua (ialah) atau yang mana dua (merupakan). Dalam bahasa Melayu, sebutan ialah atau adalah atau merupakan boleh disenyapkan.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'. Ia mengikut perkataan 'were'.
2. Masa : 'Past tense' (Dahulu - hal yang ditanya itu dimaksudkan ujud pada masa dahulu). Ia mengikut perkataan 'were'.

EnglishMelayu
Which two were your pencils ?Yang mana dua (adalah) pensil awak ?
Which two were your shoes ?Yang mana dua (adalah) kasut awak ?


210. Bertanya 'yang mana mempunyai' (sekarang)

Bertanya 'yang mana mempunyai' (sekarang)

Bertanya 'yang mana mempunyai' (sekarang) bermaksud bertanya 'yang mana mempunyai' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa sekarang.

Yang mana, yang manakah dalam bahasa Inggeris ialah 'which'.

Dalam bahasa Inggeris, struktur berikut boleh digunakan untuk bertanya yang mana mempunyai (sekarang) :

1. 'Which' + 'has'.
2. 'Which' + 'have'.

Perkataan 'has' digunakan jika objek yang berkenaan adalah 'singular'.
Perkataan 'have' digunakan jika objek yang berkenaan adalah 'you, plural'.

Kedua-dua perkataan 'has' dan 'have' boleh bererti mempunyai.

Kedua-dua perkataan 'has' dan 'have' menandakan masa 'present tense' (sekarang).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan, tapi bila 'has' atau 'have' digunakan, ia menunjukkan hal yang ujud pada masa 'present tense' (sekarang).



1. Struktur : 'Which' + 'has'

Struktur ini berbentuk begini : Frasa 'which has'.

'Which has' bermakna yang mana ada atau yang mana mempunyai.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek yang mempunyai : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'. Ia mengikut perkataan 'has'.
2. Masa : 'Present tense' (hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang sejak dahulu lagi). Ia mengikut perkataan 'has'.

EnglishMelayu
Which has the most number of legs among animals ?Yang manakah mempunyai kaki paling banyak diantara binatang-binatang ?
Which has priority : plan A or B ?Yang mana mempunyai lebih keutamaan : pelan A atau B ?
Which has more space : box A or B ?Yang mana mempunyai lebih ruang : kotak A atau B ?
Which has the brighter future : Ali or Siti ?Yang mana mempunyai masa depan lebih cerah : Ali atau Siti ?
Which has more germs : purse or toilet ?Yang mana mempunyai lebih kuman : dompet atau tandas ?

2. Struktur : 'Which' + 'have'

Struktur ini berbentuk begini : Frasa 'which have'.

'Which have' bermakna yang mana ada atau yang mana mempunyai.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek yang mempunyai : 'I, you, we, they, these, those, plural' (sasaran pertanyaan adalah objek 'I, you, we, they, these, those, plural'. Ia mengikut perkataan 'have'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang). Ia mengikut perkataan 'have'.

EnglishMelayu
Which have the low fees : College A, B, C, D ?Yang manakah mengenakan yuran yang rendah : kolej A, B, C, D ?
Which have the least sugar : cake A, B, C, D ?Yang manakah mengandungi gula yang sedikit : kek A, B, C, D ?
Which have more vitamin C : pineapples, apples, oranges, mangoes ?Yang manakah mengandungi lebih vitamin C : nenas, epal, oren, mangga ?
Which have double beds : hotel A, B, C, D ?Yang manakah mempunyai katil berkembar : hotel A, B, C, D ?
Which have four legs : dogs, horses, chicken, ants ?Yang manakah mempunyai empat kaki : anjing, kuda, ayam, serangga ?

Ringkasan

BilPerkataanStrukturObjekMasaBentuk
1Which' + 'has'
2Which' + 'have'

211. Bertanya 'yang mana mempunyai' (dulu)

Bertanya 'yang mana mempunyai' (dulu)

Bertanya 'yang mana mempunyai' (dulu) bermaksud bertanya 'yang mana mempunyai' dimana hal 'mempunyai' yang ditanya itu dianggap ujud pada masa lepas.

Yang mana, yang manakah dalam bahasa Inggeris ialah 'which'.

'Which' boleh digunakan dalam pernyataan dan dalam soalan/pertanyaan.

Struktur berikut digunakan bagi bertanya yang mana mempunyai, dimana hal yang ditanya itu ujud pada tempoh masa dahulu :

1.'Which' + 'had'.

Perkataan 'had' digunakan bagi semua objek.
Perkataan 'had' boleh bererti mempunyai (bagi masa lepas).
Perkataan 'had' menandakan masa 'past tense' (dulu).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan, tapi bila 'had' digunakan, ia menunjukkan hal yang ujud pada masa lepas.



1. Struktur : 'Which' + 'had'

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'which' diikuti perkataan 'had'.

'Which had' bermakna yang mana ada atau yang mana mempunyai.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek yang mempunyai : Semua iaitu 'he, she, it, this, that, I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'. Ia mengikut perkataan 'had'.
2. Masa : 'Past tense' (hal yang ditanya itu ujud pada masa dahulu). Ia mengikut perkataan 'had'.

EnglishMelayu
Which had the most number of legs among those dead animals ?Yang manakah mempunyai kaki paling banyak diantara binatang-binatang yang mati itu ?
Which had more space : box A or B ?Yang mana mempunyai lebih ruang : kotak A atau B ?
Which had the brighter future : Ali or Siti ?Yang mana mempunyai masa depan lebih cerah : Ali atau Siti ?
Which had the least sugar : cake A, B, C, D ?Yang manakah mengandungi gula yang sedikit : kek A, B, C, D ?
Which had double beds : hotel A, B, C, D ?Yang manakah mempunyai katil berkembar : hotel A, B, C, D ?
Which had better graphics, N64 or PS1 ?Yang mana mempunyai grafik lebih baik, N64 atau PS1?
Which had the better strategy ?Yang manakah mempunyai strategi yang lebih baik ?
Which had better storyline ?Yang manakah mempunyai jalan cerita yang lebih baik ?

Ringkasan

BilPerkataanStrukturObjekMasaBentuk
1Which' + 'had'

212. Bertanya '(objek) yang mana mempunyai' (sekarang)

Bertanya '(objek) yang mana mempunyai' (sekarang)

Bertanya '(objek) yang mana mempunyai' (sekarang) bermaksud bertanya '(objek) yang mana mempunyai' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa sekarang.

Yang mana, yang manakah dalam bahasa Inggeris ialah 'which'.

Dalam bahasa Inggeris, struktur berikut boleh digunakan untuk bertanya (objek) yang mana mempunyai (sekarang) :

1. 'Which' + (objek) + 'has'.
2. 'Which' + (objek) + 'have'.

Perkataan 'has' digunakan jika objek yang berkenaan adalah 'singular'.
Perkataan 'have' digunakan jika objek yang berkenaan adalah 'you, plural'.

Kedua-dua perkataan 'has' dan 'have' boleh bererti mempunyai.

Kedua-dua perkataan 'has' dan 'have' menandakan masa 'present tense' (sekarang).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan, tapi bila 'has' atau 'have' digunakan, ia menunjukkan hal yang ujud pada masa sekarang.



1. Struktur : 'Which' + (objek) + 'has'


Struktur ini berbentuk begini : Frasa 'which (objek) has'.

'Which has' bermakna yang mana ada atau yang mana mempunyai.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'. Ia mengikut perkataan 'has'.
2. Masa : 'Present tense' (hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang sejak dahulu lagi). Ia mengikut perkataan 'has'.

EnglishMelayu
Which animal has the most number of legs ?Binatang manakah yang mempunyai kaki paling banyak ?
Which plan has priority : plan A or B ?Pelan yang mana lebih utama : pelan A atau B ?
Which box has more space : box A or B ?Kotak yang mana mempunyai lebih ruang : kotak A atau B ?
Which person has the brighter future : Ali or Siti ?Siapa yang mana mempunyai masa depan lebih cerah : Ali atau Siti ?
Which object has more germs : purse or toilet ?Benda yang mana mempunyai lebih kuman : dompet atau tandas ?

2. Struktur : 'Which' + (objek) + 'have'

Struktur ini berbentuk begini : Frasa 'which (objek) have'.

'Which have' bermakna yang mana ada atau yang mana mempunyai.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those, plural' (sasaran pertanyaan adalah objek 'I, you, we, they, these, those, plural'. Ia mengikut perkataan 'have'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang). Ia mengikut perkataan 'have'.

EnglishMelayu
Which colleges have the low fees : College A, B, C, D ?Kolej-kolej manakah yang mengenakan yuran yang rendah : kolej A, B, C, D ?
Which cakes have the least sugar : cake A, B, C, D ?Kuih-kuih manakah yang mengandungi gula yang sedikit : kek A, B, C, D ?
Which fruits have more vitamin C : pineapples, apples, oranges, mangoes ?Buah-buah manakah yang mengandungi lebih vitamin C : nenas, epal, oren, mangga ?
Which hotels have double beds : hotel A, B, C, D ?Hotel-hotel manakah yang mempunyai katil berkembar : hotel A, B, C, D ?
Which animals have four legs : dogs, horses, chicken, ants ?Binatang-binatang manakah yang mempunyai empat kaki : anjing, kuda, ayam, serangga ?

Ringkasan

BilPerkataanStrukturObjekMasaBentuk
1Which' + (objek) + 'has'
2Which' + (objek) + 'have'

213. Bertanya '(objek) yang mana mempunyai' (dulu)

Bertanya '(objek) yang mana mempunyai' (dulu)

Bertanya '(objek) yang mana mempunyai' (dulu) bermaksud bertanya '(objek) yang mana mempunyai' dimana hal 'mempunyai' yang ditanya itu dianggap ujud pada masa lepas.

Yang mana, yang manakah dalam bahasa Inggeris ialah 'which'.

'Which' boleh digunakan dalam pernyataan dan dalam soalan/pertanyaan.

Struktur berikut digunakan bagi bertanya (objek) yang mana mempunyai, dimana hal yang ditanya itu ujud pada tempoh masa lepas :

1. 'Which' + (objek) + 'had'.

Perkataan 'had' digunakan bagi semua objek.

Perkataan 'had' boleh bererti mempunyai (bagi masa lepas).

Perkataan 'had' menandakan masa 'past tense' (dulu).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan, tapi bila 'had' digunakan, ia menunjukkan hal yang ujud pada masa lepas.



Struktur : 'Which' + (objek) + 'had'

Struktur ini berbentuk begini : Frasa 'which (objek) had'.

'Which (objek) had' bermakna objek yang mana ada atau objek yang mana mempunyai.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua iaitu 'he, she, it, this, that, I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'. Ia mengikut perkataan 'had'.
2. Masa : 'Past tense' (hal yang ditanya itu ujud pada masa dahulu). Ia mengikut perkataan 'had'.

EnglishMelayu
Which the dead animals had the most number of legs ?Diantara binatang-binatang yang mati itu yang manakah mempunyai kaki paling banyak ?
Which plan had priority : plan A or B ?Pelan yang mana lebih utama : pelan A atau B ?
Which box had more space : box A or B ?Kotak yang mana mempunyai lebih ruang : kotak A atau B ?
Which person had the brighter future : Ali or Siti ?Siapa yang mana mempunyai masa depan lebih cerah : Ali atau Siti ?
Which colleges had the lower fees : College A, B, C, D ?Kolej-kolej yang manakah mengenakan yuran yang lebih rendah : kolej A, B, C, D ?
Which cake had the least sugar : cake A, B, C, D ?Kuih yang manakah mengandungi gula yang sedikit : kek A, B, C, D ?
Which hotels had double beds : hotel A, B, C, D ?Hotel-hotel yang manakah mempunyai katil berkembar : hotel A, B, C, D ?
Which PC had better graphics, N64 or PS1 ?Komputer yang mana mempunyai grafik lebih baik, N64 atau PS1?
Which player had most impact : Pele or Robson ?Pemain yang mana paling berkesan : Pele atau Robson ?
Which thing had a greater effect, A or B ?Benda yang manakah memberi kesan yang lebih besar, A atau B ?
Which team had the better strategy ?Pasukan yang manakah mempunyai strategi yang lebih baik ?
Which novel had better storyline ?Novel yang manakah mempunyai jalan cerita yang lebih baik ?

214. Bertanya '(objek) yang mana' (sekarang)

Bertanya '(objek) yang mana' (sekarang).

Bertanya '(objek) yang mana' bermaksud bertanya '(objek) yang mana' dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang.

Dalam bahasa Inggeris, bertanya '(objek) yang mana' boleh dibuat dengan perkataan 'which'.

Dalam bahasa Inggeris, bertanya '(objek) yang mana' boleh digunakan dalam struktur berikut :

1. Struktur : 'Which' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'which' diikuti dengan perkataan objek tertentu.

EnglishMelayu
Which Ali ?Ali yang mana ?
Which box ?Kotak yang mana ?
Which colour ?Warna yang mana ?
Which car ?Kereta yang mana ?
Which operating system my computer uses ?Sistem operasi yang manakah yang komputer saya gunakan ?
Which method suits me ?Cara yang manakah yang sesuai dengan saya ?
Which oil is best for my car ?Minyak yang manakah yang paling baik bagi kereta saya ?
Which area of your brain controls emotions ?Kawasan yang mana dalam otak anda yang mengawal emosi ?
Which subject is hardest for you ?Mata pelajaran apakah yang paling sukar bagi anda ?
Which books have influenced you most ?Buku-buku yang manakah yang paling mempengaruhi awak ?
Which colour you like the most ?Warna yang manakah yang paling awak suka ?

215. Bertanya '(objek) yang mana' (dulu)

Bertanya '(objek) yang mana' (dulu).

Bertanya '(objek) yang mana' (dulu) bermaksud bertanya '(objek) yang mana' dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa yang lepas.

Dalam bahasa Inggeris, bertanya '(objek) yang mana' boleh dibuat dengan perkataan 'which'.

Perkataan ini digunakan dalam struktur berikut :

1. Struktur : 'Which' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'which' diikuti dengan perkataan objek tertentu.

EnglishMelayu
Which operating system my previous computer used ?Sistem operasi yang manakah yang komputer saya sebelum ini gunakan ?
Which method suited you ?Cara yang manakah yang sesuai dengan awak ?
Which oil was best for his car ?Minyak yang manakah yang paling baik bagi kereta dia ?
Which subject was hardest for you ?Mata pelajaran apakah yang paling sukar bagi anda ?
Which books had influenced you most ?Buku-buku yang manakah yang paling mempengaruhi awak ?
Which colour you liked the most ?Warna yang manakah yang paling awak suka ?

216. Bertanya 'yang mana diantara' (sekarang)

Bertanya 'yang mana diantara' (sekarang)

Bertanya yang mana diantara (sekarang) bermaksud bertanya yang mana diantara dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang.

Dalam bahasa Inggeris, bertanya yang mana diantara boleh dibuat dengan 'which of'.

Dalam bahasa Inggeris, strukturnya ialah :

1. 'Which' + 'of'.

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'which' diikuti dengan perkataan 'of'.

'Which of' bermakna yang mana diantara atau siapa diantara.

EnglishMelayu
Which of these you want ?Yang mana diantara benda-benda ini yang awak mahu ?
Which of you is responsible ?Siapa diantara awak yang bertanggungjawab ?
Which of the colours are blues ?Yang manakah diantara warna-warna ini biru ?
Which of these pictures catches your eyes ?Yang manakah diantara gambar-gambar ini menarik perhatian awak ?
Which of the following is assumption ?Yang manakah diantara berikut satu andaian ?

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...