Wednesday, February 26, 2020

213. Bertanya '(objek) yang mana mempunyai' (dulu)

Bertanya '(objek) yang mana mempunyai' (dulu)

Bertanya '(objek) yang mana mempunyai' (dulu) bermaksud bertanya '(objek) yang mana mempunyai' dimana hal 'mempunyai' yang ditanya itu dianggap ujud pada masa lepas.

Yang mana, yang manakah dalam bahasa Inggeris ialah 'which'.

'Which' boleh digunakan dalam pernyataan dan dalam soalan/pertanyaan.

Struktur berikut digunakan bagi bertanya (objek) yang mana mempunyai, dimana hal yang ditanya itu ujud pada tempoh masa lepas :

1. 'Which' + (objek) + 'had'.

Perkataan 'had' digunakan bagi semua objek.

Perkataan 'had' boleh bererti mempunyai (bagi masa lepas).

Perkataan 'had' menandakan masa 'past tense' (dulu).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan, tapi bila 'had' digunakan, ia menunjukkan hal yang ujud pada masa lepas.



Struktur : 'Which' + (objek) + 'had'

Struktur ini berbentuk begini : Frasa 'which (objek) had'.

'Which (objek) had' bermakna objek yang mana ada atau objek yang mana mempunyai.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua iaitu 'he, she, it, this, that, I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'. Ia mengikut perkataan 'had'.
2. Masa : 'Past tense' (hal yang ditanya itu ujud pada masa dahulu). Ia mengikut perkataan 'had'.

EnglishMelayu
Which the dead animals had the most number of legs ?Diantara binatang-binatang yang mati itu yang manakah mempunyai kaki paling banyak ?
Which plan had priority : plan A or B ?Pelan yang mana lebih utama : pelan A atau B ?
Which box had more space : box A or B ?Kotak yang mana mempunyai lebih ruang : kotak A atau B ?
Which person had the brighter future : Ali or Siti ?Siapa yang mana mempunyai masa depan lebih cerah : Ali atau Siti ?
Which colleges had the lower fees : College A, B, C, D ?Kolej-kolej yang manakah mengenakan yuran yang lebih rendah : kolej A, B, C, D ?
Which cake had the least sugar : cake A, B, C, D ?Kuih yang manakah mengandungi gula yang sedikit : kek A, B, C, D ?
Which hotels had double beds : hotel A, B, C, D ?Hotel-hotel yang manakah mempunyai katil berkembar : hotel A, B, C, D ?
Which PC had better graphics, N64 or PS1 ?Komputer yang mana mempunyai grafik lebih baik, N64 atau PS1?
Which player had most impact : Pele or Robson ?Pemain yang mana paling berkesan : Pele atau Robson ?
Which thing had a greater effect, A or B ?Benda yang manakah memberi kesan yang lebih besar, A atau B ?
Which team had the better strategy ?Pasukan yang manakah mempunyai strategi yang lebih baik ?
Which novel had better storyline ?Novel yang manakah mempunyai jalan cerita yang lebih baik ?

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...