Thursday, January 30, 2020

257. Bertanya 'berapa banyak (yang) sudah di(pasif)' ('how many') (sekarang)

Bertanya 'berapa banyak (yang) sudah di(pasif)' ('how many') (sekarang)

Bertanya 'berapa banyak sudah di(pasif)' ('how many') (sekarang) bermaksud bertanya 'berapa banyak sudah di(pasif)' dimana hal yang ditanya itu (berapa banyak) dimaksudkan ujud pada tempoh masa sekarang.

'How many' bermakna berapa banyak atau berapa banyakkah atau berapa atau berapakah, tapi digunakan bagi benda-benda yang boleh dibilang ('countable'), contohnya : budak-budak ('boys') , botol-botol ('bottles'), kereta-kereta ('cars'), dsb.

Dalam bahasa Inggeris, terdapat beberapa struktur yang boleh digunakan dalam bertanya 'berapa banyak sudah di(pasif)' (sekarang).

1. 'How many' + 'have' + 'been' + ('past participle').
2. 'How many' + (objek) + 'have' + 'been' + ('past participle').

Walaupun masa tidak dinyatakan, tetapi bila perkataan 'have' digunakan, ia menunjukkan hal tempoh masa sekarang.

Kombinasi 'have + 'past participle' menunjukkan tempoh masa 'Present Perfect tense' (tempoh masa sekarang).

Perkataan 'Past participle' tertentu hanya boleh dibina dari 'verb' (kata perbuatan).



1. Struktur : 'How many' + 'have' + 'been' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti perkataan 'have' diikuti perkataan 'been' diikuti perkataan ('past participle') tertentu .

Struktur 'how many' + 'have' + 'been' + ('past participle')' bermakna berapa banyak sudah di(pasif).

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural') dan 'countable'. Objek adalah sasaran kepada pertanyaan 'have'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (dahulu hingga sekarang - hal 'berapa banyak' itu dimaksudkan ujud pada masa dahulu hingga sekarang). Ia mengikut kombinasi 'have + (past participle)'.
3. 'Verb' (Perbuatan) - semua 'action verb dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
How many have been cooked ?Berapa banyak (yang) sudah dimasak ?
How many have been left ?Berapa banyak (yang) sudah ditinggalkan ?
How many have been answered ?Berapa banyak (yang) sudah dijawab ?
How many have been counted ?Berapa banyak (yang) sudah dikira ?
How many have been slaughtered ?Berapa banyak (yang) sudah disembelih ?

Catitan :

- Dalam bahasa Melayu, perkataan yang boleh/biasa disenyapkan dan hal ini tidak mengubah makna ayat.

2. Struktur : 'How many' + (objek) + 'have' + 'been' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'have' diikuti perkataan 'been' diikuti ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, Plural' dan 'countable' (objek boleh dibilang).
2. Masa : 'Present Perfect tense' (dahulu hingga sekarang - hal 'berapa banyak' itu dimaksudkan ujud pada masa dahulu hingga sekarang). Ia mengikut kombinasi 'have' + ('past participle').
3. 'Verb' (perbuatan) semua 'action verb dan beberapa 'non-action verb'.


Catitan :

- Dalam bahasa Melayu, perkataan yang boleh/biasa disenyapkan dan hal ini tidak mengubah makna ayat.


No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...

EnglishMelayu
How many chickens have been slaughtered ?Berapa banyak ayam (yang) sudah disembelih ?
How many days have been allowed to pass ?Berapa banyak hari (yang) sudah dibiarkan berlalu ?
How many agreements have been signed ?Berapa banyak perjanjian (yang) sudah ditandatangani ?
How many questions have been answered ?Berapa banyak soalan (yang) sudah dijawab ?
How many kilometers have been travelled ?Berapa banyak kilometer (yang) sudah ditempuhi ?

Total Pageviews

Followers