Thursday, January 30, 2020

258. Bertanya 'berapa banyak (yang) sudah di(pasif)' ('how many') (dulu)

Bertanya 'berapa banyak (yang) sudah di(pasif)' ('how many') (dulu)

Bertanya 'berapa banyak (yang) sudah di(pasif)' ('how many') (dulu) bermaksud bertanya 'berapa banyak (yang) sudah di(pasif)' dimana hal yang ditanya itu (berapa banyak) dimaksudkan ujud pada tempoh masa lepas.

'How many' bermakna berapa banyak atau berapa banyakkah atau berapa atau berapakah, tapi digunakan bagi benda-benda yang boleh dibilang ('countable'), contohnya : budak-budak ('boys') , botol-botol ('bottles'), kereta-kereta ('cars'), dsb.

Dalam bahasa Inggeris, terdapat beberapa struktur yang boleh digunakan dalam bertanya 'berapa banyak (yang) sudah di(pasif)' (dulu).

1. 'How many' + 'had' + 'been' + ('past participle').
2. 'How many' + (objek) + 'had' + 'been' + ('past participle').

Walaupun masa tidak dinyatakan, tetapi bila perkataan 'had' digunakan, ia menunjukkan hal tempoh masa lepas.

Kombinasi 'had + 'past participle' menunjukkan tempoh masa 'Past Perfect tense' (tempoh masa lepas).

Perkataan 'Past participle' tertentu hanya boleh dibina dari 'verb' (kata perbuatan).

Dalam bahasa Melayu, perkataan yang boleh/biasa disenyapkan dan hal ini tidak mengubah makna ayat.



1. Struktur : 'How many' + 'had' + 'been' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti perkataan 'had' diikuti perkataan 'been' diikuti perkataan ('past participle') tertentu .

Struktur 'how many' + 'had' + 'been' + ('past participle')' bermakna berapa banyak (yang) sudah di(pasif).

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural') dan 'countable'. Objek adalah sasaran kepada pertanyaan 'how many'.
2. Masa : 'Past Perfect tense' (dahulu hingga dahulu - hal 'berapa banyak' itu dimaksudkan ujud pada masa dahulu hingga satu masa dahulu juga). Ia mengikut kombinasi 'had + (past participle)'.
3. 'Verb' (Perbuatan) - semua 'action verb dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
How many had been cooked ?Berapa banyak (yang) sudah dimasak ?
How many had been left ?Berapa banyak (yang) sudah ditinggalkan ?
How many had been answered ?Berapa banyak (yang) sudah dijawab ?
How many had been counted ?Berapa banyak (yang) sudah dikira ?
How many had been slaughtered ?Berapa banyak (yang) sudah disembelih ?

2. Struktur : 'How many' + (objek) + 'had' + 'been' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'had' diikuti perkataan 'been' diikuti ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, Plural' dan 'countable' (objek boleh dibilang).
2. Masa : 'Past Perfect tense' (dahulu hingga dahulu - hal 'berapa banyak' itu dimaksudkan ujud pada masa dahulu hingga satu masa dahulu juga). Ia mengikut kombinasi 'had' + ('past participle').
3. 'Verb' (perbuatan) semua 'action verb dan beberapa 'non-action verb'.



No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...

EnglishMelayu
How many chickens had been slaughtered ?Berapa banyak ayam (yang) sudah disembelih ?
How many days had been allowed to pass ?Berapa banyak hari (yang) sudah dibiarkan berlalu ?
How many agreements had been signed ?Berapa banyak perjanjian (yang) sudah ditandatangani ?
How many questions had been answered ?Berapa banyak soalan (yang) sudah dijawab ?
How many kilometers had been travelled ?Berapa banyak kilometer (yang) sudah ditempuhi ?

Total Pageviews

Followers