Thursday, January 30, 2020

256. Bertanya 'berapa banyak sudah' (how many) (dulu)

Bertanya 'berapa banyak sudah' ('how many') (dulu)

Bertanya 'berapa banyak sudah' ('how many') (dulu) bermaksud bertanya 'berapa banyak sudah' dimana hal yang ditanya itu dimaksudkan ujud pada tempoh masa lepas.

'How many' bermakna berapa banyak atau berapa banyakkah atau berapa atau berapakah, tapi digunakan bagi benda-benda yang boleh dibilang ('countable'), contohnya : budak-budak ('boys') , botol-botol ('bottles'), kereta-kereta ('cars'), dsb.

Dalam bahasa Inggeris, terdapat beberapa struktur yang digunakan untuk bertanya 'berapa banyak sudah' (dulu) :

1. 'How many' + 'had' + ('past participle').
2. 'How many' + (objek) + 'had' + ('past participle').
3. 'How many' + 'had' + (objek) + ('past participle').

Walaupun objek tidak dinyatakan samada manusia atau bukan manusia, tetapi bila 'how many' digunakan, ia boleh bermakna bagi manusia atau bukan.

Kombinasi 'had + 'past participle'' menunjukkan tempoh masa 'Past Perfect tense' (tempoh masa lepas).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tapi jika kombinasi ini digunakan, maka ia bererti tempoh masa lepas.

'Past participle' hanya boleh dibina dari 'verb' (kata perbuatan).



1. Struktur : 'How many' + 'had' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti perkataan 'had' diikuti perkataan ('past participle') tertentu .

Struktur 'how many' + 'had' + ('past participle')' bermakna berapa banyak sudah.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural') dan 'countable'. Objek adalah sasaran kepada pertanyaan 'how many'.
2. Masa : 'Past Perfect tense' (dahulu hingga dahulu - hal 'berapa banyak' itu dimaksudkan ujud pada tempoh masa dahulu hingga satu masa dahulu juga). Ia mengikut kombinasi 'had + (past participle)'.
3. 'Verb' (Perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
How many had died ?Berapa banyak yang sudah mati ?
How many had left ?Berapa banyak yang sudah pergi ?
How many had gone ?Berapa banyak yang sudah pergi ?
How many had arrived ?Berapa banyak yang sudah sampai ?
How many had fainted ?Berapa banyak yang sudah pengsan ?

2. Struktur : 'How many' + (objek) + 'had' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'had' diikuti ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, Plural' dan 'countable' (objek boleh dibilang).
2. Masa : 'Past Perfect tense' (dahulu hingga dahulu - hal 'berapa banyak' itu dimaksudkan ujud pada masa dahulu hingga satu masa dahulu juga). Ia mengikut kombinasi 'had' + ('past participle').
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
How many cats had died in the nagasaki bombings ?Berapa banyak kucing sudah mati dalam pengeboman nagasaki ?
How many weeks had passed ?Berapa minggu sudah berlalu ?
How many countries had signed the petition ?Berapa banyak negara sudah menandatangani petisyen itu ?
How many questions you had answered ?Berapa banyak soalan yang awak sudah jawab ?
How many kilometers you had travelled ?Berapa kilometers awak sudah berjalan ?
How many cows had gone ?Berapa banyak lembu yang sudah lari ?
How many goats had fainted ?Berapa banyak kambing yang sudah pengsan ?

3. Struktur : 'How many' + 'had' + (objek) + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti perkataan 'had' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('past participle') tertentu .

Struktur 'how many' + 'had' + ('past participle') bermakna berapa banyakkah sudah.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural') dan 'countable'(objek boleh dibilang).
2. Masa : 'Past Perfect tense' (dahulu hingga dahulu - hal 'berapa banyak' itu dimaksudkan ujud pada masa dahulu hingga satu masa dahulu juga). Ia mengikut kombinasi had + (past participle).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
How many had you left ?Berapa banyak yang sudah awak tinggalkan ?
How many had you taken ?Berapa banyak yang sudah awak ambil ?
How many had you answered ?Berapa banyak yang sudah awak jawab ?
How many had you counted ?Berapa banyak yang sudah awak kira ?
How many had you fixed ?Berapa banyak yang sudah awak pasang ?


No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...