Bertanya 'berapa banyak sudah' ('how many') (sekarang) bermaksud bertanya 'berapa banyak sudah' dimana hal yang ditanya itu dimaksudkan ujud pada tempoh masa sekarang.
'How many' bermakna berapa banyak atau berapa banyakkah atau berapa atau berapakah, tapi digunakan bagi benda-benda yang boleh dibilang ('countable'), contohnya : budak-budak ('boys') , botol-botol ('bottles'), kereta-kereta ('cars'), dsb.
Dalam bahasa Inggeris, terdapat beberapa struktur yang digunakan untuk bertanya 'berapa banyak sudah' (sekarang) :
1. 'How many' + 'have' + ('past participle').
2. 'How many' + (objek) + 'have' + ('past participle').
3. 'How many' + 'have' + (objek) + ('past participle').
Walaupun objek tidak dinyatakan samada manusia atau bukan, tetapi bila 'how many' digunakan, ia boleh bermakna bagi manusia atau bukan manusia.
Kombinasi 'had + 'past participle'' menunjukkan tempoh masa 'Present Perfect tense' (tempoh masa sekarang).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tapi jika kombinasi ini digunakan, maka ia bererti tempoh masa sekarang.
'Past participle' hanya boleh dibina dari 'verb' (kata perbuatan).
1. Struktur : 'How many' + 'had' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti perkataan 'have' diikuti perkataan ('past participle') tertentu .
Struktur 'how many' + 'have' + ('past participle')' bermakna berapa banyak sudah (bagi tempoh masa sekarang).
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek sasaran : Semua ('I, you, singular, plural') dan 'countable'. Objek adalah sasaran kepada pertanyaan 'how many'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (dahulu hingga sekarang - hal 'berapa banyak' itu dimaksudkan ujud pada tempoh masa dahulu hingga masa sekarang). Ia mengikut kombinasi 'have + (past participle)'.
3. 'Verb' (Perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| How many have died ? | Berapa banyak yang sudah mati ? |
| How many have left ? | Berapa banyak yang sudah pergi ? |
| How many have gone ? | Berapa banyak yang sudah pergi ? |
| How many have arrived ? | Berapa banyak yang sudah sampai ? |
| How many have fainted ? | Berapa banyak yang sudah pengsan ? |
2. Struktur : 'How many' + (objek) + 'have' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan 'have' diikuti ('past participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, you, Plural' dan 'countable' (objek boleh dibilang).
2. Masa : 'Present Perfect tense' (dahulu hingga sekarang - hal 'berapa banyak' itu dimaksudkan ujud pada masa dahulu hingga satu masa sekarang). Ia mengikut kombinasi 'have' + ('past participle').
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| How many cats have died in the nagasaki bombings ? | Berapa banyak kucing sudah mati dalam pengeboman nagasaki ? |
| How many weeks have passed ? | Berapa minggu sudah berlalu ? |
| How many countries have signed the petition ? | Berapa banyak negara sudah menandatangani petisyen itu ? |
| How many questions you have answered ? | Berapa banyak soalan yang awak sudah jawab ? |
| How many kilometers you have travelled ? | Berapa kilometers awak sudah berjalan ? |
| How many cows have gone ? | Berapa banyak lembu yang sudah lari ? |
| How many goats have fainted ? | Berapa banyak kambing yang sudah pengsan ? |
3. Struktur : 'How many' + 'have' + (objek) + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how many' diikuti perkataan 'have' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('past participle') tertentu .
Struktur 'how many' + 'have' + ('past participle') bermakna berapa banyakkah sudah.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural') dan 'countable'(objek boleh dibilang).
2. Masa : 'Present Perfect tense' (dahulu hingga sekarang - hal 'berapa banyak' itu dimaksudkan ujud pada masa dahulu hingga satu masa sekarang). Ia mengikut kombinasi have + (past participle).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| How many have you left ? | Berapa banyak yang sudah awak tinggalkan ? |
| How many have you taken ? | Berapa banyak yang sudah awak ambil ? |
| How many have you answered ? | Berapa banyak yang sudah awak jawab ? |
| How many have you counted ? | Berapa banyak yang sudah awak kira ? |
| How many have you fixed ? | Berapa banyak yang sudah awak pasang ? |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb