Bertanya 'adakah (objek) tidak akan di(pasif)' (sekarang) bermaksud bertanya adakah (objek) tidak akan di(pasif), dimana hal yang ditanya itu akan ujud pada masa akan datang (bagi masa sekarang).
Kita gunakan perkataan Inggeris berikut untuk bertanya adakah (objek) tidak akan di(pasif) (sekarang) :
'Will not'.
'Will not' dalam bentuk soalan boleh bermakna adakah tidak akan (bagi masa sekarang).
Struktur berikut berasaskan 'will not' iaitu :
1. 'Will not' + (objek) + 'be' + ('past participle').
Perkataan 'will' digunakan oleh semua objek.
Walaupun jika masa tidak dinyatakan, tapi bila perkataan 'will' digunakan, ia menunjukkan hal masa depan bagi masa sekarang.
Apabila 'will' digunakan, ini bermakna hal yang ditanya itu adalah masa depan - bagi masa sekarang.
Kombinasi 'be + ('past participle')' membawa bentuk 'pasif'.
Perkataan 'be' jika diikuti dengan 'past participle' bermakna 'di'.
Perkataan 'past participle' tertentu digunakan bagi bentuk pasif. Perkataan 'past participle' tertentu hanya boleh dibina dari 'verb'.
1. Struktur : 'Will not' + (objek) + 'be' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'will not' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'be' diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu .
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural') - mengikut perkataan 'will'. Perkataan 'will' digunakan bagi semua objek.
2. Masa : 'Future tense - for the present' (hal yang disoal itu adalah berkaitan hal perbuatan pada masa yang akan datang bagi masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| Will not I be seen again ? | Adakah saya tak akan dilihat lagi ? |
| Will not you be left out ? | Adakah awak tak akan digugurkan ? |
| Will not he be abandoned ? | Adakah dia tak akan ditinggalkan ? |
| Will not they be cooperated ? | Adakah mereka tak akan diberi kerjasama ? |
| Will not Abu be scolded again ? | Adakah Abu tak akan dimarahi lagi ? |
| Will not the issue be negotiated further ? | Adakah isu itu tak akan dirundingi lebih lanjut ? |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb