Bertanya 'adakah (objek) tidak akan' (dulu) bermaksud bertanya adakah (objek) tidak akan, dimana hal yang ditanya itu akan ujud pada masa akan datang (bagi masa dulu).
Kita gunakan perkataan Inggeris berikut untuk bertanya 'adakah (objek) tidak akan' (dulu) :
'Would not'.
'Would not' dalam bentuk soalan boleh bermakna adakah tidak akan (bagi masa lepas).
'Would not' dalam bentuk soalan digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural'). Perkataan 'would' digunakan bagi semua objek.
2. Masa : 'Future tense - for the past' (hal yang disoal itu adalah berkaitan hal (perbuatan atau bukan perbuatan) pada masa yang akan datang bagi masa dahulu).
Terdapat 3 struktur yang berasaskan 'would not' bagi bertanya 'adakah (objek) tidak akan' (dulu) iaitu :
1. 'Would not' + (objek) + ('verb').
2. 'Would not' + (objek) + 'be' + ('non-verb').
3. 'Would not' + (objek) + 'be' + ('gerund').
Perkataan 'would' digunakan oleh semua objek.
Walaupun jika masa tidak dinyatakan, tapi bila perkataan 'would' digunakan, ia menunjukkan hal masa depan bagi masa lepas.
'Gerund' juga adalah sejenis 'non-verb'.
Apabila perkataan 'would' digunakan, ini bermakna hal yang ditanya itu akan berlaku pada masa depan bagi masa dulu.
Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (kata dasar).
Perkataan 'be' jika diikuti dengan 'non-verb' bermakna 'menjadi' atau 'jadi' atau dalam keadaan.
Perkataan 'be' jika diikuti dengan 'gerund' bermakna 'menjadi' atau 'jadi' atau dalam keadaan.
1. Struktur : 'Would not' + (objek) + ('verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'would not' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan ('verb') tertentu.
Struktur ini boleh boleh bermakna 'adakah (objek) tidak akan'.
Struktur ini adalah bentuk 'negatif' bagi struktur would + (objek).
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural') - mengikut perkataan 'would'.
2. Masa : 'Future tense - for the past' (hal yang disoal itu adalah berkaitan hal (perbuatan atau bukan perbuatan) pada masa yang akan datang bagi masa lalu).
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| Would not the teachers come ? | Adakah guru-guru tak akan datang ? |
| Would not I cry ? | Adakah saya tak akan menangis ? |
| Would not you dare to face him ? | Adakah awak tak akan berani menghadapinya ? |
| Would not we come by bus ? | Adakah kita tak akan datang dengan bas ? |
| Would not they help each other ? | Adakah mereka tidak akan saling tolong menolong ? |
| Would not he tell the truth ? | Adakah dia tak akan beritahu hal sebenar ? |
| Would not she hide ? | Adakah dia tak akan bersembunyi ? |
| Would not it break easily ? | Adakah ia tak akan mudah pecah ? |
| Would not Ahmad angry ? | Adakah Ahmad tak akan marah ? |
| Would not the cat die ? | Adakah kucing itu tak akan mati ? |
Catitan :
- 'Would not + (objek)' atau 'would + (objek) + not' ?. Mengikut amalan orang Inggeris, mereka gunakan 'would not + (objek)', bukan 'would + (objek) + not'.
2. Struktur : 'Would not' + (objek) + 'be' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'would not' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'be' diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.
Struktur ini adalah bentuk negatif bagi struktur 'would' + (objek) + 'be'.
Struktur ini sesuai digunakan bagi hal bukan perbuatan ('non-verb').
Ia lebih kurang bermakna adakah (objek) tidak akan menjadi.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural') - mengikut perkataan 'would'.
2. Masa : 'Future tense - for the past' (hal yang disoal itu adalah berkaitan hal (perbuatan atau bukan perbuatan) pada masa yang akan datang bagi masa lepas).
3. 'Non-Verb' (Bukan perbuatan) - Semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| Would not I be in your team ? | Adakah saya tak akan ada dalam pasukan awak ? |
| Would not you be nice to him ? | Adakah awak tak akan baik dengan dia ? |
| Would not he be a writer ? | Adakah dia tak akan jadi penulis ? |
| Would not she be in trouble ? | Adakah dia tak akan mengalami masalah ? |
| Would not it be back in 2 days ? | Adakah ia tak akan balik dalam 2 hari ? |
| Would not we be the organizer ? | Adakah kita tak akan jadi pengelola ? |
| Would not they be the target ? | Adakah mereka tak akan jadi sasaran ? |
| Would not Abu be home next week ? | Adakah Abu tak akan ada di rumah minggu depan ? |
| Would not the villagers available for the meeting ? | Adakah orang-orang kampung tak akan datang ke mesyuarat ? |
Catitan :
- 'Would not + (objek) + be' atau 'would + (objek) + not be' ?. Mengikut amalan orang Inggeris, mereka gunakan 'would not + (objek) + be', bukan 'would + (objek) + not be'.
3. Struktur : 'Would not' + (objek) + 'be' + ('gerund')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'would not' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'be' diikuti dengan ('gerund') tertentu .
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural') - mengikut perkataan 'would'.
2. Masa : 'Future tense - for the past' (hal yang disoal itu adalah berkaitan hal (perbuatan atau bukan perbuatan) pada masa yang akan datang bagi masa lepas).
3. 'Gerund' (nama perbuatan) - 'Gerund' adalah sejenis 'non-verb' juga.
| English | Melayu |
| Would not I be seeing you again ? | Adakah saya tak akan melihat awak lagi ? |
| Would not you be regretting your action ? | Adakah awak tak akan menyesali tindakan awak ? |
| Would not he be abandoning the project ? | Adakah dia tak akan meninggalkan projek itu ? |
| Would not she be swimming again ? | Adakah dia tak akan berenang lagi ? |
| Would not we be pretending anymore ? | Adakah kita tak akan berpura-pura lagi ? |
| Would not they be cooperating again ? | Adakah mereka tak akan bekerjasama lagi ? |
| Would not it be hurting him ? | Adakah ia tak akan melukakan dia ? |
| Would not Abu be schooling again ? | Adakah Abu tak akan bersekolah lagi ? |
| Would not the workers be negotiating further ? | Adakah para pekerja tak akan berunding lebih lanjut ? |
Ringkasan
| Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| Would not | Would not + (objek) + (verb) | Semua | Future tense | Soalan Negatif |
| Would not | Would not + (objek) + be + (non-verb) | Semua | Future tense | Soalan Negatif |
| Would not | Would not + (objek) + be + (gerund) | Semua | Future tense | Soalan Negatif |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb