Sunday, May 17, 2020

94. Bertanya 'adakah (objek) tidak akan di(pasif)' (dulu)

Bertanya 'adakah (objek) tidak akan di(pasif)' (dulu)

Bertanya 'adakah (objek) tidak akan di(pasif)' (dulu) bermaksud bertanya adakah (objek) tidak akan di(pasif), dimana hal yang ditanya itu akan ujud pada masa akan datang (bagi masa dulu).

Kita gunakan perkataan Inggeris berikut untuk bertanya adakah (objek) tidak akan di(pasif) (dulu) :

'Would not'.

'Would not' dalam bentuk soalan boleh bermakna adakah tidak akan (bagi masa lepas).

Struktur berikut berasaskan 'would not' iaitu :

'Would not' + (objek) + 'be' + ('past participle').

Perkataan 'would' digunakan oleh semua objek.
Walaupun jika masa tidak dinyatakan, tapi bila perkataan 'would' digunakan, ia menunjukkan hal masa depan bagi masa lepas.
Apabila 'would' digunakan, ini bermakna hal yang ditanya itu adalah masa depan - bagi masa dulu.
Kombinasi 'be + ('past participle')' membawa bentuk 'pasif'.
Perkataan 'be' jika diikuti dengan 'past participle' bermakna 'di'.
Perkataan 'past participle' tertentu digunakan bagi bentuk pasif. Perkataan 'past participle' tertentu hanya boleh dibina dari 'verb'.



Struktur : 'Would not' + (objek) + 'be' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'would not' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'be' diikuti dengan ('past participle') tertentu .

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural') - mengikut perkataan 'would'. Perkataan 'would' digunakan bagi semua objek.
2. Masa : 'Future tense - for the past' (hal yang disoal itu adalah berkaitan hal perbuatan pada masa yang akan datang bagi masa lepas).
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Would not I be seen again ?Adakah saya tak akan dilihat lagi ?
Would not you be left out ?Adakah awak tak akan digugurkan ?
Would not he be abandoned ?Adakah dia tak akan ditinggalkan ?
Would not they be cooperated ?Adakah mereka tak akan diberi kerjasama ?
Would not Abu be scolded again ?Adakah Abu tak akan dimarahi lagi ?
Would not the issue be negotiated further ?Adakah isu itu tak akan dirundingi lebih lanjut ?

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...