Thursday, February 27, 2020

206. Bertanya 'yang mana' (sekarang)

Bertanya 'yang mana' (sekarang)

Bertanya yang mana (sekarang) bermaksud bertanya yang mana dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa sekarang.

Yang mana, yang manakah dalam bahasa Inggeris ialah 'Which'.

'Which' boleh digunakan dalam pernyataan dan dalam soalan atau pertanyaan.

Berikut ialah pelbagai struktur penggunaan 'which' dalam bentuk soalan, dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa sekarang :

1. 'Which' + ('verb').
2. 'Which' + 'is' + (objek).
3. 'Which' + 'is' + ('non-verb').
4. 'Which' + 'are' + (objek).
5. 'Which' + 'are' + ('non-verb').
6. 'Which' + 'do' + (objek) + ('verb').
7. 'Which' + 'does' + (objek) + ('verb').
8. 'Which' + 'does' + ('non-verb').

Perkataan 'is' digunakan jika objek 'singular'.
Perkataan 'are' digunakan jika objek 'you, plural'.
Perkataan 'does' digunakan jika objek 'singular'.
Perkataan 'do' digunakan jika objek 'I, you, plural'.

Perkataan 'am' digunakan bagi 'non-verb'.
Perkataan 'is' digunakan bagi 'non-verb'.
Perkataan 'are' digunakan bagi 'non-verb'.
Perkataan 'does' digunakan bagi 'verb'.
Perkataan 'do' digunakan bagi 'verb'.

Objek termasuk sebagai 'non-verb'.


Perkataan 'am', 'is', 'are', 'do', 'does' menunjukkan masa 'present tense' (sekarang).
Walaupun masa atau tarikh tidak dinyatakan, tetapi apabila perkataan-perkataan itu digunakan, ia menunjukkan hal yang ditanya itu berlaku atau ujud pada masa sekarang.

Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.



1. Struktur : 'Which' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'which' diikuti dengan perkataan ('verb') tertentu.

EnglishMelayu
Which loads faster ?Yang mana muncul lebih cepat ?
Which comes first ?Yang mana datang lebih dulu ?
Which lives longer ?Yang mana hidup lebih lama ?
Which dies earlier ?Yang mana mati lebih awal ?
Which travels faster ?Yang mana bergerak lebih cepat ?
Which lasts longer ?Yang mana bertahan lebih lama ?

Catitan :

- Dalam contoh-contoh diatas, 'which' merujuk kepada objek 'singular' dan masa 'present tense', oleh itu 'verb'nya ada tambahan huruf 's'.

- Perkataan 'present tense' ialah perkataan-perkataan yang mana dengan menggunakannya ia menunjukkan sesuatu perbuatan itu berupa kelaziman atau kebiasaan pada masa sekarang.

2. Struktur : 'Which' + 'is + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Frasa 'which is' diikuti dengan (objek) tertentu.

'Which is' bermakna yang mana ialah/adalah/merupakan atau yang manakah.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'. Ia mengikut perkataan 'is'.
2. Masa : 'Present tense' (Sekarang - hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa sekarang). Ia mengikut perkataan is.

EnglishMelayu
Which is your pencil ?Yang mana (ialah/adalah/merupakan) pensil awak ?
Which is your choice ?Yang mana (ialah/adalah/merupakan) pilihan awak ?
Which is my toy ?Yang manakah mainan saya ?
Which is the best image format ?Yang manakah format imej yang terbaik ?
Which is the largest species of crocodiles ?Yang manakah jenis buaya yang terbesar ?

Catitan :

- Dalam bahasa Melayu, sebutan ialah atau adalah atau merupakan boleh/biasa disenyapkan.

3. Struktur : 'Which' + 'is' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Frasa 'which is' diikuti dengan ('non-verb') tertentu.

'Which is' bermakna yang mana ialah/adalah/merupakan.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Singular.
2. Masa : 'Present tense' (Sekarang - hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa sekarang). Ia mengikut perkataan is.
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - Semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Which is which ?Yang mana ni ?
Which is better ?Yang mana lebih baik ?
Which is right for you ?Yang mana baik untuk awak ?
Which is easier ?Yang mana lebih mudah ?
Which is bigger ?Yang mana lebih besar ?

4. Struktur : 'Which' + 'are' + (objek)

Struktur ini berbentuk begini : Frasa 'which are' diikuti dengan (objek) tertentu.

'Which are' bermakna yang mana ialah/adalah/merupakan.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'. Ia mengikut perkataan 'are'.
2. Masa : 'Present tense' (Sekarang - hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa sekarang). Ia mengikut perkataan are.

EnglishMelayu
Which are better, electric cars or natural gas vehicles ?Yang mana (adalah) lebih baik, kereta elektrik atau kenderaan mengguna gas asli ?
Which are the laziest countries on earth ?Yang manakah negara-negara paling pemalas di dunia ?
Which are the world's cleanest cities ?Yang manakah bandaraya-bandaraya dunia yang paling bersih ?
Which are the most active volcanoes ?Yang manakah gunung-gunung berapi paling aktif ?
Which are the known causes of obesity ?Yang manakah diketahui sebagai punca-punca kegemukan ?

5. Struktur : 'Which' + 'are' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Frasa 'which are' diikuti dengan ('non-verb') tertentu.

'Which are' bermakna yang mana ialah/adalah/merupakan.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'. Ia mengikut perkataan 'are'.
2. Masa : 'Present tense' (Sekarang - hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa sekarang). Ia mengikut perkataan 'are'.
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - Semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Which are healthier ?Yang mana (adalah) lebih menyihatkan ?
Which are farther ?Yang manakah lebih jauh ?
Which are expensives ?Yang manakah mahal-mahal ?
Which are safe ?Yang manakah yang selamat ?
Which are important ?Yang manakah yang mustahak ?

6. Struktur : 'Which' + 'do' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Frasa 'which do' diikuti dengan (objek) diikuti ('verb') tertentu.

'Which do' bermakna yang mana.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, Plural'. Ia mengikut perkataan 'do'.
2. Masa : 'Present tense' (Kelaziman sekarang - hal yang ditanya itu dianggap ujud sebagai kelaziman atau kebiasaan pada masa sekarang). Ia mengikut perkataan 'do'.
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'..

EnglishMelayu
Which do you prefer ?Yang mana awak lebih suka ?
Which do men prefer, a woman with curly or straight hair ?Yang mana orang laki-laki suka, wanita berambut keriting atau lurus ?
I would like to grow beans, which do you suggest ?Saya suka tanam kekacang, yang mana awak cadangkan ?
Which do you like better, cucumbers or tomatoes ?Yang mana awak lebih suka, timun atau tomato ?
Pay TV or Free TV, which do I need ?TV berbayar atau TV percuma, yang mana saya perlukan ?
Which do you want least ?Yang mana awak paling tak mahu ?


7. Struktur : 'Which' + 'does' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Frasa 'which does' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti ('verb') tertentu.

'Which does' bermakna yang mana.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'. Ia mengikut perkataan 'does'.
2. Masa : 'Present tense' (Kelaziman sekarang - hal yang ditanya itu dianggap ujud sebagai kelaziman atau kebiasaan pada masa sekarang). Ia mengikut perkataan 'does'.
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Which does he look better in - Long hair or short hair ?Yang mana dia nampak lebih bagus, rambut panjang atau pendek ?
Which does she care more, mother or husband ?Yang mana dia lebih prihatin, ibu atau suami ?
Which does the media write more - about men or women ?Yang mana media lebih banyak menulis - mengenai laki-laki atau wanita ?
Which does your child need ?Yang mana anak awak perlukan ?
Which does she like more ?Yang mana dia lebih suka ?


8. Struktur : 'Which' + 'does' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Frasa 'which does' diikuti dengan ('non-verb') tertentu.

'Which does' bermakna yang mana.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'Singular' (objek sasaran yang ditanya itu dianggap sebagai 'singular'). Ia mengikut perkataan 'does'.
2. Masa : 'Present tense' (Kelaziman sekarang - hal yang ditanya itu dianggap ujud sebagai kelaziman atau kebiasaan pada masa sekarang). Ia mengikut perkataan 'does'.
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - Semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Which does not belong in the animal category ?Yang mana tidak termasuk dalam kategori binatang ?
Which does more, Evernote or Google Keep ?Yang mana lebih banyak fungsinya, Evernote atau Google Keep ?
Which does best during recessions: gold, the Dow, T-Notes ?Yang mana lebih bagus semasa kemelesetan ekonomi : emas, Dow Jones atau Wang ?
Which does what ?Yang mana buat apa ?
Which does not concern you ?Yang mana tidak berkenaan dengan awak ?

Catitan :

- Dalam struktur ini, tiada 'objek', maka 'non-verb' digunakan.

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...