Bertanya 'di mana (objek) di(pasif)' (dulu) bermaksud bertanya 'di mana (objek) di(pasif)' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa lepas.
Ada 2 struktur dalam bahasa Inggeris yang harus digunakan jika hal yang ditanya itu ujud bagi masa lalu iaitu :
1. 'Where' + 'was' + (objek) + ('past participle').
2. 'Where' + 'were' + (objek) + ('past participle').
Perkataan 'was'' digunakan jika objek 'I, singular'.
Perkataan 'were'' digunakan jika objek 'you, plural'.
Semua perkataan diatas iaitu 'was','were','did' menunjukkan masa 'Past tense'.
Walaupun jika masa tidak dinyatakan, tetapi apabila perkataan 'was', 'were', 'did' digunakan, ia menandakan hal 'past tense'.
Perkataan 'was', 'were' dalam kombinasi 'was' + ... + ('past participle') dan 'were' + ... + ('past participle') bererti di.
'Past participle' hanya boleh dibina dari 'verb'.
'Past participle' digunakan bagi bentuk pasif.
1. Struktur : 'Where' + 'was' + (objek) + ('past participle').
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'was' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, Singular' (mengikut penggunaan perkataan 'was').
2. Masa : 'Past tense' (hal yang ditanya itu merujuk kepada masa yang telah lalu) - Mengikut penggunaan perkataan 'was'.
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| Where was he born ? | Di manakah dia dilahirkan ? |
| Where was 'Johnny English' filmed ? | Di manakah 'Johnny English' difilemkan ? |
| Where was this photo taken ? | Di manakah foto ini diambil ? |
| Your Swiss watch, where was it made ? | Jam Swiss awak, di mana ia dibuat ? |
| Where was the match held ? | Di manakah perlawanan itu diadakan ? |
Catitan :
- Perhatikan struktur terbalik. Contohnya 'where was he born' bukan 'where he was born'.
2. Struktur : 'Where' + 'were' + (objek) + ('past participle').
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'were' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini adalah soalan bentuk 'pasif'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'You, plural' (mengikut penggunaan perkataan 'were').
2. Masa : 'Past tense' (hal yang ditanya itu merujuk kepada masa yang telah lalu) - mengikut penggunaan perkataan 'were'.
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| Where were English colonies located ? | Di manakah tanah-tanah jajahan Inggeris berada? |
| Where were the prisoners kept ? | Di manakah banduan-banduan disorokkan ? |
| Where were the prisoners kept in the Tower of London ? | Di manakah banduan-banduan disorokkan di menara London? |
| Where were you born ? | Di manakah awak dilahirkan ? |
| Where were the cases heard ? | Di manakah kes-kes itu didengar ? |
Catitan :
- Perhatikan struktur terbalik. Contohnya 'where were you born' bukan 'where you were born'.
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb