Tuesday, March 24, 2020

169. Bertanya 'di mana (objek) di(pasif)' (sekarang)

Bertanya 'di mana (objek) di(pasif)' (sekarang)

Bertanya 'di mana (objek) di(pasif)' (sekarang) bermaksud bertanya 'di mana (objek) di(pasif)' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa sekarang.

Dalam bahasa Inggeris, bertanya di mana atau mana ialah 'where'.

Ada 3 struktur dalam bahasa Inggeris, yang harus digunakan, untuk bertanya 'di mana (objek) di(pasif)' (sekarang) iaitu :

1. 'Where' + 'am' + (objek) + ('past participle').
2. 'Where' + 'is' + (objek) + ('past participle').
3. 'Where' + 'are' + (objek) + ('past participle').

Perkataan 'am' digunakan jika objek 'I'.
Perkataan 'is' digunakan jika objek 'singular'.
Perkataan 'are' digunakan jika objek 'you, plural'.

Perkataan-perkataan 'am', 'is', 'are' menunjukkan masa 'present tense' (sekarang).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam ayat, tetapi jika perkataan-perkataan ini digunakan, ia menunjukkan hal yang ujud atau pada masa 'present tense' (sekarang).

Perkataan-perkataan 'am', 'is', 'are' bila dikombinasikan dengan ('past participle') bererti di.

Perkataan 'past participle' tertentu digunakan bagi bentuk pasif.
Perkataan 'past participle' tertentu hanya boleh dibina dari 'verb'.



1. Struktur : 'Where' + 'am' + (objek) + ('past participle').

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'am' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I' sahaja (mengikut penggunaan perkataan 'am').
2. Masa : 'Present tense' (hal yang ditanya merujuk kepada masa sekarang) (mengikut penggunaan perkataan 'am').
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Where am I registered to vote ?Di mana saya didaftarkan untuk mengundi ?
Where am I domiciled ?Di manakah saya dianggap domisil ?


2. Sruktur : 'Where' + 'is' + (objek) + ('past participle').

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'is' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'Singular' (mengikut penggunaan perkataan 'is').
2. Masa : 'Present tense' (hal yang ditanya merujuk kepada masa sekarang) (mengikut penggunaan perkataan 'is').
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Where is he registered to vote ?Di mana dia didaftarkan untuk mengundi ?
Where is she domiciled ?Di manakah dia dianggap domisil ?


3. Struktur : 'Where' + 'are' + (objek) + ('past participle').

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'are' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, Plural' (mengikut penggunaan perkataan 'are').
2. Masa : 'Present tense' (hal yang ditanya merujuk kepada masa sekarang) (mengikut penggunaan perkataan 'is').
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Where are we registered to vote ?Di mana kita didaftarkan untuk mengundi ?
Where are they domiciled ?Di manakah mereka dianggap domisil ?

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...