Tuesday, March 24, 2020

168. Bertanya 'mana', 'di mana' (dulu)

Bertanya 'mana', 'di mana' (dulu)

Bertanya 'mana', 'di mana' (dulu) bermaksud bertanya 'mana' atau 'di mana' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa lepas.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan mana, di mana, di manakah ialah 'where'.

Struktur yang harus digunakan jika hal yang ditanya itu ujud bagi masa lalu ialah seperti berikut :

1. 'Where' + 'was' + (objek).
2. 'Where' + 'was' + (objek) + ('non-verb').
3. 'Where' + 'were' + (objek) + ('non-verb').
4. 'Where' + 'did' + (objek) + ('verb').

Perkataan 'was'' digunakan jika objek 'I, singular'.
Perkataan 'were'' digunakan jika objek 'you, plural'.
Perkataan 'did'' digunakan bagi semua objek.

Semua perkataan diatas iaitu 'was','were','did' menunjukkan masa 'Past tense'.
Walaupun jika masa tidak dinyatakan, tetapi apabila perkataan 'was', 'were', 'did' digunakan, ia menandakan hal 'past tense'.

Perkataan 'was', 'were' digunakan bagi 'non-verb'.
Perkataan 'did'' digunakan bagi 'verb'.

Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.



1. Struktur : 'Where' + 'was' + (objek).

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'was' diikuti dengan (objek) tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, Singular' (mengikut penggunaan perkataan 'was').
2. Masa : 'Past tense' - hal yang ditanya itu merujuk kepada masa yang telah lalu (mengikut penggunaan perkataan 'was').

EnglishMelayu
Where was I ?Di manakah saya ?
Where was he ?Di manakah dia ?
Where was Jack ?Di manakah Jack ?
Where was my book ?Di manakah buku saya ?
Where was the photo ?Di manakah foto itu ?
Your watch, where was it ?Jam awak, dimana ia ?

2. Struktur : 'Where' + 'was' + (objek) + ('non-verb').

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'was' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti ('non-verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, singular' - mengikut penggunaan perkataan 'was'.
2. Masa : 'Past tense' - hal yang ditanya itu merujuk kepada masa yang telah lalu (Mengikut penggunaan perkataan 'was').
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).

EnglishMelayu
Where was Jack yesterday ?Di manakah Jack semalam ?
Where was he when the lights went out ?Di mana dia bila lampu padam ?
Where was she at 9am on Wednesday 25th January ?Di mana dia pada 9 pagi Rabu 25 Januari ?
Where was the Atlantis located ?Di manakah Atlantis berada ?
Where was the prisoner ?Di manakah banduan itu ?

3. Struktur : 'Where' + 'were' + (objek) + ('non-verb').

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'were' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti ('non-verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, Plural' - mengikut penggunaan perkataan 'were'.
2. Masa : 'Past tense' - hal yang ditanya itu merujuk kepada masa yang telah lalu (Mengikut penggunaan perkataan 'were').
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Where were you when the lights went out ?Di mana awak bila lampu padam ?
Where were the English colonies in 1800s ?Di manakah tanah-tanah jajahan Inggeris pada tahun 1800an ?
Where were you at 9am on Wednesday 25th January ?Di mana awak pada 9 pagi Rabu 25 Januari ?
Where were the prisoners exactly in the Tower of London ?Di manakah banduan-banduan berada tepatnya di menara London ?
Where were them when we performed ?Dimana mereka semasa kami membuat persembahan ?

4. Struktur : 'Where' + 'did' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'where' diikuti perkataan 'did' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan ('verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural') - mengikut penggunaan perkataan 'did'.
2. Masa : 'Past tense' (hal yang ditanya itu berlaku pada masa yang telah lalu) - mengikut penggunaan perkataan 'did'.
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Where did you sleep ?Di mana awak tidur ?
Where did you sleep last night ?Di mana awak tidur malam tadi ?
Where did they film that ?Di mana mereka memfilemkannya ?
Where did they film that film ?Di mana mereka memfilemkan filem itu ?
Where did all the money go ?Ke mana semua duit pergi ?
Where did she get it ?Di mana dia mendapatkannya ?
Where did it snow in the past 3 days ?Di mana bersalji dalam 3 hari lepas ?

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
Where wasSoalan
Where wasSoalan
Where wereSoalan
Where wereSoalan
Where didSoalan

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...