Bertanya 'adakah (objek) akan di(pasif)' (sekarang) bermakna bertanya adakah (objek) akan di(pasif), dimana hal yang ditanya itu akan ujud pada masa akan datang bagi masa sekarang.
Kita gunakan perkataan Inggeris 'will' untuk bertanya tentang hal yang akan berlaku pada masa depan (bagi masa sekarang).
Salah satu pertanyaan bagi hal masa depan (bagi masa sekarang) ialah 'adakah (objek) akan'. Dalam bahasa Inggeris, kita gunakan perkataan 'will'.
'Will'
'Will' jika dalam bentuk soalan boleh bermakna adakah (objek) akan.
'Will' dalam bentuk soalan digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural') - perkataan 'will' digunakan bagi semua objek.
2. Masa : 'Future tense - for the present' (hal yang disoal itu adalah berkaitan hal (perbuatan atau bukan perbuatan) pada masa yang akan datang bagi masa sekarang).
Terdapat 1 struktur yang berasaskan 'will' iaitu :
'Will' + (objek) + 'be' + ('past participle').
Apabila 'will' digunakan, ini bermakna hal yang ditanya itu adalah masa depan - bagi masa sekarang.
Kombinasi 'be + ('past participle')' membawa bentuk 'pasif'.
Perkataan 'be' jika diikuti dengan 'past participle' bermakna 'di'.
Perkataan 'past participle' tertentu digunakan bagi bentuk pasif. Perkataan 'past participle' tertentu hanya boleh dibina dari 'verb'.
Struktur : 'Will' + (objek) + 'be' + ('past participle').
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'will' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'be' diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini boleh boleh bermakna adakah (objek) akan di(pasif).
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural').
2. Masa : 'Future tense - for the present' (hal yang disoal itu adalah berkaitan hal (bukan perbuatan) pada masa yang akan datang bagi masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English (infinitive) | Melayu (kata dasar) | English | Melayu |
| Place | Tempat | Will I be placed there ? | Adakah saya akan ditempatkan disana ? |
| Pay | Bayar | Will you be paid for your work ? | Adakah awak akan dibayar bagi kerja-kerja awak ? |
| Support | Sokong | Will he be supported by his father ? | Adakah dia akan disokong oleh ayahnya ? |
| Marry | Kahwin | Will she be married to her boyfriend ? | Adakah dia akan dikahwinkan dengan teman lelakinya ? |
| Add | Tambah | Will it be added with sugar ? | Adakah ia akan ditambah gula ? |
| Challenge | Lawan | Will we be challenged ? | Adakah kita akan dilawan ? |
| Register | Daftar | Will they be registered ? | Adakah mereka akan didaftarkan ? |
| Refer | Rujuk | Will Ali be referred to the headmaster ? | Adakah Ali akan dirujuk kepada Guru Besar ? |
| Remind | Ingatkan | Will the tourists be reminded about the threat ? | Adakah para pelancong akan diingatkan tentang ancaman itu ? |
| Drop | Gugur | Will I not be dropped from the list ? | Adakah saya tak akan digugurkan dari senarai ? |
| Call | Panggil | Will you not be called to testify ? | Adakah awak tak akan dipanggil memberi keterangan ? |
| Lock | Kunci | Will he not be locked in the room | Adakah dia tak akan dikunci dalam bilik ? |
| Question | Soal | Will she not be questioned by Police ? | Adakah dia tak akan disoal Polis ? |
| Turn | Tukar | Will it not be turned into cash ? | Adakah ia tak akan ditukar jadi wang tunai ? |
| Boo | Ejek | Will we not be booed by opponent's supporters ? | Adakah kita tak akan diejek oleh peminat pasukan lawan ? |
| Appoint | Lantik | Will they not be appointed as ambassadors ? | Adakah mereka tak akan dilantik sebagai duta-duta ? |
| Book | Saman | Will Ali not be booked for speeding ? | Adakah Ali tak akan disaman kerana memandu laju ? |
| Allow | Benarkan | Will the buyers not be allowed to buy more than 2 packets ? | Adakah para pembeli tak akan dibenarkan membeli lebih dari 2 paket ? |
| Inform | Maklum | Will she be informed ? | Adakah dia akan ada dimaklumkan ? |
| Prosecute | Dakwa | Will he be prosecuted ? | Adakah dia akan ada di dakwa ? |
| Persecute | Hukum | Will they be persecuted ? | Adakah mereka akan dihukum ? |
| Transfer | Pindah | Will you be transferred ? | Adakah awak akan dipindahkan ? |
| Discuss | Bincang | Will this be discussed ? | Adakah ini akan dibincangkan ? |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb