Bertanya 'adakah (objek) akan di(pasif)' (dulu) bermakna bertanya adakah (objek) akan di(pasif), dimana hal yang ditanya itu akan ujud pada masa akan datang bagi masa dulu.
Kita gunakan perkataan Inggeris 'would' untuk bertanya tentang hal yang akan berlaku pada masa depan (bagi masa dulu).
Salah satu pertanyaan bagi hal masa depan (bagi masa dulu) ialah 'adakah (objek) akan di(pasif)'. Dalam bahasa Inggeris, kita gunakan perkataan 'would'.
'Would'
'Would' jika dalam bentuk soalan boleh bermakna adakah (objek) akan.
'Would' dalam bentuk soalan digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural') - perkataan 'would' digunakan bagi semua objek.
2. Masa : 'Future tense - for the past' (hal yang disoal itu adalah berkaitan hal (perbuatan atau bukan perbuatan) pada masa yang akan datang bagi masa yang lepas).
Terdapat satu struktur yang berasaskan 'would' iaitu :
1. 'Would' + (objek) + 'be' + ('past participle').
Apabila perkataan 'would' digunakan, ini bermakna hal yang ditanya itu adalah masa depan bagi masa lepas ('future tense - for the past').
Apabila perkataan 'would' digunakan, ini bermakna hal yang ditanya itu adalah masa depan - bagi masa dulu.
Kombinasi 'be + ('past participle')' membawa bentuk 'pasif'.
Perkataan 'be' jika diikuti dengan 'past participle' bermakna 'di'.
Perkataan ('past participle') tertentu digunakan bagi bentuk pasif. Perkataan ('past participle') tertentu hanya boleh dibina dari 'verb'.
Struktur : 'Would' + (objek) + 'be' + ('past participle').
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'would' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'be' diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini boleh boleh bermakna adakah (objek) akan di(pasif).
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural') - mengikut perkataan 'would'.
2. Masa : 'Future tense - for the past' (hal yang disoal itu adalah berkaitan hal (bukan perbuatan) pada masa yang akan datang bagi masa dulu).
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English (infinitive) | Melayu (kata dasar) | English | Melayu |
| Place | Tempat | Would I be placed there ? | Adakah saya akan ditempatkan disana ? |
| Pay | Bayar | Would you be paid for your work ? | Adakah awak akan dibayar bagi kerja-kerja awak ? |
| Support | Sokong | Would he be supported by his father ? | Adakah dia akan disokong oleh ayahnya ? |
| Marry | Kahwin | Would she be married to her boyfriend ? | Adakah dia akan dikahwinkan dengan teman lelakinya ? |
| Add | Tambah | Would it be added with sugar ? | Adakah ia akan ditambah gula ? |
| Challenge | Lawan | Would we be challenged ? | Adakah kita akan dilawan ? |
| Register | Daftar | Would they be registered ? | Adakah mereka akan didaftarkan ? |
| Refer | Rujuk | Would Ali be referred to the headmaster ? | Adakah Ali akan dirujuk kepada Guru Besar ? |
| Remind | Ingatkan | Would the tourists be reminded about the threat ? | Adakah para pelancong akan diingatkan tentang ancaman itu ? |
| Drop | Gugur | Would I not be dropped from the list ? | Adakah saya tak akan digugurkan dari senarai ? |
| Call | Panggil | Would you not be called to testify ? | Adakah awak tak akan dipanggil memberi keterangan ? |
| Lock | Kunci | Would he not be locked in the room | Adakah dia tak akan dikunci dalam bilik ? |
| Question | Soal | Would she not be questioned by Police ? | Adakah dia tak akan disoal Polis ? |
| Turn | Tukar | Would it not be turned into cash ? | Adakah ia tak akan ditukar jadi wang tunai ? |
| Boo | Ejek | Would we not be booed by opponent's supporters ? | Adakah kita tak akan diejek oleh peminat pasukan lawan ? |
| Appoint | Lantik | Would they not be appointed as ambassadors ? | Adakah mereka tak akan dilantik sebagai duta-duta ? |
| Book | Saman | Will Ali not be booked for speeding ? | Adakah Ali tak akan disaman kerana memandu laju ? |
| Allow | Benarkan | Would the buyers not be allowed to buy more than 2 packets ? | Adakah para pembeli tak akan dibenarkan membeli lebih dari 2 paket ? |
| Inform | Maklum | Would she be informed ? | Adakah dia akan ada dimaklumkan ? |
| Prosecute | Dakwa | Would he be prosecuted ? | Adakah dia akan ada di dakwa ? |
| Persecute | Hukum | Would they be persecuted ? | Adakah mereka akan dihukum ? |
| Transfer | Pindah | Would you be transferred ? | Adakah awak akan dipindahkan ? |
| Discuss | Bincang | Would this be discussed ? | Adakah ini akan dibincangkan ? |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb