Thursday, May 21, 2020

88. Bertanya 'adakah (objek) akan' (dulu)

Bertanya 'adakah (objek) akan' (dulu)

Bertanya 'adakah (objek) akan' (dulu) bermakna bertanya adakah (objek) akan, dimana hal yang ditanya itu akan ujud pada masa akan datang (bagi masa lepas).

Kita gunakan perkataan Inggeris 'would' untuk bertanya tentang hal yang akan berlaku pada masa depan (bagi masa dulu).

Salah satu pertanyaan bagi hal masa depan (bagi masa dulu) ialah 'adakah (objek) akan'. Dalam bahasa Inggeris, kita gunakan perkataan 'would'.

'Would'

'Would' jika dalam bentuk soalan boleh bermakna adakah (objek) akan (bagi masa lepas).

'Would' dalam bentuk soalan digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural') - mengikut perkataan 'would'.
2. Masa : 'Future tense - for the past' (hal yang disoal itu adalah berkaitan hal (perbuatan atau bukan perbuatan) pada masa yang akan datang (bagi masa dulu).

Terdapat beberapa struktur yang berasaskan 'would' iaitu :

1. 'Would' + (objek) + ('verb').
2. 'Would' + (objek) + 'be' + ('non-verb').
3. 'Would' + (objek) + 'be' + ('gerund').

Apabila perkataan 'would' digunakan, ini bermakna hal yang ditanya itu akan berlaku pada masa depan bagi masa dulu.

Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (kata dasar).
Perkataan 'be' jika diikuti dengan 'non-verb' bermakna 'menjadi' atau 'jadi' atau dalam keadaan.

Perkataan 'be' jika diikuti dengan 'gerund' bermakna 'menjadi' atau 'jadi' atau dalam keadaan.



1. Struktur : 'Would' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'would' diikuti dengan (objek) diikuti dengan perkataan ('verb') tertentu.

Struktur ini bermaksud lebihkurang adakah (objek) akan.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural') - mengikut perkatasn 'would'.
2. Masa : 'Future tense - for the past' (hal yang disoal itu adalah berkaitan hal (perbuatan atau bukan perbuatan) pada masa yang akan datang bagi masa dulu).
3. 'Verb' (Perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Would the teachers come ?Adakah guru-guru akan hadir ?
Would I stand the heat ?Adakah saya akan tahan dengan kepanasan itu ?
Would you get up ?Adakah awak akan bangun ?
Would we travel to Japan ?Adakah kita akan pergi ke Jepun ?
Would they play football ?Adakah mereka akan main bola ?
Would he swim ?Adakah dia akan berenang ?
Would she walk to your house ?Adakah dia akan berjalan ke rumah awak ?
Would it fly ?Adakah ia akan terbang ?
Would Ahmad eat the medicine ?Adakah Ahmad akan makan ubat itu ?
Would the cat give birth tomorrow ?Adakah kucing itu akan melahirkan anak esok ?
Would she know ?Adakah dia akan tahu ?
Would it matter ?Adakah ia akan jadi penting ?
Would he come ?Adakah dia akan datang ?
Would you try hard ?Adakah awak akan mencuba bersungguh-sungguh ?
Would you listen ?Adakah awak akan mendengar ?
Would you write her address ?Adakah awak akan catit alamatnya ?

2. Struktur : 'Would' + (objek) + 'be' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'would' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'be' diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.

Struktur ini bermaksud lebihkurang adakah (objek) akan menjadi.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural') - mengikut perkataan 'would'.
2. Masa : 'Future tense' - for the past (hal yang disoal itu adalah berkaitan hal (perbuatan atau bukan perbuatan) pada masa yang akan datang bagi masa dulu).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - Semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb' - contohnya sifat, ciri-ciri, keadaan, perasaan dan lain-lain.

EnglishMelayu
Would I be your friend ?Adakah saya akan jadi kawan awak ?
Would you be happy ?Adakah awak akan gembira ?
Would he be hungry ?Adakah dia akan lapar ?
Would she be a teacher ?Adakah dia akan jadi seorang guru ?
Would we be in hell ?Adakah kita akan berada dalam neraka ?
Would they be outsiders ?Adakah mereka akan jadi orang luar ?
Would it be interesting ?Adakah ia akan menarik hati ?
Would he be the next Prime Minister ?Adakah dia akan jadi Perdana Menteri yang seterusnya ?
Would she be the winner ?Adakah dia akan jadi pemenang ?
Would she be here ?Adakah dia akan ada di sini?
Would he be there ?Adakah dia akan ada di sana ?
Would they be happy ?Adakah mereka akan gembira ?
Would you be angry ?Adakah awak akan marah ?
Would you be patience ?Adakah awak akan sabar ?

3. Struktur : 'Would' + (objek) + 'be' + ('gerund')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'would' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'be' diikuti dengan perkataan ('gerund') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural') - mengikut perkataan 'would'.
2. Masa : 'Future tense - for the past' (hal yang disoal itu adalah berkaitan hal (bukan perbuatan) pada masa yang akan datang bagi masa dulu).
3. 'Gerund' (nama perbuatan).

EnglishMelayu
Would I be trusting in you ?Adakah saya akan mempercayai awak ?
Would you be displaying the new car ?Adakah awak akan menayangkan kereta baru itu ?
Would he be flying to Bali ?Adakah dia akan terbang ke Bali ?
Would she be sleeping next to you ?Adakah dia akan tidur sebelah awak ?
Would we be watching the game ?Adakah kita akan menyaksikan pertandingan itu ?
Would they be doing nothing ?Adakah mereka tak akan buat apa-apa ?
Would it be damaging ?Adakah ia akan merosakkan ?
Would Abu be practicingAdakah Abu akan berlatih ?
Would the workers be working during this public holiday ?Adakah para pekerja akan bekerja semasa cuti umum akan datang ?



No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...