Friday, May 22, 2020

87. Bertanya 'adakah (objek) akan' (sekarang)

Bertanya 'adakah (objek) akan' (sekarang)

Bertanya 'adakah (objek) akan' (sekarang) bermaksud bertanya adakah (objek) akan, dimana hal yang ditanya itu akan ujud pada masa akan datang bagi masa sekarang.

Kita gunakan perkataan Inggeris 'will' untuk bertanya tentang hal yang akan berlaku pada masa depan (bagi masa sekarang).

Salah satu pertanyaan bagi hal masa depan (bagi masa sekarang) ialah 'adakah (objek) akan'. Dalam bahasa Inggeris, kita gunakan perkataan 'will'.

'Will'

'Will' jika dalam bentuk soalan boleh bermakna adakah (objek) akan.

'Will' dalam bentuk soalan digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural') - perkataan 'will' digunakan bagi semua objek.
2. Masa : 'Future tense - for the present' (hal yang disoal itu adalah berkaitan hal (perbuatan atau bukan perbuatan) pada masa yang akan datang bagi masa sekarang).

Terdapat beberapa struktur yang berasaskan 'will' iaitu :

1. 'Will' + (objek) + ('verb').
2. 'Will' + (objek) + 'be' + ('non-verb').
3. 'Will' + (objek) + 'be' + ('gerund').

Apabila 'will' digunakan, ini bermakna hal yang ditanya itu akan ujud pada masa depan bagi masa sekarang.
Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (kata dasar).

Perkataan 'be' jika diikuti dengan 'non-verb' bermakna 'menjadi' atau 'jadi' atau berada dalam keadaan.

Perkataan 'be' jika diikuti dengan 'gerund' bermaksud 'jadi' atau 'menjadi' atau berada dalam keadaan.



1. Struktur : 'will' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'will' diikuti dengan (objek) diikuti dengan perkataan ('verb') tertentu.

Struktur ini bermaksud lebihkurang adakah (objek) akan.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural').
2. Masa : 'Future tense' (hal yang disoal itu adalah berkaitan hal (perbuatan atau bukan perbuatan) pada masa yang akan datang bagi masa sekarang).
3. 'Verb' (Perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Will the teachers come ?Adakah guru-guru akan hadir ?
Will I stand the heat ?Adakah saya akan tahan dengan kepanasan itu ?
Will you get up ?Adakah awak akan bangun ?
Will we travel to Japan ?Adakah kita akan pergi ke Jepun ?
Will they play football ?Adakah mereka akan main bola ?
Will he swim ?Adakah dia akan berenang ?
Will she walk to your house ?Adakah dia akan berjalan ke rumah awak ?
Will it fly ?Adakah ia akan terbang ?
Will Ahmad eat the medicine ?Adakah Ahmad akan makan ubat itu ?
Will the cat give birth tomorrow ?Adakah kucing itu akan melahirkan anak esok ?
Will she know ?Adakah dia akan tahu ?
Will it matter ?Adakah ia akan jadi penting ?
Will he come ?Adakah dia akan datang ?
Will she has a brother ?Adakah dia akan dapat seorang adik ?
Will you try hard ?Adakah awak akan mencuba bersungguh-sungguh ?
Will you listen ?Adakah awak akan mendengar ?
Will you write her address ?Adakah awak akan catit alamatnya ?


2. Struktur : 'Will' + (objek) + 'be' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'will' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'be' diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.

Struktur ini bermaksud lebihkurang adakah (objek) akan menjadi.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural') - mengikut perkataan 'will'.
2. Masa : 'Future tense - for the present' (hal yang disoal itu adalah berkaitan hal bukan perbuatan pada masa yang akan datang bagi masa sekarang) - mengikut perkataan 'will'.
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - Semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb' - contohnya sifat, ciri-ciri, keadaan, perasaan dan lain-lain.

EnglishMelayu
Will I be your friend ?Adakah saya akan jadi kawan awak ?
Will you be happy ?Adakah awak akan gembira ?
Will he be hungry ?Adakah dia akan lapar ?
Will she be a teacher ?Adakah dia akan jadi seorang guru ?
Will we be in hell ?Adakah kita akan berada dalam neraka ?
Will they be outsiders ?Adakah mereka akan jadi orang luar ?
Will it be interesting ?Adakah ia akan menarik hati ?
Will he be the next Prime Minister ?Adakah dia akan jadi Perdana Menteri yang seterusnya ?
Will she be the winner ?Adakah dia akan jadi pemenang ?
Will she be here ?Adakah dia akan ada di sini?
Will he be there ?Adakah dia akan ada di sana ?
Will they be happy ?Adakah mereka akan gembira ?
Will you be angry ?Adakah awak akan marah ?
Will you be patient ?Adakah awak akan sabar ?


3. Struktur : 'Will' + (objek) + 'be' + ('gerund')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'will' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'be' diikuti dengan perkataan ('gerund') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural') - mengikut perkataan 'will'.
2. Masa : 'Future tense - for the present' (hal yang disoal itu adalah berkaitan hal (nama perbuatan) pada masa yang akan datang bagi masa sekarang).
3. 'Gerund' (nama perbuatan) - 'Gerund' adalah jenis 'non-verb' juga.

EnglishMelayu
Will I be trusting in you ?Adakah saya akan mempercayai awak ?
Will you be displaying the new car ?Adakah awak akan menayangkan kereta baru itu ?
Will he be flying to Bali ?Adakah dia akan terbang ke Bali ?
Will she be sleeping next to you ?Adakah dia akan tidur sebelah awak ?
Will we be watching the game ?Adakah kita akan menyaksikan pertandingan itu ?
Will they be doing nothing ?Adakah mereka tak akan buat apa-apa ?
Will it be damaging ?Adakah ia akan merosakkan ?
Will Abu be practicing ?Adakah Abu akan mengamalkan ?
Will the workers be working during this public holiday ?Adakah para pekerja akan bekerja semasa cuti umum akan datang ?


No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...