Saturday, May 23, 2020

86. Bertanya 'adakah (objek) belum di(pasif) lagi' (dulu)

Bertanya 'adakah (objek) belum di(pasif) lagi' (dulu)

Bertanya 'adakah (objek) belum di(pasif) lagi' (dulu) bermaksud bertanya 'adakah (objek) belum di(pasif) lagi' dimana hal yang ditanya itu ujud pada tempoh masa lepas.

Dalam bahasa Inggeris, untuk bertanya adakah (objek) belum di(pasif) lagi (dulu) atau adakah (objek) belum lagi di(pasif) (dulu), kita boleh gunakan kombinasi perkataan ini :

'Hadn't ... yet'.

Perhatikan bahawa kita menambah perkataan 'yet' (bermakna 'lagi') kepada 'hadn't'.

Perkataan-perkataan ini digunakan dalam struktur berikut :

1. 'Hadn't' + (objek) + 'been' + ('past participle') + ... + 'yet'.

Perkataan 'had' digunakan bagi semua objek.

Kombinasi 'hadn't + ('past participle') ' menunjukkan tempoh masa 'Past Perfect tense'.

Walaupun jika masa tidak dinyatakan, tapi bila kombinasi 'hadn't + ... ('past participle')' digunakan, kombinasi ini menunjukan masa 'past perfect tense' (tempoh masa dulu).

Perkataan 'been' dalam kombinasi 'been' + ('past participle') bererti di.
Perkataan ('past participle') tertentu dalam kombinasi 'been' + ('past participle') digunakan bagi bentuk pasif.
'Past participle' hanya boleh dibina dari 'verb'.


1. Struktur : 'Hadn't' + (objek) + 'been' + ('past participle') + ... + 'yet'

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'hadn't' diikuti dengan (objek)) tertentu diikuti dengan perkataan 'been' diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu diakhiri dengan perkataan 'yet'.

'Hadn't' adalah ringkasan bagi 'had not'.

'Hadn't' dalam bentuk soalan juga boleh bermakna adakah belum atau belumkah.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua iaitu 'I, you, singular, plural' - mengikut perkataan 'had'.
2. Masa : 'Past Perfect tense' (Tempoh masa dahulu - Dahulu hingga dahulu - hal yang ditanya belumkah di(pasif) lagi itu ujud dari satu masa yang lepas hingga satu masa lain tapi dimasa yang lepas juga) - mengikut kombinasi 'had' + ('past participle').
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan hanya beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayuEnglishMelayu
LearnBelajarHadn't the Italian language been learned yet before going to Italy ?Adakah bahasa Itali belum dipelajari lagi sebelum pergi ke Itali ?
StudyBelajarHadn't the Science subject been studied yet for the examination ?Adakah matapelajaran Sains belum diulangkaji lagi untuk menghadapi peperiksaan itu ?
EnjoyNikmatiHadn't the ice cream been enjoyed yet ?Adakah aiskrim belum dinikmati lagi ?
ReceiveTerimaAs of yesterday, hadn't the payment been received yet from Ali ?Sehingga semalam, adakah bayaran belum diterima lagi dari Ali ?
HideSembunyiHadn't it been hidden from their view ?Tidakkah ia disembunyikan dari pandangan mereka ?

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
Hadn'tHadn't + (objek) + been + (past participle) + ... + yetSemuaPast Perfect tenseSoalan

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...