Bertanya 'apa (yang) sedang berlaku' (sekarang) bermaksud bertanya 'apa (yang) sedanb berlaku' dimana hal yang ditanya itu sedang berlaku pada masa sekarang.
Dalam bahasa Inggeris, untuk bertanya apa (yang) sedang berlaku (sekarang), gunakan 'what is happening'.
Struktur yang digunakan ialah : 'What' + 'is' + 'happening'.
Strukturnya berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'is' diikuti perkataan 'happening'.
'What is happening ?' bererti 'apa (yang) sedang berlaku ?' (sekarang).
Pertanyaan yang serupa ialah apa (yang) sedang terjadi (sekarang).
Dalam bahasa Melayu, perkataan yang boleh/biasa disenyapkan.
| English | Melayu |
| What is happening ? | Apa (yang) sedang berlaku/terjadi ? |
Catitan :
- Tiada 'what happen ?'.
- Tiada 'what is happened ?'.
- Tiada 'what have happened ?'.
- Ada 'what was happening' ? (apa yang sedang berlaku (dulu) ?).
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb