Friday, June 5, 2020

56. Bertanya 'apa (yang) sedang berlaku' (dulu)

Bertanya 'apa (yang) sedang berlaku' (dulu)

Bertanya 'apa (yang) sedang berlaku' (dulu) bermaksud bertanya 'apa (yang) sedang berlaku' dimana hal yang ditanya itu sedang berlaku pada satu masa lepas.

Dalam bahasa Inggeris, untuk bertanya apa (yang) sedang berlaku (dulu), gunakan 'what was happening'.

Struktur yang digunakan ialah : 'What' + 'was' + 'happening'.

Strukturnya berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'was' diikuti perkataan 'happening'.

'What was happening ?' bererti 'apa (yang) sedang berlaku ?' (dulu).

Pertanyaan yang serupa ialah apa (yang) sedang terjadi (dulu).

Dalam bahasa Melayu, perkataan yang boleh/biasa disenyapkan.

Walapun jika masa tidak dinyatakan, tapi jika struktur 'was' + 'happening' digunakan, ini menunjukkan hal yang sedang berlaku pada masa lepas.

EnglishMelayu
What was happening ?Apa (yang) sedang berlaku/terjadi ?
What was happening at 3 p.m. yesterday?Apa (yang) sedang berlaku/terjadi pada jam 3 petang semalam ?

Catitan :

- Tiada 'what happen ?'.
- Tiada 'what is happened ?'.
- Tiada 'what have happened ?'.


No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...