Bertanya 'apa (yang) sudah berlaku' (sekarang) bermaksud bertanya 'apa (yang) sudah berlaku' dimana hal yang ditanya itu berlaku dalam tempoh masa sekarang.
Dalam bahasa Inggeris, tempoh masa sekarang ialah 'present perfect tense'.
Dalam bahasa Inggeris, untuk bertanya apa (yang) sudah berlaku (sekarang), gunakan 'what has happened'.
Struktur yang digunakan ialah : 'What' + 'has' + 'happened'.
Strukturnya berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'has' diikuti perkataan 'happened'.
'What has happened ?' bererti 'apa (yang) sudah berlaku ?'.
Pertanyaan yang serupa ialah apa (yang) sudah terjadi.
Dalam bahasa Melayu, perkataan yang boleh/biasa disenyapkan.
Dalam bahasa Melayu, perkataan sudah digunakan untuk memadankan dengan tempoh masa 'present perfect tense'.
Kombinasi 'has' + ('past participle') menunjukkan tempoh masa 'present perfect tense'.
Walapun jika masa tidak dinyatakan, tapi jika struktur 'has' + 'happened' digunakan, ini menunjukkan hal masa 'present perfect tense'.
| English | Melayu |
| What has happened ? | Apa (yang) sudah berlaku/terjadi ? |
Catitan :
- Tiada 'what happen ?'.
- Tiada 'what is happened ?'.
- Tiada 'what have happened ?'.
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb