Bertanya 'apa (yang) sudah berlaku' (dulu) bermaksud bertanya 'apa (yang) sudah berlaku' dimana hal yang ditanya itu berlaku dalam tempoh masa lepas.
Dalam bahasa Inggeris, untuk bertanya apa (yang) sudah berlaku (dulu), gunakan 'what had happened'.
Strukturnya ialah : 'What' + 'had' + 'happened'.
Strukturnya berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'had' diikuti perkataan 'happened'.
'What had happened ?' bererti 'apa (yang) sudah berlaku ?' (dulu).
Pertanyaan yang serupa ialah apa (yang) sudah terjadi (dulu).
Dalam bahasa Melayu, perkataan yang boleh/biasa disenyapkan.
Dalam bahasa Melayu, perkataan sudah digunakan untuk memadankan dengan tempoh masa 'past perfect tense'.
Kombinasi 'had' + ('past participle') menunjukkan tempoh masa 'past perfect tense'.
Walapun jika masa tidak dinyatakan, tapi jika struktur 'had' + 'happened' digunakan, ini menunjukkan hal masa yang 'past perfect tense'.
| English | Melayu |
| What had happened ? | Apa (yang) sudah berlaku/terjadi ? |
Catitan :
- Tiada 'what happen ?'.
- Tiada 'what is happened ?'.
- Tiada 'what have happened ?'.
- Ada 'what is happening' ? (apa yang sedang berlaku ?).
- Ada 'what was happening' ? (apa yang sedang berlaku (dulu) ?).
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb