Friday, June 5, 2020

54. Bertanya 'apa (yang) berlaku' (dulu)

Bertanya 'apa (yang) berlaku' (dulu)

Bertanya 'apa (yang) berlaku' (dulu) bermaksud bertanya 'apa (yang) berlaku' dimana hal yang ditanya itu diagak ujud pada masa lepas.

Dalam bahasa Inggeris, untuk bertanya apa (yang) berlaku (dulu), gunakan 'what happened'.

Strukturnya ialah : 'What' + 'happened'.

Strukturnya berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'happened'.

'What happened ?' bererti apa (yang) berlaku ?'.

Pertanyaan yang serupa ialah apa (yang) telah terjadi.

Dalam bahasa Melayu, perkataan yang boleh/biasa disenyapkan.

Perhatikan ada tambahan ed kepada perkataan 'happen'.

EnglishMelayu
What happened ?Apa (yang) berlaku/terjadi ?
What happened this morning ?Apa (yang) berlaku/terjadi pada pagi ini ?
What happened on this date last year ?Apa (yang) berlaku/terjadi pada tarikh ini pada tahun lepas ?

Catitan :

- Tiada 'what happen ?'.
- Tiada 'what is happened ?'.
- Tiada 'what have happened ?'.


No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...