Tuesday, June 9, 2020

40. Bertanya 'apa yang sudah di(pasif)' (sekarang)

Bertanya 'apa yang sudah di(pasif)' (sekarang)

Bertanya 'apa yang sudah di(pasif)' (sekarang) dimaksudkan bertanya 'apa yang sudah di(pasif)' dimana hal yang ditanya itu dijangka ujud pada tempoh masa dahulu hingga sekarang.

Tempoh masa dahulu hingga sekarang dalam bahasa Inggeris ialah 'present perfect tense'.

Ini bererti, dalam bahasa Inggeris, penanya perlu lebih dahulu mengagak atau tahu bilakah masa ('tense') bagi hal yang ditanya itu supaya 'tense' yang sesuai digunakan dalam ayat.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan dasar bagi pertanyaan apa atau apakah ialah 'what'.

Antara struktur-struktur yang digunakan untuk bertanya apa yang sudah di(pasif) (sekarang) ialah :

1. 'What' + 'has' + 'been' + ('past participle').
2. 'What' + 'have' + 'been' + ('past participle').

Perkataan 'what' dalam struktur ini bermakna apa atau apa yang.
Kedua-dua perkataan 'has' dan 'have' dalam struktur ini sesuai bermakna sudah.
Perkataaan 'has' digunakan jika objek sasaran yang ditanya adalah 'singular'.
Perkataaan 'have' digunakan jika objek sasaran yang ditanya adalah 'I, you, plural'.
Dalam bahasa Melayu, perkataan 'sudah' digunakan bagi perkataan Inggeris 'has' walaupun kedengaran janggal.
Perkataan 'been' bila dikombinasi dengan ('past participle') tertentu bererti 'di'.
Perkataan '(past participle') tertentu digunakan bagi bentuk pasif.
Perkataan '(Past participle)' tertentu hanya boleh dibina dari 'verb'.
Walaupun tempoh masa tidak dinyatakan, tetapi bila kombinasi 'has' + ... + ('past participle') atau 'have' + ... + ('past participle') digunakan, maka secara otomatis tempoh masanya ialah 'Present Perfect tense'.



1. Struktur : 'What' + 'has' + 'been' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'has' diikuti perkataan 'been' diikuti dengan ('past participle') tertentu.

Struktur ini boleh bermakna apa yang sudah di(pasif).

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' - mengikut perkataan 'has'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Tempoh masa sekarang - hal yang ditanya itu ujud dalam tempoh masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

English (infinitive)Melayu (kata dasar)EnglishMelayu
WriteTulisWhat has been written about it ?Apa yang sudah ditulis tentang hal itu ?
SelectPilihWhat has been selected ?Apa yang sudah dipilih ?
AchieveCapaiWhat has been achieved during the last 10 years ?apa yang sudah dicapai dalam masa 10 tahun ini ?
SeeLihatWhat has been seen ?Apa yang sudah dilihat ?
HearDengarWhat has been heard ?Apa yang sudah didengar ?

2. Struktur : 'What' + 'have' + 'been' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'have' diikuti perkataan 'been' diikuti dengan ('past participle') tertentu.

Struktur ini boleh bermakna apa yang sudah di(pasif).

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek sasaran : 'I, you' dan lain-lain 'plural' - mengikut perkataan 'have'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Tempoh masa sekarang - hal yang ditanya itu ujud dalam tempoh masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

English (infinitive)Melayu (kata dasar)EnglishMelayu
WriteTulisWhat have been written about it ?Apa-apa yang sudah ditulis tentang hal itu ?
SelectPilihWhat have been selected ?Apa yang sudah dipilih ?
AchieveCapaiWhat have been achieved during the last 10 years ?apa yang sudah dicapai dalam masa 10 tahun ini ?
SeeLihatWhat have been seen ?Apa yang sudah dilihat ?
HearDengarWhat have been heard ?Apa yang sudah didengar ?


No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...