Tuesday, June 9, 2020

39. Bertanya 'apa yang sudah' (dulu)

Bertanya 'apa yang sudah' (dulu)

Bertanya 'apa yang sudah' (dulu) dimaksudkan bertanya 'apa yang sudah' dimana hal yang ditanya itu diagak sudah ujud pada tempoh masa dahulu.

Dalam bahasa Inggeris, tempoh masa dulu ialah 'past perfect tense'.

Ini bererti, dalam bahasa Inggeris, penanya perlu lebih dahulu mengagak atau tahu bilakah masa ('tense') bagi hal yang ditanya itu supaya dapat menggunakan 'tense' yang betul dalam ayat.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan dasar bagi pertanyaan apa atau apakah ialah 'what'.

Struktur yang digunakan untuk bertanya apa yang sudah (dulu) dalam bahasa Inggeris ialah :

1. 'What' + 'had' + ('past participle').

Perkataan 'had' digunakan bagi semua objek.
Kombinasi 'had' + ('past participle') menunjukkan tempoh masa lepas ('past perfect tense').
'Past participle' hanya boleh dibina dari 'verb'.



1. Struktur : 'What' + 'had' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'had' diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular' dan 'plural').
2. Masa : 'Past Perfect tense' (Tempoh masa dahulu hingga dahulu).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

English (infinitive)EnglishMelayu
HappenWhat had happened ?Apa yang sudah berlaku ?
MakeWhat had made you so tensed up ?Apa yang sudah membuat awak begitu tertekan ?
MakeWhat had made them so special ?Apa yang sudah menjadikan mereka begitu istimewa ?
SurpriseWhat had surprised them about the job ?Apa yang sudah mengejutkan mereka berkenaan kerja itu ?
CauseWhat had caused the loss ?Apa yang sudah menyebabkan kerugian itu ?

Catitan :
- Struktur ini adalah bentuk soalan bagi 'past perfect tense' bagi semua objek ('I, you, singular, plural').
- Walaupun jika masa tidak dinyatakan dalam pertanyaan-pertanyaan itu, tetapi jika kombinasi 'had' + ('past participle') digunakan maka dengan sendirinya ia merujuk kepada 'verb' yang berlaku pada tempoh masa lepas ('past perfect tense').
- Dalam struktur ini, 'had' boleh bermakna 'sudah'.

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...