Tuesday, June 9, 2020

38. Bertanya 'apa yang sudah' (sekarang)

Bertanya 'apa yang sudah' (sekarang)

Bertanya 'apa yang sudah' (sekarang) dimaksudkan bertanya 'apa yang sudah' dimana hal yang ditanya itu diagak ujud pada tempoh masa dahulu hingga sekarang.

Tempoh masa dahulu hingga sekarang dalam bahasa Inggeris ialah 'present perfect tense'.

Ini bererti, dalam bahasa Inggeris, penanya perlu lebih dahulu mengagak atau tahu bilakah masa ('tense') bagi hal yang ditanya itu supaya dapat menggunakan 'tense' yang betul dalam ayat.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan dasar bagi pertanyaan apa atau apakah ialah 'what'.

Antara struktur-struktur yang digunakan untuk bertanya apa yang sudah (sekarang) ialah :

1. 'What' + 'has' + ('past participle').
2. 'What' + 'has' + 'been' + ('non-verb').
3. 'What' + 'has' + 'been' + ('gerund').

Perkataan 'has' menunjukkan objek sasaran adalah 'singular'.
Perkataan 'have' menunjukkan objek sasaran adalah 'I, you, plural'.
Kombinasi 'has' + ('past participle') menunjukkan tempoh masa 'present perfect tense', bagi 'verb'.
'Past participle' hanya boleh dibina dari 'verb'.
Kombinasi 'has' + 'been' menunjukkan tempoh masa 'present perfect tense', bagi 'non-verb'.
Kombinasi 'has' + 'been' juga menunjukkan tempoh masa 'present perfect tense', bagi 'gerund'.
'Gerund' adalah satu jenis 'non-verb' juga.



1. Struktur : 'What' + 'has' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'has' diikuti dengan ('past participle') tertentu.

Struktur ini boleh bermakna apa yang sudah.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Tempoh masa sekarang - hal yang ditanya itu ujud dalam tempoh bermula masa dulu hingga sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

Infinitive (English)EnglishMelayu
HappenWhat has happened ?Apa yang (sudah) berlaku ?
BecomeWhat has become of it ?Apa (sudah) jadi dengannya ?
HelpWhat has helped you to learn English ?Apakah yang (sudah) membantu awak untuk belajar Inggeris ?
BringWhat has brought you here ?Apa yang (sudah) menyebabkan awak datang ke sini ?
CauseWhat has caused the failure ?Apa yang (sudah) menyebabkan kegagalan itu ?

Catitan :

- Perkataan Melayu dalam kurungan (sudah) adalah biasa/boleh disenyapkan.
- Walaupun tempoh masa tidak dinyatakan, tetapi bila kombinasi 'has' + ('past participle') digunakan, maka secara otomatis tempoh masanya ialah tempoh masa sekarang ('Present Perfect tense') bagi 'verb'.
- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'sudah' digunakan bagi perkataan Inggeris 'has' walaupun kedengaran janggal.

2. Struktur : 'What' + 'has' + 'been' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti frasa 'has' diikuti perkataan 'been' diikuti diikuti dengan ('non-verb') tertentu.

'What has been' bermakna apa yang sudah.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' - mengikut perkataan 'has'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Tempoh masa sekarang - hal yang ditanya itu dianggap ujud dalam tempoh masa dahulu hingga sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) Semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
What has been your best moment ?Apakah saat-saat yang paling bagus bagi awak ?
What has been your favorite ?Apakah yang favorit bagi anda ?
What has been the anthem ?Apakah anthemnya ?
What has been the most fulfilling moment ?Apakah saat yang paling memuaskan ?
What has been the greatest boxing bout in history ?Apakah perlawanan tinju yang paling hebat dalam sejarah ?

Catitan :

- Walaupun tempoh masa tidak dinyatakan, tetapi bila frasa 'has been' digunakan, maka secara otomatis tempoh masanya ialah 'Present Perfect tense' bagi 'non-verb'.

3. Struktur : 'What' + 'has' + 'been' + ('gerund')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti frasa 'has' diikuti perkataan 'been' diikuti diikuti dengan ('gerund') tertentu.

'What has been' bermakna apa yang sudah.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' - mengikut perkataan 'has'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Tempoh masa sekarang - hal yang ditanya itu dianggap ujud dalam tempoh masa dahulu hingga sekarang).
3. 'Gerund' (Nama perbuatan).

EnglishMelayu
What has been happening ?Apakah yang sudah berlaku ?
What has been working ?Apa yang sudah berjaya dilakukan ?

Catitan :

- Walaupun tempoh masa tidak dinyatakan, tetapi bila frasa 'has been' digunakan, maka secara otomatis tempoh masanya ialah 'Present Perfect tense' (dulu hingga sekarang) bagi 'non-verb'.

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...