Bertanya 'apa yang sudah di(pasif)' (dulu) dimaksudkan bertanya 'apa yang sudah di(pasif)' dimana hal yang ditanya itu dijangka ujud pada tempoh masa dahulu hingga dahulu.
Tempoh masa dahulu hingga dahulu dalam bahasa Inggeris ialah 'past perfect tense'.
Ini bererti, dalam bahasa Inggeris, penanya perlu lebih dahulu mengagak atau tahu bilakah masa ('tense') bagi hal yang ditanya itu, supaya 'tense' yang betul digunakan dalam ayat.
Dalam bahasa Inggeris, perkataan dasar bagi pertanyaan apa atau apakah ialah 'what'.
Struktur yang digunakan untuk bertanya apa yang sudah di(pasif) (dulu) ialah :
1. 'What' + 'had' + 'been' + ('past participle').
Perkataan 'what' dalam struktur ini bermakna apa atau apa yang atau apakah.
Kedua-dua perkataan 'had' dalam struktur ini sesuai bermakna sudah.
Perkataaan 'had' digunakan bagi semua objek sasaran (samada I, you, singular, plural.
Dalam bahasa Melayu, perkataan 'sudah' digunakan bagi perkataan Inggeris 'had' walaupun kedengaran janggal.
Perkataan 'been' bila dikombinasi dengan ('past participle') tertentu bererti 'di'.
Perkataan '(past participle') tertentu digunakan bagi bentuk pasif.
Perkataan '(past participle)' tertentu hanya boleh dibina dari 'verb'.
Walaupun tempoh masa tidak dinyatakan, tetapi bila kombinasi 'had' + ... + ('past participle') digunakan, maka secara otomatis tempoh masanya ialah 'past perfect tense'.
1. Struktur : 'What' + 'had' + 'been' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'what' diikuti perkataan 'had' diikuti perkataan 'been' diikuti dengan ('past participle') tertentu.
Struktur ini boleh bermakna apa yang sudah di(pasif) (dulu).
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek sasaran : Semua ('He, she, it, this, that, I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular', 'plural) - mengikut perkataan 'had'.
2. Masa : 'Past Perfect tense' (Tempoh masa dulu - hal yang ditanya itu ujud dalam tempoh masa dulu).
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English (infinitive) | Melayu (kata dasar) | English | Melayu |
| Write | Tulis | What had been written about it ? | Apa yang sudah ditulis tentang hal itu ? |
| Select | Pilih | What had been selected ? | Apa yang sudah dipilih ? |
| Achieve | Capai | What had been achieved during the last 10 years ? | apa yang sudah dicapai dalam masa 10 tahun ini ? |
| See | Lihat | What had been seen ? | Apa yang sudah dilihat ? |
| Hear | Dengar | What had been heard ? | Apa yang sudah didengar ? |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb