Bertanya 'berapa banyak sudah' ('how much')' (sekarang) bermaksud bertanya 'berapa banyak sudah' dimana hal yang ditanya itu (berapa banyak) dimaksudkan ujud pada tempoh masa sekarang.
'How much' bermakna berapa banyak atau berapa banyakkah atau berapa atau berapakah, tapi digunakan bagi objek yang tidak boleh dibilang ('uncountable'), contohnya air ('water'), angin ('air'), perasaan ('feelings'), dsb.
Dalam bahasa Inggeris, terdapat 2 struktur untuk digunakan bagi bertanya berapa banyak sudah' ('how much') (sekarang).
1. 'How much' + 'has' + (objek) + ('past participle').
2. 'How much' + 'have' + (objek) + ('past participle').
Perkataan 'has' digunakan bagi objek 'singular'.
Perkataan 'have' digunakan bagi objek 'I, you, plural'.
Kombinasi 'has' + ... + ('past participle') dan 'have' + ... + ('past participle') menunjukkan tempoh masa 'present perfect tense' (tempoh masa sekarang).
Dalam bahasa Melayu, perkataan sudah digunakan untuk memadankan dengan tempoh masa.
1. Struktur : 'How much' + 'has' + (objek) + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how much' diikuti perkataan 'has' diikuti (objek) tertentu diikuti ('past participle') tertentu.
Struktur ini digunakan jika :
1. Objek : 'Singular' - Ia mengikut perkataan 'has'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' - Subjek yang ditanya itu ujud dari satu masa lepas hingga sekarang (Ia mengikut kombinasi perkataan 'has + ('past participle')'.
3. Subjek : 'Uncountable' (subjek tidak boleh atau sukar dibilang).
| English (infinitive) | English | Melayu | Objek |
| Rise | How much has the global temperature risen in the last 100 years ? | Berapa banyak suhu global sudah meningkat dalam 100 tahun terakhir ? | Global temperature |
| Infect | How much has advertising infected your brain ? | Berapa banyakkah pengiklanan sudah memberi kesan terhadap otak anda ? | Advertising |
| Pay | How much has he paid ? | Berapa banyakkah dia sudah bayar ? | He |
| Spend | How much has Malaysia spent on military ? | Berapa banyakkah Malaysia sudah berbelanja untuk ketenteraan ? | Malaysia |
| Contribute | How much has direct taxation contributed to the national income ? | Berapa banyakkah cukai langsung sudah menyumbang kepada pendapatan nasional ? | Direct taxation |
2.Struktur : 'How much' + 'have' + (objek) + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'how much' diikuti perkataan 'have' diikuti (objek) tertentu diikuti ('past participle') tertentu.
'How much (objek) have' bermaksud 'berapa banyakkah (objek) sudah'.
Struktur ini digunakan jika :
1. Objek : 'I, you, plural' - mengikut perkataan 'have'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' - subjek yang ditanya itu ujud dari satu masa lepas hingga sekarang (Ia mengikut kombinasi 'have + ('past participle')'.
3. Subjek : 'Uncountable' (subjek tidak boleh atau sukar dibilang).
| English (infinitive) | English | Melayu |
| Save | How much have you saved by not smoking ? | Berapa banyakkah awak sudah jimatkan dengan tidak merokok ? |
| Pollute | How much have we polluted ? | Berapa banyakkah sudah kita membuat pencemaran ? |
| Improve | How much have you improved ? | Berapa banyakkah sudah awak bertambah baik ? |
| Learn | How much have you learned ? | Berapa banyakkah sudah awak belajar ? |
| Change | How much have things changed in 40 years ? | Berapa banyakkah perkara sudah berubah dalam 40 tahun ? |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb