Thursday, May 28, 2020

79. Bertanya 'adakah (objek) pernah di(pasif)' (sekarang)

Bertanya 'adakah (objek) pernah di(pasif)' (sekarang)

Bertanya 'adakah (objek) pernah di(pasif)' (sekarang) bermaksud bertanya 'adakah (objek) pernah di(pasif)' dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan-perkataan berikut boleh bermakna pernahkah atau adakah pernah dimana hal yang ditanya itu masih ujud pada masa sekarang.

'Has'.
'Have'.

Perkataan-perkataan ini digunakan dalam kombinasi perkataan yang membentuk struktur-struktur berikut :

1. 'Has' + (objek) + 'ever been' + ('past participle').
2. 'Have' + (objek) + 'ever been' + ('past participle').

Perkataan 'has' digunakan jika objek ialah 'singular'.
Perkataan 'have' digunakan jika objek ialah 'I, you, plural'.

Perkataan 'has' dan 'have' dalam bentuk soalan boleh bermaksud 'adakah'.
Perkataan 'ever' membawa maksud 'pernah'.
Kombinasi perkataan 'has' + ... + ('past participle') dan 'have' + ... + ('past participle') menunjukkan tempoh masa 'Present Perfect tense' (dahulu hingga sekarang).

Walaupun masa tidak dinyatakan tapi apabila kombinasi perkataan 'has + ... + ('past participle')' atau 'have + ... + ('past participle')' digunakan, ini menunjukkan tempoh masa 'present perfect tense'.

Dalam struktur ini, perkataan 'ever' bermakna pernah.

Dalam kombinasi 'been' + ('past participle'), perkataan 'been' bermakna di.

Perkataan 'past participle' tertentu digunakan bagi bentuk pasif.

Perkataan 'past participle' tertentu hanya boleh dibina dari 'verb'.



1. Struktur : 'Has' + (objek) + 'ever been' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'has' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'ever been' diikuti dengan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' - mengikut perkataan 'has'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Tempoh masa sekarang - Hal pernah yang ditanya itu dianggap ujud dari satu masa yang lepas dan ada kemungkinan untuk berlaku lagi pada masa sekarang dan masa hadapan).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Has she ever been married before ?Pernahkah dia dinikahkan dahulu ?
Has she ever been involved in the project ?Adakah dia pernah dilibatkan (terlibat) dalam projek itu ?
Has she ever been bitten by snake ?Pernahkah dia dipatuk ular ?
Has the game ever been started earlier than 9 p.m ?Adakah perkawanan seperti ini pernah dimulakan lebih awal dari jam 9 malam ?
Has it ever been sold for more than EM1,000 ?Pernahkah ia dijual lebih dari RM1,000 ?


2. Struktur : 'Have' + (objek) + 'ever been' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'have' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'ever been' diikuti dengan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan 'plural' - mengikut perkataan 'have'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Tempoh masa sekarang - Hal pernah yang ditanya itu dianggap ujud dari satu masa yang lepas dan ada kemungkinan untuk berlaku lagi pada masa sekarang dan masa hadapan).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Have you ever been informed ?Adakah awak pernah dimaklumkan ?
Have you ever been told ?Pernahkah awak diberitahu ?
Have you ever been paid ?Pernahkah awak dibayar ?
Have you ever been shot ?Pernahkah awak ditembak ?
Have you ever been hurt ?Pernahkah awak dicederakan ?


Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
HasHas + (objek) + ever been + (past participle)SingularPresent Perfect tenseSoalan
HaveHave + (objek) + ever been + (past participle)I, You, PluralPresent Perfect tenseSoalan

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...