Bertanya 'adakah (objek) pernah' (dulu) bermaksud bertanya 'adakah (objek) pernah' dimana hal yang ditanya itu ujud pada tempoh masa lepas.
Dalam bahasa Inggeris, perkataan berikut boleh bermakna pernahkah (objek) atau adakah (objek) pernah dimana hal yang ditanya itu pernah ujud pada masa dahulu dan status itu berterusan hingga satu masa pada tempoh masa dahulu juga :
'Had'.
Perkataan ini digunakan dalam salah satu struktur berikut :
1. 'Had' + (objek) + 'ever been' + ('non-verb').
2. 'Had' + (objek) + 'ever been' + ('gerund').
Perkataan 'had' dalam bentuk soalan boleh bermaksud 'adakah' (bagi masa lepas).
Perkataan 'had' digunakan bagi semua objek ('I, you, singular, plural').
Kombinasi perkataan 'had' + ... + 'ever been' menunjukkan masa 'Past Perfect tense' bagi 'non-verb'.
'Gerund' adalah sejenis 'non-verb' juga.
Perkataan 'ever' membawa maksud 'pernah'.
Perkataan 'been' digunakan bagi 'non-verb' dan 'gerund'.
1. Struktur : 'Had' + (objek) + 'ever been' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'had' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'ever been' diikuti dengan ('non-verb') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural').
2. Masa : 'Past Perfect tense' (Tempoh masa dahulu - Hal pernah yang ditanya itu dianggap ujud dari satu masa yang lepas dan tidak ada kemungkinan untuk berlaku lagi pada masa sekarang dan masa hadapan (contohnya kerana objek sudah tiada).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan) - semua 'non-verb' dan beberapa 'non-action verb'..
| English | Melayu |
| Had you ever been in Thailand before your trip in 2006 ? | Adakah awak pernah awak beeada di Thailand sebelum lawatan awak pada 2006 ? |
| Had you ever been a hardworking worker candidate ? | Adakah awak pernah menjadi calon pekerja rajin ? |
| Had you ever been there before ? | Pernahkah awak berada di sana sebelum ini ? |
| Had you ever been here ? | Pernahkah awak berada di sini ? |
| Had he ever been here ? | Pernahkah dia berada di sini ? |
2. Struktur : 'Had' + (objek) + 'ever been' + ('gerund')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'had' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'ever been' diikuti dengan ('gerund') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural') - mengikut perkataan 'had'.
2. Masa : 'Past Perfect tense' (Tempoh masa dahulu - Hal pernah yang ditanya itu dianggap ujud dari satu masa yang lepas dan tidak ada kemungkinan untuk berlaku lagi pada masa sekarang dan masa hadapan (contohnya kerana objek sudah tiada).
3. 'Gerund' (nama perbuatan).
| English | Melayu |
| Had he ever been living there before ? | Pernahkah dia tinggal di sana sebelum ini ? |
| Had she ever been staying here ? | Pernahkah dia menginap di sini ? |
| Had he ever been cheating ? | Pernahkah dia menipu ? |
| Had he ever been cheating in the exam ? | Pernahkah dia menipu dalam peperiksaan ? |
| Had he ever been helping you ? | Pernahkah dia menolong awak ? |
Ringkasan
| Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| Had | Had + (objek) + ever been + (non-verb) | Semua | Past Perfect tense | Soalan |
| Had | Had + (objek) + ever been + (gerund) | Semua | Past Perfect tense | Soalan |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb