Wednesday, May 27, 2020

80. Bertanya 'adakah (objek) pernah di(pasif)' (dulu)

Bertanya 'adakah (objek) pernah di(pasif)' (dulu)

Bertanya 'adakah (objek) pernah di(pasif)' (dulu) bermaksud bertanya 'adakah (objek) pernah di(pasif)' dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa lepas.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan berikut boleh bermakna pernahkah atau adakah pernah dimana hal yang ditanya itu ujud pada tempoh masa lepas :

'Had'.

Perkataan ini digunakan dalam 1 struktur berikut :

1. 'Had' + (objek) + 'ever been' + ('past participle').

Perkataan 'had' digunakan bagi semua objek ('I, you, singular, plural').

Kombinasi perkataan 'had' + ... + ('past participle') menunjukkan tempoh masa 'Past Perfect tense' (dahulu hingga dahulu).
Walaupun masa tidak dinyatakan tapi apabila kombinasi perkataan 'had + ... + ('past participle')' digunakan, ini menunjukkan tempoh masa 'past perfect tense'.

Dalam struktur ini, perkataan 'ever' bermakna pernah.

Dalam kombinasi 'been' + ('past participle'), perkataan 'been' bermakna di.

Perkataan 'past participle' tertentu digunakan bagi bentuk pasif.
Perkataan 'past participle' hanya boleh dibina dari 'verb'.



Struktur : 'Had' + (objek) + 'ever been' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'had' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'ever been' diikuti dengan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural') - mengikut perkataan 'had'. Perkataan 'had' digunakan bagi semua objek.
2. Masa : 'Past Perfect tense' (Tempoh masa lepas - Hal pernah yang ditanya itu dianggap ujud dari satu masa yang lepas dan tidak ada kemungkinan untuk berlaku lagi pada masa sekarang dan masa hadapan (contohnya kerana objek sudah tiada).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Had you ever been visited ?Adakah awak pernah dilawati ?
Had they ever been gossipped ?Adakah pernah mereka digosipkan ?
Had he ever been seen ?Pernahkah dia dilihat ?
Had she ever been forgiven ?Pernahkah dia dimaafkan ?
Had you ever been jailed ?Pernahkah awak dipenjara ?

Catitan :

- Perkataan 'had' dalam bentuk soalan boleh bermaksud : 'adakah'.
- Perkataan 'ever' membawa maksud 'pernah'.

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
HadHad + (objek) + ever been + (past participle)SemuaPast Perfect tenseSoalan

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...