Dalam bahasa Inggeris, bertanya 'adakah (objek) belum' (sekarang) bermakna bertanya adakah (objek) belum, dimana hal yang ditanya itu masih ujud pada tempoh masa sekarang.
Dalam bahasa Inggeris, untuk bertanya adakah (objek) belum (sekarang), kita boleh gunakan salah satu perkataan-perkataan ini :
'Has not'.
'Have not'.
'Has not' biasanya ditulis sebagai 'hasn't'.
'Have not' biasanya ditulis sebagai 'haven't'.
Perkataan-perkataan ini boleh digunakan dalam salah satu struktur berikut :
1. 'Hasn't' + (objek) + ('past participle').
2. 'Haven't' + (objek) + ('past participle').
Apabila perkataan 'has' digunakan, objeknya ialah 'singular'.
Apabila perkataan 'have' digunakan, objeknya ialah 'I, you, plural'.
Kedua-dua kombinasi 'hasn't + ... + ('past participle') dan 'haven't + ... + ('past participle') menunjukkan tempoh masa 'Present Perfect tense' (dahulu hingga sekarang).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan, tapi bila kombinasi 'has' + ... ('past participle')' atau 'have' + ... ('past participle')' digunakan, kombinasi ini menunjukan masa 'present perfect tense' (tempoh masa sekarang).
'Past participle' hanya boleh dibina dari 'verb'.
'Past participle' digunakan bagi masa 'Present Perfect tense' (dahulu hingga sekarang).
1. Struktur : 'Hasn't' + (objek) + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'hasn't' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
'Hasn't' dalam bentuk soalan boleh bermakna adakah belum atau belumkah.
'Hasn't' adalah ringkasan bagi 'has not'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' - mengikut perkataan 'has'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Tempoh masa sekarang - Dahulu hingga sekarang - hal yang ditanya belumkah itu dimaksudkan belum ujud dari satu masa yang lepas hingga sekarang) - mengikut kombinasi 'has' + ('past participle').
3. 'Verb' (Perbuatan) : Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English (infinitive) | Melayu (kata dasar) | English | Melayu |
| Clean | Cuci | Hasn't she cleaned her shoes ? | Adakah dia belum mencuci kasutnya ? |
| Visit | Lawat | Hasn't he visited her grandmother ? | Adakah dia belum melawat neneknya ? |
| Lost | Kalah | Hasn't the team lost a game this season ? | Adakah pasukan itu belum kalah satu perlawanan pun musim ini ? |
| Think | Fikir | Hasn't the idea been thought of ? | Adakah idea itu belum difikirkan ? |
| Nominate | Calonkan | Hasn't she been nominated ? | Adakah dia belum dicalonkan ? |
| Replace | Ganti | Hasn't it been replaced ? | Adakah ia belum diganti ? |
2. Struktur : 'Haven't' + (objek) + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'haven't' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
'Haven't' adalah ringkasan bagi 'have not'.
'Haven't' dalam bentuk soalan boleh bermakna adakah belum atau belumkah.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural' - mengikut perkataan 'have'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Tempoh masa sekarang - Dahulu hingga sekarang - hal yang ditanya belumkah itu masih ujud dari satu masa yang lepas hingga sekarang) - mengikut kombinasi 'have' + ('past participle').
3. 'Verb' (Perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English (infinitive) | Melayu (kata dasar) | English | Melayu |
| Complete | Lengkap | Haven't I completed the task ? | adakah saya belum melengkapkan tugas itu ? |
| Buy | Beli | Haven't you bought the things mum asked ? | Adakah awak belum beli barang-barang yang emak telah suruh ? |
| Spend | Belanja | Haven't they spend the money they received ? | Adakah mereka belum belanjakan duit yang mereka terima ? |
| Convince | Meyakinkan | Haven't we convinced him ? | Adakah kita belum dapat meyakinkan dia ? |
| Perform | Dapat | Haven't you been performed well in monthly tests ? | Adakah awak belum dapat keputusan-keputusan yang baik dalam peperiksaan bulanan ? |
| Receive | Terima | Haven't you received offers from any employer ? | Adakah awak belum menerima tawaran-tawaran dari mana-mana majikan ? |
| Push | Tolak | Haven't you been pushed to the limit ? | Adakah awak belum disuruh buat melepasi had kemampuan? |
| Tell | Beritahu | Haven't they been told about the new rules ? | Adakah mereka belum diberitahu tentang peraturan-peraturan baru ? |
| Test | Uji | Haven't the new rackets been tested ? | Adakah reket-reket baru itu belum diuji ? |
| Prove | Bukti | Haven't what we said been proven wrong ? | Adakah apa yang telah kita kata belum dibuktikan salah ? |
Ringkasan
| Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| Hasn't | Hasn't + (objek) + (past participle) | Singular | Present Perfect tense | Soalan Negatif |
| Haven't | Haven't + (objek) + (past participle) | I, You, Plural | Present Perfect tense | Soalan Negatif |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb