Bertanya 'adakah (objek) belum' (dulu) bermakna bertanya adakah (objek) belum, dimana hal yang ditanya itu ujud pada tempoh masa lepas.
Dalam bahasa Inggeris, untuk bertanya adakah (objek) belum, dimana hal yang ditanya itu masih ujud pada tempoh masa dulu/lepas, kita boleh gunakan perkataan ini :
'Had not'.
'Had not' biasanya ditulis sebagai 'hadn't'.
Perkataan ini boleh digunakan dalam struktur berikut :
'Hadn't' + (objek) + ('past participle').
Perkataan 'had' dan 'hadn't'' digunakan bagi semua objek.
Kombinasi 'hadn't + ... + ('past participle') menunjukkan tempoh masa 'Past Perfect tense' (tempoh masa lalu).
Walaupun jika masa tidak dinyatakan, tapi bila kombinasi 'hadn't + ... ('past participle')' digunakan, kombinasi ini menunjukan masa 'past perfect tense' (tempoh masa lalu).
'Past participle' hanya boleh dibina dari 'verb'.
Struktur : 'Hadn't' + (objek) + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'hadn't' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
'Hadn't' adalah ringkasan bagi 'had not'.
'Hadn't' dalam bentuk soalan juga boleh bermakna adakah belum atau belumkah.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural'). Perkataan 'had' digunakan bagi semua objek.
2. Masa : 'Past Perfect tense' (Tempoh masa dahulu - Dahulu hingga dahulu - hal yang ditanya belumkah itu ujud dari satu masa yang lepas hingga satu masa lain tapi dimasa yang lepas juga, iaitu tidak lagi ujud pada masa sekarang) - mengikut kombinasi 'had' + ('past participle').
3. 'Verb' (Perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu | English | Melayu |
| Learn | Belajar | Hadn't he learned any Italian before going to Italy? | Adakah dia belum belajar bahasa Itali sebelum pergi ke Itali? |
| Study | Belajar | Hadn't John studied for the examination? | Adakah John belum mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan itu? |
| Enjoy | Nikmati | Hadn't she enjoyed the ice cream? | Adakah dia belum menikmati aiskrim itu? |
| Receive | Terima | As of yesterday, hadn't he received payment from Ali? | Sehingga semalam, adakah dia belum terima bayaran dari Ali? |
| Get | Dapat | Hadn't they got a clue what was going on at that time? | Adakah mereka belum tahu apa yang sedang berlaku pada masa itu? |
Ringkasan
| Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| Hadn't | Hadn't + (objek) + (past participle) | Semua | Past Perfect tense | Soalan Negatif |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb