Monday, May 25, 2020

83. Bertanya 'adakah (objek) belum lagi' (sekarang)

Bertanya 'adakah (objek) belum lagi' (sekarang).

Bertanya 'adakah (objek) belum lagi' (sekarang) bermaksud bertanya 'adakah (objek) belum lagi' dimana hal yang ditanya itu (belum) ujud pada tempoh masa sekarang.

Dalam bahasa Inggeris, untuk bertanya adakah (objek) belum lagi (sekarang), kita boleh gunakan salah satu kombinasi perkataan-perkataan ini :

'Has'+ 'not' + (objek) + ... + 'yet'.
'Have' + 'not' + (objek) + ... + 'yet'.

'Has not' sering ditulis menjadi 'hasn't'.
'Have not' sering ditulis menjadi 'haven't'.

Perhatikan bahawa kita menambah perkataan 'yet' (bermakna 'lagi') kepada 'hasn't' atau 'haven't'.

Perkataan-perkataan ini digunakan dalam salah satu dari struktur berikut :

1. 'Hasn't' + (objek) + ('past participle') ... 'yet'.
2. 'Haven't' + (objek) + ('past participle') ... 'yet'.

Apabila perkataan 'has' digunakan maka objeknya ialah 'singular'.
Apabila perkataan 'have' digunakan maka objeknya ialah 'I, you, plural'.


Kombinasi 'hasn't + ... + ('past participle') dan 'haven't + ... + ('past participle') menandakan tempoh masa 'Present Perfect tense' (Tempoh dulu hingga sekarang). (Objek) boleh diselitkan diantara dua perkataan itu).

Walaupun jika masa tidak dinyatakan, tapi bila kombinasi 'hasn't + ... ('past participle')' atau 'haven't + ... ('past participle')' digunakan, kombinasi ini menunjukan masa 'present perfect tense' (tempoh masa sekarang).

'Past participle' hanya boleh dibina dari 'verb'.



1. Struktur : 'Hasn't' + (objek) + ('past participle') ... 'yet'

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'hasn't' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu dan diakhiri dengan perkataan 'yet'.

'Hasn't' dalam bentuk soalan boleh bermakna adakah belum atau belumkah.

'Hasn't' adalah ringkasan bagi has not.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' - mengikut perkataan 'has'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Dahulu hingga sekarang - hal yang ditanya belumkah lagi itu masih ujud dari satu masa yang lepas hingga sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

English (infinitive)Melayu (kata dasar)EnglishMelayu
CleanCuciHasn't she cleaned her shoes yet ?Adakah dia belum mencuci kasutnya lagi ?
VisitLawatHasn't he visited her grandmother yet ?Adakah dia belum melawat neneknya lagi ?
LostKalahHasn't the team lost a game this season yet ?Adakah pasukan itu belum kalah lagi satu perlawanan pun musim ini ?
ThinkFikirHasn't the idea been thought of yet ?Adakah idea itu belum difikirkan lagi ?
NominateCalonHasn't she been nominated yet ?Adakah dia belum dicalonkan lagi ?
ReplaceGantiHasn't it been replaced yet ?Adakah ia belum diganti lagi ?


2. Struktur : 'Haven't' + (objek) + ('past participle') ... 'yet'

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'haven't' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu dan diakhiri dengan perkataan 'yet'.

'Haven't' adalah ringkasan bagi have not.

'Haven't' dalam bentuk soalan juga boleh bermakna adakah belum atau belumkah.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural' - mengikut perkataan 'have'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Dahulu hingga sekarang - hal yang ditanya belumkah lagi itu masih ujud dari satu masa yang lepas hingga sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

English (infinitive)Melayu (kata dasar)EnglishMelayu
CompleteLengkapHaven't I completed the task yet ?Adakah saya belum melengkapkan tugas itu lagi ?
BuyBeliHaven't you bought the things mum asked yet ?Adakah awak belum beli barang-barang yang emak telah suruh yet ?
SpendBelanjaHaven't they spend the money they received yet ?Adakah mereka belum lagi membelanjakan duit yang mereka terima ?
ConvinceMeyakinkanHaven't we convinced him yet ?Adakah kita belum lagi dapat meyakinkan dia ?
PerformDapatHaven't you been performed well in monthly tests yet ?Adakah awak belum lagi dapat keputusan-keputusan yang baik dalam peperiksaan bulanan ?
ReceiveTerimaHaven't you received offers from any employer yet ?Adakah awak belum lagi menerima tawaran-tawaran dari mana-mana majikan ?
PushTolakHaven't you been pushed to the limit yet ?Adakah awak belum lagi disuruh buat melepasi had kemampuan?
TellBeritahuHaven't they been told about the new rules yet ?Adakah mereka belum lagi diberitahu tentang peraturan-peraturan baru itu ?
TestUjiHaven't the new rackets been tested yet ?Adakah reket-reket baru itu belum diuji lagi ?
ProveBuktiHaven't what we said been proven wrong yet ?Adakah apa yang telah kita kata belum lagi dibuktikan salah ?

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
HasHasn't + (objek) + (past participle)... + yetSingularPresent Perfect tenseSoalan
HaveHaven't + (objek) + (past participle)... + yetI, You, PluralPresent Perfect tenseSoalan

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...