Bertanya 'adakah (objek) belum lagi' (dulu) bermaksud bertanya 'adakah (objek) belum lagi' dimana hal yang ditanya itu (belum) ujud pada tempoh masa lepas.
Dalam bahasa Inggeris, untuk bertanya adakah (objek) belum lagi (dulu), kita boleh gunakan kombinasi perkataan-perkataan ini :
'Had' + 'not' + (objek) + 'yet'.
'Had not' sering ditulis menjadi 'hadn't'.
Perkataan 'yet' bermakna 'lagi'.
Perkataan-perkataan ini digunakan dalam struktur berikut :
1. 'Hadn't' + (objek) + ('past participle') ... 'yet'.
Perkataan 'hadn't' digunakan bagi semua objek.
Kombinasi 'hadn't + ... + ('past participle') menandakan tempoh masa 'Past Perfect tense' (dahulu hingga dahulu). (Objek) boleh diselitkan diantara dua perkataan itu.
Walaupun jika masa tidak dinyatakan, tapi bila kombinasi 'hadn't + ... ('past participle')' digunakan, kombinasi ini menunjukan masa 'past perfect tense' (tempoh masa dulu).
'Past participle' hanya boleh dibina dari 'verb'.
1. Struktur : 'Hadn't' + (objek) + ('past participle') ... 'yet'
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'hadn't' diikuti dengan object tertentu diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu dan diakhiri dengan perkataan 'yet'.
'Hadn't' adalah ringkasan bagi 'had not'.
'Hadn't' dalam bentuk soalan juga boleh bermakna adakah belum atau belumkah.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua iaitu 'I, you, singular, plural' - mengikut perkataan 'had'. Perkataan 'had' digunakan bagi semua objek.
2. Masa : 'Past Perfect tense' (Dahulu hingga dahulu - hal yang ditanya belumkah lagi itu ujud dari satu masa yang lepas hingga satu masa lain tapi dimasa yang lepas juga).
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu | English | Melayu |
| Learn | Belajar | Hadn't he learned any Italian before going to Italy yet ? | Adakah dia belum lagi belajar bahasa Itali sebelum pergi ke Itali ? |
| Study | Belajar | Hadn't John been studying for the examination yet ? | Adakah John belum lagu mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan itu ? |
| Enjoy | Nikmati | hadn't she enjoyed the ice cream yet ? | Adakah dia belum lagi menikmati aiskrim itu ? |
| Receive | Terima | As of yesterday, hadn't he received payment from Ali yet ? | Sehingga semalam, adakah dia belum lagi menerima bayaran dari Ali ? |
| Clue | Tanda-tanda | Hadn't they a clue what was going on at that time yet ? | Adakah mereka belum lagi tahu apa yang sedang berlaku pada masa itu? |
Ringkasan
| Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| Had | Hadn't + (objek) + (past participle)... + yet | Semua | Past Perfect tense | Soalan |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb