Wednesday, May 13, 2020

101. Bertanya 'adakah (objek) akan sudah sedang' (sekarang)

Bertanya 'adakah (objek) akan sudah sedang' (sekarang)

Bertanya 'adakah (objek) akan sudah sedang' (sekarang) bermaksud bertanya 'adakah (objek) akan sudah sedang' dimana hal yang ditanya itu dianggap akan sedang dilakukan pada satu tempoh masa depan (dari masa sekarang).

Dalam bahasa Melayu, biasanya kita tidak berkata 'akan sudah sedang', tapi dicontohkan dalam buku ini untuk memadankan dengan keujudan satu masa ('tense') dalam bahasa Inggeris iaitu 'Future Perfect Continuous tense'.

Masa 'Future Perfect Continuous tense' adalah sistem dalam menyatakan sesuatu 'verb' (perbuatan) itu akan sedang berlaku dalam satu tempoh masa di masa depan (dari masa sekarang).

'Future Perfect Continuous tense' (dan lain-lain 'Continuous tense') tidak digunakan bagi 'non-verb' (bukan perbuatan).

Kita gunakan perkataan Inggeris 'will' untuk bertanya atau berkata tentang hal yang akan berlaku pada masa depan (bagi masa sekarang).

Salah satu pertanyaan bagi hal masa depan ialah 'adakah (objek) akan sudah sedang'. Dalam bahasa Inggeris, kita gunakan perkataan 'will (objek) have been ('present participle')'.

Struktur 'will + (objek) + have been + ('present participle')' jika dalam bentuk soalan boleh bermakna adakah (objek) akan sudah sedang.

Struktur yang berasaskan 'will (objek) have been' ialah :

'Will' + (objek) + 'have been' + ('present participle').

Perkataan 'will' digunakan bagi semua objek.
Perkataan 'will' menunjukkan 'future tense - for the present' (masa depan dari masa sekarang).

Perkataan 'present participle' hanya boleh dibina dari 'verb' (perkataan perbuatan).
Perkataan 'present participle' ialah perkataan yang berakhir dengan 'ing'.
Perkataan 'present participle' biasanya digunakan untuk menunjukkan perbuatan yang sedang berlaku.

Perkataan 'have been' sesuai diterjemah sebagai sudah.



Struktur : 'Will' + (objek) + 'have been' + ('present participle')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'will' diikuti dengan (objek) tertentu diikuti dengan perkataan 'have been' diikuti dengan ('present participle') tertentu.

Struktur ini bermakna lebih kurang adakah (objek) akan sudah sedang.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural') - mengikut perkataan 'will'.
2. Masa : 'Future Perfect Continuous tense' (hal yang disoal itu adalah berkaitan hal perbuatan yang sedang berlaku pada tempoh masa yang masa akan datang bagi masa kini.
3. 'Verb' (perbuatan) - semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

English (infinitive)EnglishMelayu
WaitWill you have been waiting for more than two hours when her plane finally arrives ?Adakah awak akan sudah sedang menunggu lebih dari dua jam sebelum kapalterbangnya sampai ?
SleepWill you have been sleeping if the game is too boring ?Adakah awak akan sudah sedang tidur kalau perlawanan itu membosankan ?
TeachNext year, will you have been teaching English for 10 years ?Tahun depan, adakah awak akan sudah sedang mengajar Inggeris selama 10 tahun ?
TalkWill they have been talking for over an hour by the time Ali arrives ?Adakah mereka akan sudah sedang bercakap selama lebih sejam semasa Ali sampai ?
LiveWill I have been living in London for sixteen years by 2020 ?Adakah saya akan sudah sedang tinggal di London selama 16 tahun menjelang 2020 ?

Catitan

- Tidak ada 'will has been' dan 'will had been' dalam bahasa Inggeris.

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...