Bertanya 'tidak bolehkah (objek)' (sekarang) bermaksud bertanya 'tidak bolehkah (objek)' dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa sekarang.
Untuk bertanya tidak bolehkah (objek) (sekarang) dalam bahasa Inggeris, kita gunakan perkataan berikut :
'Can't'.
Perkataan itu digunakan dalam struktur berikut :
1. 'Can't' + (objek) + ('verb').
Perkataan 'can't' digunakan bagi semua objek.
Perkataan 'can't' menunjukkan masa 'present tense'.
Perkataan 'can't' adalah bentuk negatif bagi 'can'.
Perkataan 'past tense' bagi can't ialah 'couldn't.
Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (ejaan/ kata dasar).
1. Struktur : 'Can't' + (objek) + ('verb')
Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'can't' diikuti (objek) tertentu diikuti perkataan ('verb') tertentu.
'Can't' adalah ringkasan bagi 'can not'.
'Can't', dalam bentuk soalan, boleh diterjemah sebagai tidak bolehkah.
Struktur ini boleh digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural').
2. Masa : 'Present tense' - Sekarang (hal yang ditanya itu dimaksudkan ujud pada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.
| English | Melayu |
| Can't he help us ? | Tidak bolehkah dia bantu kita ? |
| Can't she read faster ? | Tidak bolehkah dia baca lebih cepat ? |
| Can't I shut the window later on ? | Tidak bolehkah saya tutup pintu kemudian ? |
| Can't we run more slowly ? | Tidak bolehkah kita lari lambat sikit ? |
| Can't they use simple English ? | Tidak bolehkah mereka gunakan bahasa Inggeris yang mudah ? |
Ringkasan
| Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| Can | 'Can't' + (objek) + ('verb') | Semua | Present tense | Soalan |
No comments:
Post a Comment
Sila komen, bertanya, dsb