Thursday, April 9, 2020

143. Bertanya 'bolehkah' (dulu)

Bertanya 'bolehkah' (dulu)

Bertanya 'bolehkah' (dulu) bermaksud bertanya 'bolehkah' dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa yang telah lepas.

Untuk bertanya bolehkah, dalam bahasa Inggeris, dimana hal yang ditanya itu ujud pada masa dulu, kita boleh gunakan salah satu perkataan Inggeris (dalam bentuk soalan) berikut :

'Might'.
'Could'.

Semua perkataan diatas, dalam bentuk soalan, bererti 'bolehkah'.

Perkataan-perkataan diatas digunakan dalam salah satu struktur berikut.

1. 'Could' + (objek) + ('verb').
2. 'Might' + (objek) + ('verb').

Perkataan 'could' dan 'might' digunakan oleh semua objek.

Perkataan 'could' dan 'might' menunjukkan masa 'past tense'.

Dalam struktur soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.



1. Struktur : 'Could' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'could' diikuti (objek) tertentu diikuti ('verb') tertentu.

Dalam bentuk soalan, 'could' juga bermakna bolehkah iaitu bagi permintaan yang lebih sopan dari 'can'.

Struktur ini boleh digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, You, Singular, Plural').
2. Masa : 'Past tense'. Bagi sesetengah 'pakar' Inggeris, 'could' adalah 'past tense' bagi 'can'.
3. 'Verb' (Perbuatan)- Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Could you tell me where the bank is, please ?Bolehkah awak beritahu dimana letaknya bank ?
Could you send me a catalogue, please ?Bolehkah awak hantar saya satu katalog ?
Could I use your computer to email my friend ?Bolehkah saya gunakan komputer awak untuk emel kawan saya ?
Could I have something to eat ?Bolehkah saya ada apa-apa untuk dimakan ?
Could I borrow your ruler ?Bolehkah saya pinjam pembaris awak ?

2. Struktur : 'Might' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'might' diikuti perkataan (objek) tertentu diikuti perkataan ('verb') tertentu.

Dalam bentuk soalan, 'might' bermakna bolehkah atau mungkinkah.

'Might' mengandungi unsur tidak pasti semasa bertanya (mungkin boleh).

Struktur ini boleh digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, You, Singular, Plural').
2. Masa : 'Past tense'. Bagi sesetengah 'pakar' Inggeris, 'might' adalah 'past tense' bagi 'may'
3. 'Verb' (Perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
Might I ask you a question ?Mungkin boleh saya tanya awak satu soalan ?
Might you have a hidden talent for language learning ?Mungkinkah awak ada bakat tersembunyi untuk belajar bahasa ?
Might you translate these word in English ?Mungkin boleh awak terjemahkan perkataan-perkataan ini dalam bahasa Inggeris ?
Might we add more sugar ?Mungkin boleh kami tambah lebih gula ?
Might he do it or not ?Mungkinkah boleh dia buat atau tidak ?

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
MightMight + (objek) + ('verb')SemuaPresent tenseSoalan
CouldCould + (objek) + ('verb')SemuaPresent tenseSoalan

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...