Friday, April 10, 2020

142. Bertanya 'bolehkah' (sekarang)

Bertanya 'bolehkah' (sekarang)

Bertanya 'bolehkah' (sekarang) bermaksud bertanya 'bolehkah' dimana hal yang ditanya itu dianggap ujud pada masa sekarang.

Untuk bertanya bolehkah (sekarang) dalam bahasa Inggeris, gunakan salah satu perkataan berikut :

'Can'.
'May'.

Semua perkataan diatas, dalam bentuk soalan, bererti 'bolehkah'.

Perkataan-perkataan diatas digunakan dalam salah satu struktur berikut :

1. 'Can' + (objek) + ('verb').
2. 'May' + (objek) + ('verb').

Dalam bentuk soalan, perkataan 'can' dan 'may' bermakna bolehkah.

Perkataan Inggerus 'can' dan 'may' digunakan oleh semua objek.

Perkataan Inggeris 'can' dan 'may' menunjukkan masa 'present tense'.

Dalam struktur soalan, 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.



1. Struktur : Can + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'can' diikuti perkataan (objek) tertentu diikuti perkataan ('verb') tertentu.

Dalam bentuk soalan, 'can' bermakna bolehkah.

Struktur ini boleh digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, You, Singular, Plural') - mengikut perkataan 'can'.
2. Masa : 'Present tense'. Perkataan 'can' menunjukkan 'present tense'.
3. 'Verb' (Perbuatan)- Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb').

EnglishMelayu
Can she work ?Bolehkah dia bekerja ?
Can I do it for you ?Bolehkah saya buat untuk awak ?
Can you do it for me ?Bolehkah awak buat untuk saya ?
Can they speak English ?Bolehkah mereka bercakap Inggeris ?
Can we speak in English, please ?Bolehkah kami bercakap dalam bahasa Inggeris ?

2. Struktur : 'May' + (objek) + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'may' diikuti perkataan (objek) tertentu diikuti perkataan ('verb') tertentu.

Dalam bentuk soalan, 'may' juga bermakna bolehkah tapi lembut sedikit dari 'can', jadi sering digunakan apabila kita memohon atau mengharap sesuatu.

Struktur ini boleh digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, You, Singular, Plural') - mengikut perkataan 'may'.
2. Masa : 'Present tense'. Perkataan 'may' menunjukkan 'present tense'.
3. 'Verb' (Perbuatan) - Semua 'action verb' dan beberapa 'non-action verb'.

EnglishMelayu
May I borrow your pen ?Bolehkah saya pinjam pen awak ?
May you go now ?Bolehkah awak pergi sekarang ?
May I talk with you ?Bolehkah saya bercakap dengan awak ?
May we come a bit later ?Bolehkah kami datang lambat sikit ?
May he come in ?Bolehkah dia masuk ?

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
CanCan + (objek) + ('verb')SemuaPresent tenseSoalan
MayMay + (objek) + ('verb')SemuaPresent tenseSoalan

No comments:

Post a Comment

Sila komen, bertanya, dsb

Pendekatan blog ini

Pendekatan blog ini Buku ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa Melayu untuk belajar bahasa Inggeris. Keterangan dibuat dalam bahasa...